Ahad, 22 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


SAH: MAMAK neh memang nak perlingkup Umno

Posted: 22 Jul 2012 09:32 AM PDT

Chandra: Ulama lebih baik di luar parti

Patut dia dok luaq Umno, perasan jadi ulamak kot... hehe...

SHAH ALAM - Ulama lebih baik berada di luar parti, kata pemikir terkemuka, Dr Chandra Muzaffar ketika diminta mengulas cadangan supaya golongan ilmuwan Islam itu diberi tempat sebagai salah satu sayap dalam parti Umno.

Menurutnya, keadaan akan lebih terjamin jika golongan ulama tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Kalau mereka tidak terikat dengan mana-mana parti, mereka boleh bangkitkan sesuatu isu secara bebas dan tidak akan dianggap sebagai jurucakap parti. Mereka juga boleh berhujah berdasarkan fakta.
"Saya tidak setuju sekiranya ulama berada dalam parti, tidak kira pemerintah atau pembangkang, kerana ia akan menyekat pergerakan dan pandangan mereka. Setiap kali mereka jelaskan sesuatu dalam parti, mereka akan beri pandangan berdasarkan kepentingan parti," katanya.- SH


Al Fatihah buat mangsa tangkapan SPRM

Posted: 22 Jul 2012 08:12 AM PDT

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS KEDAH DITANGKAP KERANA RASUAH

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Sanusi Md. Noor kini berada di dalam tahanan lokap SPRM.
Beliau juga merupakan Setiausha Politik kepada Azizan Razak MB Kedah di tahan atas tuduhan/dakwaan RASUAH bernilai Rm 1.3 Juta dan munkin lebih dari itu.

Sasaran berikutnya ialah Hj. Mohd Puad Bin Mohd. Ali, beliau merupakan sepupu kepada Azizan Razak.

sama-sama kita nantikan abang-abang SPRM dari unit khas yang didatangkan dari Putrajaya beraksi di Jelapang Padi.,

P/S: Salah, tangkap, hukum. Jangan pilih-pilih!



Paling LAWAK di dunia... JOM baca, kahkahkah...

Posted: 22 Jul 2012 05:17 AM PDT

Krisis air Selangor di musim hujan?

Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.

Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan 'selamatkan' dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air". Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'.

Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'.

Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini.

Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'.

Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.

Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.

Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' melalukan 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?

Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.

Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada?

Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!

----------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Ada hati Najib nak buli PAS.. kehkehkeh...

Posted: 22 Jul 2012 12:41 AM PDT

SIKAP Perdana Menteri Najib yang terus berteka teki tentang PRU13 dikira ikut membuli PAS.

Bukan PAS saja yang dibuli, pengikut UMNO dan seluruh rakyat juga ikut jadi mangsa bulinya.

Sejak lebih setahun lalu masing-masing tidak dapat merancang sesuatu secara aman disebabkan bimbang akan berdepan dengan pilihan raya yang disangka akan berlangsung bila-bila.

PAS biasanya mengadakan muktamar setiap cuti tengah tahun persekolahan sekitar Mei atau Jun.

Muktamar tahun 2012 ini terpaksa ditunda hingga ke hujung tahun iaitu sekitar November.

Sekali pun muktamar itu berlangsung sekitar empat hari tetapi persiapannya mengambil masa yang lama juga dan kakitangan pejabat agung terpaksa menumpukan banyak masa bagi muktamar itu.

Apa lagilah bagi menghadapi pilihan raya. Jika ada Pilihan Raya Umum, maka PAS semua peringkat di seluruh negara terpaksa meninggalkan semua kerja termasuk kerja peribadi dan keluarga kerana menghadapi urusan pilihan raya.

Seluruh jentera dan tenaga PAS tidak wajar membuat dua kerja besar iaitu muktamar dan Pilihan Raya Umum pada satu masa.

Walaupun muktamar itu tetapi pilihlan raya lebih penting.

Bagi menjamin urusan pilihan raya tidak terganggu, maka PAS memberi keutamaan kepada pilihan raya.

PRU13 tidak jadi diadakan tahun 2011. Maka ia dikira akan diadakan dalam tahun 2012 juga. Setelah ia tidak diadakan dalam bulan Februari dan Mac 2012, maka semua ramalan mengira masa itu akan berlangsung dalam bulan Mei.

Bahkan telah ada isyarat dari SPR betapa ia bersiap untuk mengadakannya pertengahan tahun ini. Waktu yang terbaik tahun ini ialah bulan Mei.

Maka PAS dan sekutunya membuat semua persiapan bagi menghadapi kedatangan bulan Mei itu. PAS tidak bersedia membuat kerja lain termasuk menangguhkan muktamar ke satu tarikh yang lain. Ia ditunda ke hujung tahun.

Setelah tiba bulan Mei tidak juga Parlimean dibubarkan. Sampai masuk bulan Jun sah tiada pilihan raya. Sementara menunggu pengumuman pembuburan Parlimean dalam bulan Mei itu ada maklumat dari orang-orang sekolah menyebut notis kerajaan untuk menggunakan sekolah, dipercayai untuk dijadikan tempat mengundi, bunyinya tidak jadi digunakan. Ia adalah isyarat PRU itu tidak tunda.

Mengapa? Entahlah.

Ia tidak jadi diadakan sebelum Mei, mungkin termakan gertak Menteri Besar Selangor yang tidak sedia mengadakan pilihan raya serentak kiranya ia diadakan sebelum penggalnya genap empat tahun. Idah yang diberi oleh Selangor itu telah berlalu dalam bulan Mei lalu. Tetapi ternyata Perdana Menteri belum dapat isyarat.

Walaupun PAS cukup bersedia pada bulan Mei itu tetapi ia bukan satu masa yang baik memandangkan SPR belum memenuhi tuntutan lapan perkara oleh dikemukakan oleh Bersih 2.0 Selagi tuntutan itu tidak dipenuhi, PAS tidak sedap hati untuk menghadapi pilihan raya.

Sekalipun PAS menunda muktamarnya, tetapi ia mengambil peluang menyokong unjukrasa Bersih 3.0 yang diketua bersama oleh Dato' Ambiga dan Dato' Samad Said pada 28 April lalu.

Banyak juga kerja untuk menjayakan Bersih 3.0 itu tetapi ia tidak sesulit mengadakan muktamar. Kalaupun Parlimen dibubarkan menjelang demonstrasi, tidak payah sangat untuk mmbatalkannya dan tidak jadi masalah jika hendak diteruskan.

Kalau PAS tahu PRU tidak jadi diadakan bulan Mei, tentu ia tidak menunda muktamarnya. Apa yang PAS dapat buat bagi menggantikan muktamar itu ialah menganjurkan perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar yang dihadiri lebih 100,000.

Muktamar bulan Mei ditunda ke bulan November. Pilihan raya yang tidak diadakan bulan Mei itu dianjak lagi ke depan. Bagaimana kalau diandaikan dalam bulan November? Ternyatakan ia satu masa yang tidak disenangi oleh PAS kerana PAS bercadang untuk mengadakan muktamar sebelum tahun berakhir.

Adakah PAS akan menunda lagi muktamarnya kerana PRU itu mungkin diadakan masa itu?

Secara tidak sedar PAS telah dibuli lagi oleh Najib. Walaupun Najib tidak berniat untuk membuli sesiapa, tetapi dengan kelakuannya yang misteri itu dia telah membuli semua orang. Orang politik tidak dapat merancang tindakan ke hadapan kerana bimbang ada pilihan raya.

Orang politik yang hendak menikahkan anak pun payah merancang, takut hari kahwin itu serentak dengan pilihan raya.

Semua orang susah dengan keadaan Najib itu. Adakah dia seronok melihat semua orang jadi mangsa bulinya?

Saya teringat akan Maharaja Nero dari empayar Rom purba. Dia digelar Maharaja Gila. Dibakarnya kota Rom. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Rom terbakar.

- Harakahdaily

WAJIB BACA: Apa kata Dr Asri kat orang Umno...

Posted: 21 Jul 2012 10:30 PM PDT

Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!" UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
"Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya".

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih 'mensepandukkan' lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar 'kenduri tahlil', barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau 'ada udang di sebaliknya mee'. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Subhanallah!! Gambar Solat Sunat Tarawih di Mesir

Posted: 21 Jul 2012 05:48 PM PDT

Ini adalah suasana ketika solat sunat Tarawih di Negara Islam Mesir, di era kepemimpinan Dr. Muhammad Mursi....

PERJALANAN JAUH YANG PENUH BERLIKU...

Surah Al-Taubah Ayat 42
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Pelajar Malaysia akan dibawa pulang...

Posted: 21 Jul 2012 12:53 PM PDT

Pelajar Malaysia Di Syria Akan Dibawa Pulang

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.

Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.

Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat.

Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.

Kementerian telah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. BERNAMA

Tiada ulasan: