Selasa, 24 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


suku sakat syaitan.....ular mamak dalam semak UMNO tukang fitnah di bulan posa

Posted: 24 Jul 2012 08:56 AM PDT



Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita.



Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?

FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.

Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu. 

Layakkah mangkuk haramjadah ini di gelar  "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara?



penyapu sial


Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama', apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama' bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma' dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya.

Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan.

Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama' sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.Golongan ulama' ini sepatutnya bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama'.

Jadi memang celaka sungguh ulama amno nie aku pun tak tau nak kata pa haramjadah punya ulaqmamak nie.dapat  ilmu saja tapi tapi letak tak kena tempat celaka bulan posa pun berani wat fitnah aib kan orang.bertaubat lah woiiii 

Fitnah kerja syaitan, wahai ulardalamsemak......anda suku sakat syaitan?

Jika kalah PRU....pastinya UMNO dalang pencetus huru hara...!!!!

Posted: 23 Jul 2012 09:38 PM PDT

UMNO jadi dalangnya....!!!

jangan terperanjat kalau UMNO  guna PDRM untuk cetus huru hara yang lebih besar lagi....!!!!

riak riak kecil  pencetus huru hara yang di taja UMNO....!!!

dalang dalang seperti dalam bulatan ini  yang teruja melakukan huruhara bila UMNO kalah....!!!!

Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai “national unity” tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya Umno untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.

Umno tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang. Umno harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.

Perasaan sakit  hati kita  apabila pimpinan Umno membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman kekecuhan jika PR memerintah. Kita  tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rasional nya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya Umno sahaja yang membuat andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.

Sebenarnya pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecuhan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.

Jangan mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.

Pada tahun 1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita lihat kekecuhan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara kearah kekecuhan dan mengambil keadaan itu secara “expedient” untuk mengistiharkan dharurat seperti yang berlaku semasa itu.

Perayaan kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu di ambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan dharurat di isyhtiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecuhan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti “menepuk air di dulang” seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.

Semasa itu perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah sahaja.

Oleh yang demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecuhan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Didalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecuhan kerana BN memang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan kerajaan.

Dalam situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan itu kerana Umno sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu pihak Umno dan pimpinannya lah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU yang akan datang. Umno dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian. Begitu jugalah Umno, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah dengan penuh ‘gentleman’.

BN tahu yang kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu di ingat dialam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.

Rakyat tidak mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh Umno untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak kemana juga… asyik tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang hayatnya.

Oleh itu besarlah harapan kita agar kita  semua kembali bermula dipangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu “perpaduan national”. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara. Mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang “senior” untuk duduk dan berbincang bab masa depan negara.

Tiada ulasan: