Ahad, 22 Julai 2012

Addin

Addin


PRU 13 Semakin Hampir.. Petanda Terbaru Telah Pun Muncul

Posted: 22 Jul 2012 10:00 AM PDT

PUTRAJAYA - Umno telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara.

"Kita telah memberi taklimat kepada semua Ketua Penerangan Umno Negeri untuk mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini. Umno pusat akan menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur.

"Jentera bahagian Umno telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu Umno mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini.

Kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa, Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut.Ahmad berkata setiap bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi.~bernama


Zahid Hamidi Nafi Umno Ada Hubungan Dengan Komunis.. China Tu Bukan Komunis Ke?

Posted: 22 Jul 2012 08:13 AM PDT


Zahid Hamidi nafi bahawa Umno tiada hubungan dengan komunis.. tetapi dia lupa. Bapak Najib,iaitu Tun Razak perintis kepada hubungan dengan kerajaan China yang di terajui oleh parti Komunis.

Untuk makluman, sehingga sekarang China masih di perintah oleh parti Komunis.. Dan sehingga sekarang juga Umno  masih ada hubungan dengan parti Komunis China..


Zahid Nafi Umno Ada Hubungan Komunis


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis."Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya.

Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. ~bernama



Bob Lokman Mungkin Bertanding PRU 13 Nanti

Posted: 22 Jul 2012 07:09 AM PDT

ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya. ~sinarharian



Wah!! Krisis Air Pun Teruk Di Negeri Kuat Umno.. Lihat Nih

Posted: 22 Jul 2012 03:42 AM PDT


Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu. Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan.

Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising.

Ulasan dari FB:

JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'??

Itulah kerja Allah namanya. Buat jahat, aniaya kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat, Allah bayar cash.... akhirnya Johor berdepan dengan krisis air. Insaflah.... marilah kita kembali berpolitik secara bersih kerana Allah, bukan berpolitik ala 'yahudi' seperti yang diamalkan oleh UMNO Barisan Nasional.
- Apek
Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu?





Rupa-Rupanya Memang Blogger Umno Di Bayar.. Ini Bukti Terbaru

Posted: 22 Jul 2012 12:29 AM PDT

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370. Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog. Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

(Gambar) Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya. ~sinarharian



Datuk Di Tahan Ponteng Puasa

Posted: 21 Jul 2012 09:52 PM PDT

BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam. Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.  Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

(Gambar) Penguatkuasa Jaim menyoal tiga lelaki beragama Islam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai kopi di Bukit Rambai, semalam.

"Saya mengaku saya makan tadi," kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

"Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan 'panas' tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

"Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu," katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

"Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.

Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. ~sinarharian



Allahu Akhbar!! Lihat Keadaan Solat Terawih Di Mesir Dan Kelantan

Posted: 21 Jul 2012 08:55 PM PDT


Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!




Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan.

Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini.

Sumber ~ fb





Tiada ulasan: