Biaqpila |
- Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat palsu – Izzah
- Isteri Projek Dengan Mat Bangla Di Ruang Tamu Ketika Suami Sedang Tidur Dalam Bilik
- GEDEBE FAM GEDEBE
Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat palsu – Izzah Posted: 12 Jul 2012 05:00 AM PDT (Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 12 Julai: Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan 'transformasi' layu lagi lesu pentadbiran Perdana Menteri apabila mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rekod pentadbiran Najib Razak jelas membuktikan usaha 'transformasi' yang tidak lain hanya helah politik untuk tidak melaksanakan reformasi politik yang telus, menyeluruh, dan dituntut segenap rakyat. "Walaupun pemansuhan Akta Hasutan ini kelihatan positif, namun sebenarnya rekod Najib dengan terang menunjukkan beliau adalah seorang demokrat palsu," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, salah satu contoh rekod buruk Najib ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuh dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, yang juga sama zalim seperti ISA. Selian itu, kata Izzah, penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan mengekang hak rakyat berhimpun secara aman, terutama apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin dituduh bersalah di bawah akta ini berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. "Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berusaha mengekang hak rakyat untuk bersuara, terutama di media atas talian seperti blog, facebook dan twitter, malah mengguna pakai prinsip 'bersalah hingga dibukti tidak bersalah'," tambah beliau. Justeru, KEADILAN menggesa Najib mansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa drakonian yang sama. "Ibarat menggantikan tubuh badan anti-demokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh, demi membuktikan beliau seorang demokrat sejati dan bukan palsu," sindir Izzah. Najib juga digesa agar mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) yang bersifat bi-partisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional. "JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum," kata Izzah. KD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Isteri Projek Dengan Mat Bangla Di Ruang Tamu Ketika Suami Sedang Tidur Dalam Bilik Posted: 12 Jul 2012 01:18 AM PDT MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki. Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya. Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh. "Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut," katanya kepada Sinar Harian. Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan. "Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit," katanya. Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit. Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan. "Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada mata," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - Sinar KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 11 Jul 2012 06:00 PM PDT FAM CETUS KONTROVERSI LAGI – TAN SRI ANNUAR MUSA KECEWA Selepas tidak mahu membuat bantahan terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur, Persatuan Bola Sepak Terulung Malaysia ( FAM ) sekali lagi mencetuskan kemarahan seluruh rakyat tempatan apabila enggan menyampaikan Piala Liga Super kepada pasukan Kelantan FA pada 14 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu sebaik tamat perlawanan menentang Sarawak. Sebaliknya, FAM mengarahkan pihak pengurusan Kelantan FA hadir ke Wisma FAM pada 20 Julai untuk mengambil sendiri Piala tersebut. Situasi ini membangkitkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang merasakan pihak FAM tidak menghargai langsung pasukan Kelantan FA yang berjaya menebus maruah bola sepak Malaysia dari digadai oleh pasukan kelab dari Singapura iaitu Lions XII. Menurut Tansri Annuar Musa melalui facebooknya, Kelantan terlibat dengan pasukan EPL iaitu QPR pada 20 Julai dan sangat tidak sesuai untuk meraikan sebarang sambutan memandangkan ianya hari terakhir menjelang Ramadhan.Kelantan juga sudah menjadi Juara Liga pada 7 Julai dan mengapa Piala harus diberikan pada 20 Julai 2012 di Wisma FAM ? Situasi seperti ini tidak timbul pada musim musim sebelum Kelantan FA menjadi juara kerana Sambutan Angkat Piala semuanya berlangsung di dalam stadium. kelantanfa.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan