Khamis, 19 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mat Sabu otaknya diletak di atas kepala lutut!! kata Presiden MPM (Video Inside)

Posted: 19 Jul 2012 09:28 AM PDT

Menurut Presiden Majlis Perunding Melayu (MPM), Kamarudun Kachar beliau telah menghantar kenyataannya kepada Akhbar-akhbar dan juga TV tetapi tidak disiarkan mereka.

Antara kenyatannya ialah Mat Sabu hingusnya belum kering.. Mat Sabu otaknya diletak di atas kepala lutut.. Mat Sabu.. robot DAP.. robot PKR..

Apa katanya lagi korang lihatlah video dibawah ni..


Dari manalah UMNO kutip badut ni…macam ni punya orang pun ada yang sanggup lantik dia sebagai Presiden...  lebih sesuai berada di pentas Raja Lawak dari pentas Politik…

Ning Baizura 'angin satu badan' bila dikata akan sertai PAS..

Posted: 19 Jul 2012 01:38 AM PDT


Kurang pasti pulak aku siapa samada penyokong atau pemimpin PAS yang mula mengeluarkan cerita kononnya Artis tanahair Ning Baizura akan menyertai PAS.

Cerita rekaan itu telah menyebabkan Ning 'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnyabeliau merupakan sebahagian artis yang akan menyertai PAS.


Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.


Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.


Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.

Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"


Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik.


Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Salahuddin pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas di Tempoi Joho, memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.

Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Syarifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu..

Ha..ha..ha.. kan dah kena.....

Majalah 'M1 Malaysia' yang diedar diprogram Najib akan diharam KDN?

Posted: 18 Jul 2012 10:06 PM PDT


M1 Malaysia – Majalah Untuk Rakyat yang terdapat logo1Malaysia, telah ditemui oleh wartawan The Malay Mail diedarkan di majlis Najib iaitu program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)  pada 25 June lalu.

Program tersebut telah memecahkan rekod 'Malaysia Book of Records' dengan mencatat kehadiran 10,000 teksi.

Angkara siapa agaknya.. diterbitkan tanpa permit dan diedarkan pula di Program Najib..

Siapa lagi.. kalau bukan kerja pencacai UMNO sendiri.. dah banyak komik macam ni diedarkan dalam berbagai majlis yang dirasmikan Najib antaranya lihat di ( SINI ) dan di ( SINI ) tapi tiada tindakan diambil KDN.

Kali ini bila banyak pihak yang meluahkan rasa tak puas hati baru KDN nak bertindak.. inipun sebab pilihanraya dah dekat..

Ataupun bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak mengelupur.. tengok gambar di atas dan fikirkan siapakah yang mengeluarkan visa atau permit untuk 'Awang Hitam' itu masuk ke Malaysia kalau bukan kroni Najib dan UMNO sendiri??

KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.


Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka.

Menurut sumber harian itu, wartawan yang menulis berita itu diminta menyerahkan komik itu, yang merupakan edisi ketiga bersama edisi keempat yang ditemui dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pada 25 Jun.

"Mereka (KDN) minta agar kami tidak menyentuh isu perkauman selepas ini," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini semalam.

Komik dengan logo 1Malaysia itu mempunyai satu bahagian bertajuk "1Malaysia vs 1PATI" yang memaparkan kanak-kanak lelaki menghargai kemajmukan masyarakat negara ini.

Namun dia digambarkan kemudiannya lari daripada sekumpulan lelaki asing berkulit gelap yang dilabelkan sebagai "Awang Arang".

Kumpulan hak asasi Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) sebelum ini dilapor mempersoalkan pengedaran komik itu dalam acara awam dan menggesa kerajaan memohon maaf kerana ia didakwa memalukan kerana membezakan warna kulit.

Manakala NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata, penerbitan sebegitu boleh menyebabkan ketegangan kaum dan berbahaya, terutamanya jika dibaca oleh pelajar sekolah.

The Malay Mail pada 13 Julai melaporkan, penerbitnya Blue Pipe Studio Enterprise tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Abd Aziz Md Nor pula sebelum ini dilaporkan berkata, penerbitan itu di luar pengetahuan mereka.

Bagaimanapun, kata Abd Aziz, mereka akan mendapatkan penjelasan penerbit dan mengharamkannya jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi bahagian itu bagi mendapatkan komen sekali lagi pada hari ini tetapi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.

Malaysiakini

PANAS!! Video CCTV Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol tersebar!! saksikan!!

Posted: 18 Jul 2012 06:31 PM PDT


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban itu.

Ini laporan dari Malaysiakini

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu- Malaysiakini



Kebenaran bawa telefon bimbit dan iPad ke Sekolah.. langkah nak selamatkan Kroni ke?

Posted: 18 Jul 2012 09:31 AM PDT


Selain dari punya kebolehan memperbodohkan penyokong mereka satu lagi kebolehan pemimpin-pemimpin UMNO/BN ialah membina harta dengan menggunakan air liur sahaja..

Isnin lalu Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Bagaimanapun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran itu atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata pelajar tidak sepatutnya dibenarkan membawa sebarang peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit ke sekolah kerana ini bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan akan mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka – myMetro

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyifatkan keputusan Kementerian Pelajaran itu sebagai tindakan yang hanya akan menambah beban dan tugas kepada pihak sekolah serta bakal menimbulkan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata antara masalah yang dikenal pasti berkemungkinan berlaku kecurian telefon bimbit, hilang fokus ketika guru mengajar dan kewujudan 'ejen' menjual kad tambah nilai di kalangan pelajar.– myMetro

Dan komen para Guru-guru yang kebanyakkannya menolak kebenaran penggunaan peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad sila lihat di ( SINI )

Walau begitu banyak tentangan kebenaran bagi penggunaan peralatan komunikasi terutamanya iPad pasti akan dilaksanakan jika UMNO/BN masih kekal berkuasa selepas PRU13 ini.

Ini adalah perlu kerana tanpa kebenaran tersebut tindakan Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah berjanji untuk mempromosikan tablet 1Malaysia Pad kepada 1.4 Juta pelajar seluruh negara tidak akan berguna.


Itu adalah janji yang dibuat olehnya ketika melancarkan produk keluaran MalTechPro iaitu 1Malaysia Pad sekitar bulan Mei lalu.

1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info.

Produk yang mula dijual June lalu pada harga RM999 sebuah dianggap terlalu mahal kerana menggunakan perisian yang sudah out of date.

Tak tahulah aku berapa buah yang telah terjual dipasaran..

Sebagai langkah menjamin produk keluaran MalTechPro iaitu 1Malaysia Pad atau 1Mpad tidak berkubur begitu saja Kementerian Pelajaran diperkudakan supaya membenarkan penggunaan iPad di Sekolah.

Sudah tentu iPad yang dimaksudkan ialah 1MPad atau 1Malaysia Pad bukannya lain-lain tablet..

Ini kerana MalTechPro telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia lebih kurang tiga bulan yang lalu iaitu pada 5 April 2012 dengan modal berbayar RM1000.

Dan yang paling penting… 35 Peratus dari sahamnya dipegang oleh Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia, Sohaimi Shahadan – sila baca di ( SINI )

Kan aku dah kata pemimpin-pemimpin UMNO/BN dengan menggunakan air liur sahaja mereka boleh membina harta..

Tiada ulasan: