Khamis, 19 Julai 2012

Addin

Addin


Ulama Dunia Sepakat, Siti Contoh Terbaik Umat Islam

Posted: 19 Jul 2012 09:32 AM PDT

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik. Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat.

Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini.

Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.

Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah :-
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti-Siti ini?
Semoga Siti Nurhaliza tergolong dalam kalangan Siti-Siti yang boleh menjadi contoh terbaik untuk umat Islam di dunia ini. Mungkin Siti Nurhaliza akan tersenarai dalam 10 Siti terbaik.



Siapa Pemilik Kediaman Mewah Jutaan Ringgit Ini?

Posted: 19 Jul 2012 08:46 AM PDT


Berikut adalah pendedahan yang di buat oleh portal Sarawak Report. Ia menceritakan  bagaimana kebanyakan menteri dan YB di Sarawak yang memulakan karier politik mereka tanpa sebarang harta, akhirnya mampu hidup dalam serba kemewahan, sedangkan gaji menteri yang mereka terima sebagai penjawat-penjawat awam tidaklah seberapa sangat. Baca pendedahan seterusnya oleh Sarawak Report..


Kediaman Mewah Jutaan Ringgit Millik Masing

Rumah-rumah besar milik rakan-rakan politik kepada Taib Mahmud merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.

Bagaimana kebanyakan menteri dan YB, yang memulakan karier politik mereka tanpa sebarang harta, akhirnya mampu hidup dalam serba kemewahan, sedangkan gaji menteri yang mereka terima sebagai penjawat-penjawat awam tidaklah seberapa sangat?

Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. Namun, tidak seorangpun yang harus menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah yang telah memusnahkan negeri Sarawak.

James Jemut Masing, yang merupakan ketua parti politik PRS, adalah orang kanan dalam pakatan BN pimpinan Taib mewakili UMNO menguasai negeri Sarawak, adalah suatu contoh yang baik.

Namun, kami berhak untuk menyoal dari manakah dia dengan secara tiba-tiba beroleh wang yang banyak untuk membeli sebuah kediaman serba mewah di tengah-tengah kejiranan bertaraf perdana di bandaraya Kuching?

Baca selanjutnya laporan Sarawak Report di sini.

Patutlah Mahathir Bengang Giler.. Wikipedia Nobat Beliau Sebagai Diktator

Posted: 19 Jul 2012 05:39 AM PDT

"Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.

"Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat," kata Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan kepada Sinar Harian.

Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.

Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.

Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya.

Maksudnya "diktator terpimpim" atau "separuh diktator" adalah diktator. Tambahan kepada diktator sedia ada hanya ingin melunakkan cerita dan supaya agak berlapik dalam menyampaikan kata-kata. Jadinya taklah nampak sangat nak kutuk Dr Mahathir. Rujuk Wikipedia

Jadi tak payahlah Dr Mahathir meminta pandangan dari pengunjung blognya lagi…




~ekeleh

PRU 13 Dalam Masa Terdekat.. Ini Tanda-Tanda Terbaru

Posted: 19 Jul 2012 03:09 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.

(Gambar) Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012.

Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya.

Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

"Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.

"Mungkin selepas Raya.

"Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.

"SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider.

Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. ~tmi

Abbay Abadi Dan Yatt Hamzah Bakal Sertai PAS Malam Ini?

Posted: 18 Jul 2012 10:34 PM PDT

Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar gembira!Melalui satu mesej di laman mikroblog Twitter milik pelakon utama filem Leftenan Adnan yang kini menyertai PAS awal bulan ini, Hairie Othman, mengatakan bahawa seorang lagi artis akan secara rasmi mengikut jejaknya malam ini.

Hairie dalam twitnya kira-kira jam 3 pagi tadi mengatakan:Hairie Othman ‏@hairieothman Esok sorang lagi rakan artis perempuan yang akan menyerahkan borang secara rasmi bersama wadah perjuangan kepada TGNA. Tunggu.. #takbir.

Manakala di laman Facebook miliknya pula, Hairie memberi bayangan lebih jelas dengan mengatakan:Esok malam ceramah bersama TGNA dan Dato'
Hussam Musa di Nilam Puri.. Istihar rasmi seorang lagi kawan artis perempuan bersama wadah perjuangan. #takbir

Selebriti tersebut akan berceramah bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Exco kanan kerajaan negeri Husam Musa di Nilam Puri.Adalah dijangka bahawa selebriti yang dimaksudkan oleh Hairie ialah bekas pelakon drama siri kepolisan Gerak Khas, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan, 34.

Abby kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam siri tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan debat yang dimulakannya sendiri.Bagaimanapun, dalam akaun Twitter miliknya, Abby masih tidak memberi sebarang maklum balas tetapi cuma membalas twit pengikutnya bahawa beliau akan hadir malam ini.



Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar awa beliau akan hadir malam ini.

Sekiranya perkara ini benar, tahniah buat Abby kerana memilih perjuangan Islam tanpa apa-apa paksaan walaupun teruk dihentam dan difitnah blogger Umno kununnya hanya untuk mencari suami di kalangan ahli PAS. ~jalanpulang


Umno Negeri Sembilan Semakin Cemas.. 4 Tokoh Sertai PAS

Posted: 18 Jul 2012 07:57 PM PDT

KUALA PILAH - PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini. Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin. Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

"Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS 'Islamik' dan lebih kepada 'semangat' dan bukan hanya 'fizikal' semata-mata.

"Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut", kata Zainal.

Kecewa dengan Umno

Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu.

Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus.

Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

"Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).

"Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

"PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti", kata Norazman.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek. ~fmt

Gambar Menarik Sekitar Persiapan Debat Ust. Nasaruddin Vs Ust. Fathul Bari

Posted: 18 Jul 2012 05:44 PM PDT

 

Debat anjuran akhbar Sinar Harian antara Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dengan Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya ini akan diadakan pada hari ini, 19 Julai 2012.

Debat Sinar Harian kali ketiga ini mengupas topik "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa ?".Siaran Langsung Di Astro Awani (501) Jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar persiapan debat yang diadakan pada hari ini..








Kredit gambar ~ sinar harian

Saksi Beritahu Panel Penasihat BERSIH, Polis Memang Bertindak Kasar

Posted: 18 Jul 2012 05:13 PM PDT

KUALA LUMPUR - Panel Penasihat Bersih diberitahu bahawa terdapat beberapa anggota polis bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, ini hasil keterangan yang diberikan beberapa saksi dalam siasatan yang dijalankan panel tersebut. Menurutnya, setakat ini hanya seramai lapan saksi tampil memberi keterangan berkaitan salah laku polis dan perjalanan perhimpunan itu.

(Gambar) Panel Penasihat Bersih mendengar keterangan daripada R.Nadeswaran di kawasan Dataran Merdeka.

Bagaimanapun menurut beliau, jumlah saksi yang tampil setakat ini belum mencukupi. "Kami telah memanggil sebahagian anggota polis yang bertugas sepanjang perhimpunan. Walaupun terdapat dakwaan pelbagai pihak menyatakan berlaku kekasaran, tetapi mereka yang tampil untuk menjadi saksi amat mendukacitakan.

"Sekiranya tiada saksi yang tampil, pihak polis (hanya boleh) mengambil tindakan tatatertib terhadap anggotanya yang bertindak kasar dalam perhimpunan itu," katanya selepas mendengar keterangan beberapa saksi di Kelab Diraja Selangor di sini.

Sebelum ini, beliau pernah berkata bahawa sekiranya tiada mana-mana pihak tampil menjadi saksi terhadap dakwaan-dakwaan yang dikemukakan, bermakna polis hanya boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota yang bertindak kasar.

Antara saksi yang hadir member keterangan hari ini ialah editor akhbar The Sun, R Nadeswaran yang berada di Rumah Kelab Diraja Selangor semasa perhimpunan itu. Beliau memberikan keterangan apa yang berlaku di kawasan sekitar rumah kelab pada hari berkenaan.

Mohammed Haniff berkata, salah seorang saksi mendakwa beliau melihat beberapa anggota polis bertindak kasar terhadap peserta yang ditahan ketika lalu di hadapan rumah kelab bagi dikumpulkan di kawasan lapang sebelum dibawa ke pusat tahanan.

Beliau berkata, saksi memberitahu ada melihat peserta yang berlumuran darah tetapi tidak mengetahui punca bagaimana ia berlaku, kebanyakan yang ditahan adalah peserta lelaki, mereka dipegang oleh anggota polis ketika dibawa ke tempat berkumpul.

"Bagi peserta wanita pula, mereka hanya diiringi oleh anggota polis," katanya.

Panel penasihat ini ditubuhkan bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Selain itu panel penasihat ini boleh dijadikan saluran alternatif oleh mana-mana pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, bahan bukti dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan perhimpunan itu.

Panel penasihat ini dianggotai oleh Mohammed Haniff, selaku pengerusi manakala ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Bagaimanapun dua ahli panel terbabit iaitu Shim Lip dan Mohammad Medan telah menarik diri kerana masalah kesihatan dan bebanan tugas. ~sinarharian

Tiada ulasan: