ALHUSSEYN |
- Gadis Terkecil Dunia – Tinggi 54cm
- Abdullah Antong Tidak Ikhlas ? Pandai-Pandai Lu Orang Bikin Fitnah !
- Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari
Gadis Terkecil Dunia – Tinggi 54cm Posted: 12 Jul 2012 11:21 AM PDT Seorang kanak-kanak perempuan 3 tahun boleh menjadi gadis terkecil di dunia setelah dia berhenti membesar - kini hanya 54 cm tinggi. Xiao Xiao berat hanya 2.5kg, dan doktor di Huaihua, China percaya gangguan genetik telah menyebabkan proses membesarnya terencat. Dan jika dia terus tidak membesar atau lebih tinggi, maka dia akan menjadi orang terkecil di dunia. Pemegang Rekod Dunia Guinness bagi manusia dewasa terpendek ialah lelaki berusia 72 tahun Nepal Chandra Bahadur Dangi, yang ialah tingginya 54.6cm sahaja. Wanita dewasa yang hidup diiktiraf sebagai terpendek kini ialah dari India, Jyoti Amge 62.8cm. sumber : Quirky China News / Rex |
Abdullah Antong Tidak Ikhlas ? Pandai-Pandai Lu Orang Bikin Fitnah ! Posted: 11 Jul 2012 11:30 PM PDT Ramai yang meragui keikhlasan Abdullah Antong yang sekarang ini secara terang memberi sokongan kepada PAS dan PR sekalipun belum rasmi menjadi ahli PAS. Beliau dilibatkan dengan konspirasi rampasan kuasa 2009 sehingga terjatuhnya kerajaan PR di Perak. Ada yang begitu bimbang sekiranya beliau menyertai PAS akan ada jawatan yang diberi ke atasnya atau menjadi calon PAS dalam PRU akan datang, dan ada yang bimbang takut melompat semula. Saya rasa tidak ramai yang mengenali beliau secara dekat, namanya hanya muncul ketika krisis kerajaan Perak memuncak, bukan diawal rampasan kuasa. Nama dan kelibatnya hanya muncul ketika beliau dikatakan mengeluarkan surat dan kenyataan mengenai perjalanan sidang DUN Perak tanpa persetujuan Speaker Sivakumar. Itupun menurutnya semua itu diatur oleh pihak lain, yang beliau hanya mengikut skrip sahaja. Beliau adalah penjawat kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Perak, beliau menjadi SU Dewan sebelum Sivakumar dilantik sebagai Speaker lagi. Sebagai penjawat kerajaan beliau menjadi serba salah antara kerajaan yang sah atau kerajaan yang merampas yang direstui pulak tu oleh istana. Hati kecilnya sebenarnya adalah bersama dengan PR. Ketika krisis memuncak, beliau ada memberi pandangan yang Hj Nizar hanya boleh dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, sedangkan tidak ada usul pun yang dikemukakan dalam sidang dewan. Manakala Tuanku hanya berkuasa melantik tetapi tidak ada kuasa memecat. Tetapi apakan daya, ketika itu beliau dalam keadaan delima. Beliau tidak punya keupayaan untuk membuat kenyataan terbuka di ketika Datuk SUK sendiri sebagai bosnya dilihat bersekongkol dengan konspirasi ini.Baca seterusnya di sini |
Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari Posted: 11 Jul 2012 07:21 PM PDT Dalam ceramah yang disampaikannya malam tadi di Kampung Seri Ampang 'B', Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, secara peribadi telah menimbulkan rasa keraguannya bagaimana kawan baik PM Najib, Razak Baginda yang pada mulanya telah dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Antantuya telah dilepaskan begitu sahaja. "Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak baginda dalam kes tersebut," katanya. Keraguan yang diucapkan oleh seorang personaliti yang berlatar belakangkan sebagai 'Pakar Penyiasat Jenayah' sepertinya itu sudah tentu amat bermakna. Beliau tidak perlu menghuraikannya dengan panjang lebar. Datuk Fauzi amat berhati-hati dalam ucapannya kerana sebagai bekas pegawai kanan polis , tentunya dia lebih maklum mengenai OSA yang membelungguinya. "Saya tidak mahu PDRM menangkap bekas anggotanya sendiri pula..." katanya sinis disebalik pesanan kepada petugas PDRM yang ada di situ supaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas – di dunia dapat ganjaran dan diakhirat nanti mendapat ganjaran juga daripada Allah SWT. Bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini. Beberapa persoalan masih belum terjawab.Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum? Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? : 1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya? 2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka? 3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi: "Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang". Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut? 4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak. 5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya? 6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai? 7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali. Persoalan-persoalan tersebut akan terus menjadi tanda tanya kepada kita semua.Selagi semua persoalan itu tidak terungkai, maka selama itulah bayangan Altantuya akan mengekori kemana PM Najib pergi dan akan terus menghantuinya. Dulu, saya sendiri tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu: "Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," Sekarang kita semua pun sudah sedia maklum siapa Perdana Menteri kita kini.... tentu ada kaitan kan kan kan? |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan