shalehudin |
- APAHAL ni Najib? Tolong jawab sat...
- MAI tengok, camana caranya Umno cipta sejarah DUNIA
- BEDEBAH, penipu BESAQ rupanya...!!!
- SAH: Ning Baizura ja PERASAN di fitnah PAS
- K Pop tu haram cek oiii... Ust Azhar Idrus
APAHAL ni Najib? Tolong jawab sat... Posted: 24 Jul 2012 09:14 AM PDT (Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan) 7 tahun tiada air di kawasan PM PEKAN: "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak). "Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan." Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air. Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan. "Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain. "Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat. (Tangki ada tetapi air yang takda di kawasan PM ini) "Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya. "Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini. "Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana. "Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi. Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan. Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka. Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP. "Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan. "Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya. Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal. Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan. Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan. Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan. "Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat," tegasnya.- Harakahdaily |
MAI tengok, camana caranya Umno cipta sejarah DUNIA Posted: 24 Jul 2012 05:35 AM PDT Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara. Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya. Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya, beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri. Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya. Sejak itu Mahathir tidak pernah mengurangkan keaktifannya. Ditambah sekarang ini di mana kedudukan UMNO cukup genting dan Najib sendiri kelihatan amat lemah untuk mempertahankan kuasa BN, Mahathir seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib. Beliau kini bercakap tentang Melayu, pengundi Cina, menghentam pembangkang, menilik tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya dan pelbagai lagi. Bahkan apa saja yang ditanya oleh wartawan, beliau dengan senang hati memberikan jawapannya. Beliau juga kerap bercakap soal ekonomi dan menguruskan negara. Bahkan kedengaran juga ada pihak yang berjumpa dengan Mahathir untuk melobi sebagai calon pilihanraya. Dalam hal ini Mahathir nampaknya tidak mahu menjadi seperti rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia yang benar-benar bersara apabila mengumumkan untuk bersara. Pemimpin lain apabila bersara, mereka tidak lagi mencampuri urusan dalam negara dan hanya menumpukan kepada keluarga atau hanya sesekali bercakap di peringkat antarabangsa. Mahathir sebaliknya, hanya mengumumkan untuk bersara tetapi tetap mahu dilihat berkuasa. Mahathir bukan sahaja mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa tetapi juga mahu kemenangan yang dicapai nanti disumbangkan oleh pengaruh yang ada padanya. Sebagaimana beliau merasakan kemenangan tipis pilihanraya 2008 adalah disebabkan serangan berterusannya terhadap Pak Lah ketika itu, beliau juga sebenarnya mahukan sahamnya turut ada jika ditakdirkan BN terus berkuasa lagi. Mahathir sebolehnya mahu mengelakkan kekalahan UMNO dan BN ialah kerana tidak mahu musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim memperolehi kuasa semula setelah beliau memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Jika itu berlaku bukan saja egonya tercabar, malahaan legasi Mahathirisme yang dibanggakannya selama 22 tahun berkuasa juga pastinya akan musnah sama. Itulah sebenarnya yang cuba dipertahankan oleh Mahathir. Dan dalam usaha mempertahankan semua itu, beliau kini menjadi seperti Perdana Menteri semula. Bagi Rosmah pula, di awal era pentadbiran Najib lagi kemunculannya sudah diperkatakan oleh banyak pihak terutama berkaitan kekerapannya muncul di media dan merasmikan pelbagai perkara. Kadangkala pula kekerapannya melebihi Perdana Menteri sendiri. Selain kerap muncul di majlis rasmi, Rosmah juga beberapa kali diminta oeh Najib mewakilinya di beberapa majlis dan ini memperlhatkan bahawa beliau gemar kepada kuasa. Lantaran itu, muncul pula pelbagai persepsi bahawa Rosmah sebenarnya turut berkuasa dalam pentadbiran negara. Beliau dikatakan bukan sahaja berkuasa dalam menentukan pengagihan peluang perniagaan dan kontrak kerajaan bahkan kedengaran juga desas-desus bahawa "First Lady" ini turut mempunyai pengaruh dalam penentuan calon-calon piliharaya. Dikhabarkan ramai pemimpin UMNO pelbagai peringkat yang berhajat untuk menjadi calon pilihanraya turut melobi dan mendekati Rosmah bagi mencapai hasrat yang diidamkan itu. Akhir-akhir ini beberapa stesen TV pula tersasul menulis kemunculan Rosmah sebagai Perdana Menteri dan bukan lagi sebagai isteri Perdana Menteri. Orangramai mula bercakap apakah ianya suatu kesilapan atau disengajakan? Tambah mengelirukan apabila stesen TV terbabit tidak pula mengeluarkan permohonan maaf atau membuat pembetulan meskipun ianya suatu kesilapan yang nyata. Apa pun isu yang berlegar di sekitar Rosmah ini, hakikatnya beliau suka kepada kuasa dan tidak peduli apa pun percakapan orangramai mengenainya. Asalkan dilihat berkuasa dan menyamai pengaruh Perdana Menteri, katalah apa saja. Sama seperti Mahathir, Rosmah juga sebenarnya sedang berkongsi kerusi Perdana Menteri dengan Najib melalui apa yang ditunjukkannya selama ini. Sebagaimana Najib yang sibuk saban hari dengan jadualnya, Mahathir dan Rosmah juga sibuk dengan aturcara sendiri dalam negara. Kesibukan mereka berdua menyamai, bahkan kadangkala melebihi kesibukan Najib sendiri. Bukan saja tidak pernah berlaku di mana-mana negara seorang Perdana Menteri yang sudah bersara tetapi ingin terus dilihat berkuasa tetapi juga tidak pernah berlaku jawatan Perdana Menteri sampai dikongsi tiga. Tetapi selagi Najib membiarkan ada orang lain yang turut berkuasa sebagai Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah.- sumber |
BEDEBAH, penipu BESAQ rupanya...!!! Posted: 24 Jul 2012 02:33 AM PDT Tepat sekali dakwaan UMNO selama ini bahawa.. Allah Bersama UMNO.. (ABU) PAS itu Parti Ajaran sesat.. Sesat di dunia dan juga sesat di akhirat. PAS sesat sebab menjalinkan Tahalul Siasi dengan Kafir Harbi DAP. Allah Besama UMNO.. UMNO menjalankan Tahalul Siasi dengan 12 komponen Parti bukan islam Dalam BN.. PAS sesat kerana memperjuangkan agama semata-mata PAS sesat kerana menentang perjuangan Bangsa Melayu.. PAS sesat kerana mahu memberi hak yang sama rata kepada ke semua bangsa dalam negara kita.. Allah Bersama UMNO Kerana UMNO memperjuangkan Agama dan BANGSA Saksikan Rakaman Video di bawah ini sebagai bukti bertapa sesatnya PAS Perjuangan Ikhwanulmuslim di Mesir adalah sama seperti Perjuangan UMNO di Malaysia.. Wakil Ikhwanulmuslim telah diutuskan oleh Presiden baru Mesir saudara Morsi ke Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil bersama PM kesayangan kita Dato` Seri Najib Tun Razak.. ======================================== Ehh.. Silap Video kerr..?? Aku Ingat Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO.. Rupanya Ikhwanulmuslim sama dgn PAS lah pulak.. Yang mana satu betul ini...?? Dalam TV UMNO dakwa Perjuangan Ikhwanulmuslim sama dgn Perjuangan UMNO.. BEDEBAH betoi, depa tipu aku rupanya...!!! FB |
SAH: Ning Baizura ja PERASAN di fitnah PAS Posted: 23 Jul 2012 11:41 PM PDT BEBERAPA hari lalu Ning Baizura dikatakan mengamuk di twitter sambil menuduh kononnya PAS memfitnahnya dengan mengatakan beliau telah menyertai parti pembangkang. Sampai dua kali dia tweet kata dia kena fitnah dengan PAS. Ning Baizura turut menyiarkan keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyebut Ning Baizura bakal menjadi ahli PAS. Kalau dilihat di sini, Ning Baizura pula fitnah PAS, sedangkan Sinar Harian melaporkan, Salahuddin sebagai berkata beliau bakal menjadi ahli PAS. Bakal dengan sudah masuk lain maksudnya. Bakal ertinya belum berlaku, manakala sudah masuk ertinya sudah berlaku. Sekarang kita dengar pula apa sebenarnya yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Pada 13 Jun yang lalu, kira-kira dua minggu (15 hari) sebelum Ning Baizura mengamuk di twitter Salahuddin Ayub ada menyebut tentang Ning Baizura menyertai PAS namun ayatnya lebih kurang begini: "Kita doalah mudah-mudahan besok Shahrifah Aini pulak masuk PAS dengan Ning Baizura, mana tahu..." "Datuk Shahrifah Aini, anak dia belajar dalam satu pusat pengajian tinggi di Kelantan, sekolah di Kelantan. Dia nak belajar di sekolah di Kelantan, kemudian melanjutkan pelajaran di Jordan" "Kemudian dia balik, mungkin dia beri... bisik kat mak dia... Alhamdulillah paling tidak pun hari ini kita lihat Shahrifah Aini dengan penampilan yang berbeza daripada dulu..." "Kita doalah barangkali ramai yang bakal bersama dengan PAS". Sila tonton sendiri video rakaman ucapan beliau di bawah ini. Milo Suam |
K Pop tu haram cek oiii... Ust Azhar Idrus Posted: 23 Jul 2012 08:44 PM PDT Jadilah hamba Allah, bukan hamba syaitan!! Jangan kerana duit dan kerana nak jaga periuk nasi, kita menjadi penentang Agama serta takut menyatakan kebenaran..! Hiburan bukannya tak dibenarkan langsung dalam Islam.... Tapi nak berhibur kena ikut la landasan Islam, kena ikut la garis panduan Islam.. Bukan berhibur cara K-Pop untuk nak hilangkan stress... Hati jadi hitam dan otak jadi rosak adala... Berhibur lah dengan cara mendekatkan diri kita kepada Allah taala... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan