Khamis, 19 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


NAK sangat, kan dah kena sebijik... kahkahkah...

Posted: 19 Jul 2012 09:35 AM PDT

Mahfuz: Hosni Mubarak juga tak mengaku dirinya diktator

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, juga tidak mengaku diktator sama seperti bekas perdana menteri (PM) Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dr Mahathir mengambil Mubarak sebagai contoh kepada apa yang beliau sebut sebagai ketua negara yang dicap sebagai diktator," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insidermelalui telefon sebentar tadi. 
"Sama seperti Dr Mahathir, Mubarak juga tidak mengaku sebagai diktator malah seperti Dr Mahathir juga, bekas Presiden Mesir itu mahu dikenali sebagai seorang demokrat walaupun beliau dikategorikan dalam senarai utama demokrat palsu."

Ahli parlimen Pokok Sena itu menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak perlu meminta bukti menunjukkan beliau seorang diktator.

"Tidak perlulah Dr Mahathir minta bukti kerana diktator tidak akan mengaku diktator.
"Lagipun, Dr Mahathir sendiri mudah lupa walaupun beliau suka menuduh orang lain mudah lupa," katanya sambil merujuk inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K. Lingam empat tahun lalu di mana Dr Mahathir beberapa kali mengatakan bahawa "saya tidak ingat".

Mahfuz juga meminta Dr Mahathir "sedar sendiri" apakah imej beliau di mata dunia dan sebahagian besar rakyat negara ini.

"Adakah dunia khususnya sebahagian besar rakyat negara ini melihat Dr Mahathir dengan imej seorang pemimpin yang mesra demokrasi atau seorang diktator. 
"Dr Mahathir jawablah sendiri, jika beliau sudah tidak ada lagi, adakah beliau akan diingati sebagai seorang demokrat atau seorang diktator," kata Mahfuz lagi.

Sebelum pilihan raya umum 2008 lalu, kata Mahfuz, Dr Mahathir sering memberitahu rakyat bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam rasuah dan nepotisme serta menjadikan negara ini negara polis.

"Dr Mahathir jawablah sendiri, adakah Pak Lah atau beliau sendiri yang pertama sekali diingati dan lebih dahulu terlintas dalam fikiran rakyat dalam soal rasuah, nepotisme dan negara polis?" katanya.

Naib presiden PAS itu menasihatkan Dr Mahathir, jika benar sudah tidak ingat apa mengapa beliau dilihat sebagai diktator ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tidak perlulah beliau menulis meminta orang lain membuktikan sifat diktatornya.

"Menjelang Ramadhan ini, eloklah Dr Mahathir memperbaiki imejnya dengan banyak beribadat dan beriktikaf di masjid daripada meminta orang ramai mengungkit-ungkit perbuatannya yang dilihat tidak elok ketika menjadi Perdana Menteri dahulunya," katanya lagi.

Dalam tulisan dalam blognya, Dr Mahathir bertanya kepada pembaca, "Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator". - TMI

NAJIB senang hati, MAIN belon di Putrajaya...

Posted: 19 Jul 2012 08:23 AM PDT

Di kala makcik felda sibuk mengarak panji-panji Umno seluruh kampung, Najib dan Rosmah dengan senang hati ja main belon kat Putrajaya... haha...

Tak percaya tengok neh...


Nak tau pasai apa Najib nampak macam senang hati sangat?

Ni ha, baca kat bawah nih... sah dan saheh, Umno akan menang PRU 13 nanti disebabkan FATWA POWER neh...

Kahkahkah...

Haram jatuhkan kerajaan negara Islam


KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

-Utusan Meloya


Nak nasihat sikit kat anak Mahathir neh...

Posted: 19 Jul 2012 02:30 AM PDT

Mirzan digesa tinggalkan bisnes 'arak' sempena Ramadhan

KUALA LUMPUR 17 Julai: Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram di sisi agama, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty.

"Sempena bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, saya menggesa Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali bertentangan dengan Islam. 
"Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang melibatkan perkara yang sudah tentu haram," katanya dihubungi.

Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar nama kepada Petron.

Penasihat MAS, Dr Mahathir Mohamd dengan bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.

Tindakan Mirzan mengabaikan kepentingan agama demi keuntungan peribadi semata-mata turut dibidas.


"Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah diri dengan terlibat dengan syarikat arak," kata Mohd Nor.

Beliau juga menempelak tindakan Mahathir yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.

"Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak pernah terpadam.

"Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi poket sendiri dan mengaut keuntungan sebesar-besarnya ke dalam institusi keluarga sendiri dengan menggunakan wang rakyat.

"Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama," tegas Mohd Nor. - KD


Acara membatalkan air sembahyang cara Umno... JOM tengok

Posted: 18 Jul 2012 11:30 PM PDT

Ini kampung Be End...
Lain dari Be End dilarang masuk...
Kerana dalam kampung ni yang HARAM boleh di HALAL kan...

Kahkahkah...
Nie buktinya...


Kerana yang HARAM lah puak-puak Umno neh suka...
Wassatiyah cara Umno...

Pttuiihh.... Mungkin ini jugaklah yang diajarkan oleh Presiden Jati si Hassan Akidah...


Fuyoo... Papagomo bagi amaran kat anak Anwar, JOM baca...

Posted: 18 Jul 2012 07:34 PM PDT

Peguam tak mahu layan, Papagomo beri Izzah amaran

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM - Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai."

"Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama Anwar sejak lebih sedekad lalu.

Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini.

Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan beliau dalam wawancara BBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR.

Semalam, pihak polis memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog itu bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.

Ekoran kenyataan polis itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata, "sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."
"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia.

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?" katanya sambil menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tamparan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.- Sinar

Berat neh, Berahim Ali TIBAI Tukar Tiub plak...

Posted: 18 Jul 2012 06:35 PM PDT

Lawak, lawak...
Sah dan saheh...
Video ni dirakamkan time Berahim cakap sorang-sorang...
Video ni direkodkan time Berahim dok berceramah dengan ribuan bangku-bangku...

Yang dok gelak ramai-ramai kat belakang tu hanya di tempek brader Tukar Tiub jaa...
Aku dengaq dah macam gelak perli pun ada...
PERLI kat katak yang sibuk panggil hujan di musim tengkujuh...
Hebat jugak Berahim neh, mengaku JAHIL tapi masih ada yang galak nak ikut dia...
Sah dan saheh...
Pengikut dia semuanya ahli Umno...

Kahkahkah...


Tiada ulasan: