Addin |
- Betulkah Ustaz Nasrudin Di Solek Oleh Wanita Ketika Debat Sinar??.. Ini Jawapannya
- Aik!! Ambil Gambar Pun Kena Belasah..
- Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?
- Tamparan Buat Umno.. Majoriti Rakyat Selangor Sokong Referendum Isu Air
- Aik!! Tiba-Tiba Je Muhyiddin Buat U-Turn
- Kantoi!! Blogger Umno Fitnah SU Politik MB Kedah Rasuah
- Ahli Parlimen Kontroversi BN Nih Bertemu Tuan Guru Nik Aziz
- Farid Ismeth Emir Nafi Rosmah Mansor Bekas Isterinya
Betulkah Ustaz Nasrudin Di Solek Oleh Wanita Ketika Debat Sinar??.. Ini Jawapannya Posted: 24 Jul 2012 09:07 AM PDT Isu seperti ini pun mahu di spin oleh Umno, tetapi yang lebih malang isu ini di spin oleh golongan yang di gelar sebagai Ulama Muda Umno. Tetapi apa nak heran.. jikalau dah terjebak dalam Umno sikit sebanyak pasti ikut perangai buruk orang Umno yang sudah lama sebati iaitu FITNAH!! Addin harap golongan ini di berikan hidayah oleh Allah SWT supaya kembali ke pangkal jalan.. Ikuti pendedahan yang berlaku ketika debat Sinar baru-baru ini.. |
Aik!! Ambil Gambar Pun Kena Belasah.. Posted: 24 Jul 2012 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai - Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya. Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. "Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya," kata Lee. Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol). "Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan," jelasnya. Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka. ~keadilandaily |
Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035? Posted: 24 Jul 2012 05:30 AM PDT Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam. Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat. Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti. Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal). Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka. Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka. Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam. Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia. Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen 'Save Maryam'. Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara. Kempen 'Save Maryam' sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori. Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka. Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat. Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran. Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda. Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan. Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda. Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini. Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu, sila layari http://savemaryam.com/ dan http://www.mercymissionworld.org/ atau Twitter https://twitter.com/savemaryam dan Facebook http://www.facebook.com/whoismaryam Layari dan share klip video penerangan di bawah yang menceritakan mengenai masalah murtad di kalangan remaja Indonesia. KITA BOLEH MEMBANTU….INI BUKAN SOAL NEGARA MANA…INI SOAL AKIDAH KITA DAN SAUDARA SEAGAMA KITA. ~mynewshub |
Tamparan Buat Umno.. Majoriti Rakyat Selangor Sokong Referendum Isu Air Posted: 24 Jul 2012 03:23 AM PDT SHAH ALAM - Rata-rata keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapat sokongan banyak pihak.Bancian atas talian kendalian Sinar Harian Online menunjukkan 85 peratus menyokong pendekatan referendum. Bancian itu dibuka kepada pengunjung portal Sinar Harian Online lewat malam tadi susulan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, yang antara lain berkata, pihaknya kesal apabila Kerajaan Pusat lebih optimistik menyerahkan pengurusan kepada Syabas daripada memberinya kepada Kerajaan Negeri Selangor. "Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengadakan referendum rakyat, di mana rakyat boleh mengundi dan memberi pendapat sama ada menerima atau tidak usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya.Daripada 558 yang menyertai bancian itu setakat 11 pagi tadi, 85 peratus mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor menimbang mahu mengadakan referendum berhubung isu air-Syabas. Baki 15 peratus tidak setuju.Bagaimanapun tidak pasti berapa ramai daripada peserta bancian itu adalah kalangan warga Selangor dan Wilayah Persekutuan.Rata-rata pandangan menerusi teks dan bertulis, yang diberikan oleh pembaca berita berkenaan juga menyokong usaha itu. Malah ada yang juga mengkritik pertimbangan Kerajaan Negeri itu.Beberapa pembaca mengambil pendirian berkecuali. Berikut adalah sebahagian daripada pandangan yang dipetik dari portal ini setakat pagi tadi: Orangsama Ben Laden: "Sokong Kerajaan Negeri Selangor. MB Selangor buat yang terbaik untuk rakyatnya bukan seperti mantan MB dulu yang hanya tau beri hadiah penyapu kepada pegawainya dan akhirnya dia sendiri disapu keluar dari pejabatnya. "DzulSharif Dzul: "Satu langkah proaktif kerajaan PR Selangor... teruskan dengan referendum, biar rakyat Selangor menentukan hak mereka dari terus dibaham lintah-lintah darat. "Mohamad Ramlan, "Nak ambil alih tak kasi pulak. Apa niat sebenar kerajaan pusat ini. Adakah sengaja untuk menyulitkan keadaan seperti apa yang Israel yang sengaja lakukan terhadap rakyat palestin. "Shibima Mohdrm: "Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Cukai-cukai rakyat negeri Selangor kerajaan pusat dah kutip, kerajaan negeri nak peruntukan tunggu dulu Najib nak kena semek buku kira-kira dulu. "Taib Bin Nasirudin: "Baik suruh MB Khalid buktikan kemampuan dia seperti menjaga kebersihan (sampah) barulah mungkin cakap dia itu boleh pakai sikit. "Mustafa Bakri: "Aku dah letih, lantak ko lah.. at Mano ajolah."Faiz Voo Fasirul: "Aahhahhahahah (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ingat Selangor itu Umno yang berkuasa... jom kita tengok kehebatan MB Khalid. "Fallguy Syarrom: "MB Khalid lebih handal (business minded) dari Muhyiddin.. go Khalid go... "Muhammad Noor Zamani: "Isu air selangor akan menjadi pukulan maut buat Umno BN. Selamat tinggal Umno BN PRU13. "Nasir Adnan: "Elok Selangor ambil pentadbiran air... BN dah 54 tahun ta lah selesai hal air. "Shamsul My: "Inilah bola tanggung yang diharap oleh Umno untuk menghentam kerajaan negeri... akhirnya rakyat tahu niat busuk Umno. "Sukri Mustapha: "Sebab Muhyiddin, cita cita Pok Jib tawan Selangor akan gagal, Muhyiddin selalu bagi Pok Jib susah lepas satu, satu, Langat Dua, tidak akan settle sebelum PRU13, nampak gaya Pok Jib kena ganti Muhyiddin dengan Hishammuddin. "DzulSharif Dzul: "Nampak gayanya makin susahlah Najib nak rampas Selangor... putih mata la Najib...dan kedudukan PR makin mantap..lambat lagilah PRU13. "Ustazah Lgbt: "... Xavier turut menegaskan, krisis kekurangan air untuk Selangor sebenarnya tidak berlaku seperti didakwa Syabas dan Kerajaan Pusat yang hanya bertindak menakutkan rakyat. Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Maknanya air kat Selangor memang kurang... bulat-bulat kena tipu... "Mandarin Lagend: "Aku rakyat Malaysia, tidak duduk Selangor. Aku nak yang terbaik. Aku berdiri tengah-tengah sekarang ini. dengar dua-dua pihak. "Yusmelaka Pikear: "Air anugerah Tuhan dan Malaysia bershukur kerana negara ini lengkap dengan dengan anugerah hasil bumi. Perlukah air dipolitikkan. Dan, ada pihak yang menjadi kaya raya semata-mata jadi Pengerusi dan CEO. Kita minta Majlis Fatwa membuat kenyataan berkenaan perniagaan air ini. Apa kata Selangor tak perlu membekalkan air pada wilayah, wilayah sepatutnya menyediakan sumbernya sendiri... "Mohamed Dzariff Ziyad Wazilah: "Kerajaan Selangor ini memag main politik, pura-pura minta dari Kerajaan Pusat konon, bukankah jelas Kerajaan Pusat tak akan bagi kebenaran? Ni main wayang apa pulak ni? Saja konon nak bagi nampak yang, Kerajaan Selangor konon mengambil usaha, lepas itu ditolak Kerajaan Pusat. Saya PR lebih bijak dari itu. "Farhan Azlan: "Kalau kerajaan negeri Selangor tiada kemhiran.... tak perlulah ambil risiko... lihat sahajalah Alam Flora yang telah diambil alih... lebih banyak masalah yang wujud... dari menyelesaikan masalah yang timbul... jangan ikut rasa hati... "Saleh Abim: "Kerajaan Pusat kena ambil ali jangan sampai jadi cerita sampah. Dah busuk gila baru nak selesai itu pun beli lori juta-juta. "Aqyun Firdani: "Rakyat Selangor melihat ini adalah isu yang sepatutnya tidak diambil oleh sesiapa termasuklah Kerajaan Pusat Sebagai isu politik atau dipolitikkan. Kepentingan rakyat Selangor yang ditumpang oleh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Walaupun Selangor ditakbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga ada kewajipan terhadap rakyat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Seharusnya Kerajaan Persekutuan memandang ini sebagai isu segera yang perlu disegerakan. Kelemahan Syabas mengeluarkan produknya iaitu air bersih mestilah mendapat perhatian serius dari Kerajaan Selangor dan Pusat. Melaksanakan amanah rakyat untuk kedua-dua kerajaan sewajibnya mendahului kepentingan rakyat.Saya senaraikan beberapa faktor kegagalan Syabas dan Kerajaan Pusat menangani isu ini. "Zamri Ahmad: "Bila air dah kering.....nanti barulah kata betullah apa Umno cakap dulu.... macam Felda di bursa saham... bila bawa keuntungan...betullah apa Umno cakap... pembinaan UiTM... baru sekarang semua dah kata rugi... sebelum ni benar-benar tolak tak mau bina kat selangor lagi....tapi akhirnya betullah kata Umno,....dulu nak tubuh Petronas...biasalah pembangkang dengan buat demo kata membazirlah dan siap demo lagi, tapi sekarang akhirnya betullah apa Umno kata, sekarang pembangkang pula menyibuk dengan Petronas, Dulu nak bina bina Putrajaya... puak pembangkang nilah buat demo dan kata membazir... sekarang betullah kata Umno... macam-macam lagilah... sekarang ini air di Selangor. "Aqyun Firdani: "Saya dan rakyat Selangor menyokong referendum ini jika Kerajaan Pusat gagal memberi kerjasama, Syabas akan menghadapi masalah menabur pasir di periuk nasi sendiri. Ingatlah Rakyat Selangor semakin bijak menilai yang mana intan atau kaca. Ini adalah hidup mati kami. Kerajaan Pusat dan Syabas jangan buat seperti mainan catur!!!! 'Check met' hanya ada pada kami rakyat Selangor. "Mohd Amran Che Abdullah: "Penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna." ~sinarharian |
Aik!! Tiba-Tiba Je Muhyiddin Buat U-Turn Posted: 24 Jul 2012 12:44 AM PDT Apa hal beb..tetiba saja air jadi cukup..nak menipu agak-agak la..Ahli Umno boleh lah lu orang tipu.. Tetiba saja TPM pusing U-Turn,ingatkan dengan gertak air nak dicatu boleh jadikan rakyat bangkit dan marah..rupa-rupa taktik kotor tersebut makan diri sendiri..Memang tak layak langsung Umno memimpin,sbb makin lama makin terserlah ketidak ikhlasan pimpinan mereka.. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini.Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet yang diketuainya hari ini. Keputusan tersebut adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat hari ini, katanya.Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di Lembah Kelang yang terjejas dan Syaribat Bekalan Air Selangor telah diarahkan untuk memastikan bekalan air di kawasan tersebut. |
Kantoi!! Blogger Umno Fitnah SU Politik MB Kedah Rasuah Posted: 23 Jul 2012 07:30 PM PDT ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin. Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti. "Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya, ketika dihubungi. Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan. Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan," katanya. Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya. "Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya. Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu," katanya. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah. Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali. ~sinarharian |
Ahli Parlimen Kontroversi BN Nih Bertemu Tuan Guru Nik Aziz Posted: 23 Jul 2012 07:12 PM PDT KOTA BHARU – Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim muncul di Kota Bharu hari ini - mengunjungi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat beliau di sini.Pada perjumpaan tengah hari itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan, lapor Harakahdaily.Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu."Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Lajim berkata, beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.Difahamkan dalam pertemuan semalam itu, kedua-dua pemimpin tersebut berbincang pelbagai isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.Nik Aziz berkata, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan Kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincangkan di peringkat kerajaan terlebih dahulu.Katanya, taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada Kerajaan Negeri sebelum keputusan diambil.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan Kerajaan Negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah-sarap."Setakat ini semua Kerajaan Negeri yang di bawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia," katanya. |
Farid Ismeth Emir Nafi Rosmah Mansor Bekas Isterinya Posted: 23 Jul 2012 06:01 PM PDT KUALA LUMPUR 23 Julai - Pembaca berita, Farid Ismeth Emir mengakui yang beliau melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurutnya, spekulasi itu (mengaitkan dirinya dengan Rosmah) membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai. "Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya. "Bila saya menghadiri kenduri, ada saje orang yang akan berbisik- bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yangs sedang mereka bisikkan," katanya ketika ditemubual oleh pengacara Radio Televisyen Malasysia (RTM), Zam Zarina. [VIDEO DI SINI] Penjelasan beliau dilaporkan menerusi blog pengacara RTM itu, memaparkan video rakaman temubual bersama pembaca berita yang dikaitkan dengan Rosmah. Menurut Farid Ismeth, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri perdana menteri itu dan keliru bagaimana cerita dirinya boleh dikaitkan. "Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi dan saya mengakui yang saya hormatkan beliau sebagai seorang isteri perdana menteri. "Saya hormat beliau dan saya sokong beliau kerana sifat intergritinya dan isu ini tidak boleh dijadikan mainan," katanya. Tambahnya, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah selepas berita ini tersebar. "Isteri sangat memahami siapa saya, cuma anak- anak saya yang sering bertanya kepada saya adakah perkara itu betul atau tidak, dan saya akan menafikan perkara itu kerana ia memang tidak benar," ujarnya. ~klpos |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan