Selasa, 17 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


Tolong la woii, JOM tolong bagi RAMAI...

Posted: 17 Jul 2012 09:11 AM PDT

Aku sanggup buang masa sikit tak pa, nak iklankan poster ceramah si HASSAN YANG KUAT BERAKIDAH neh... Ini jemputan rasmi tau...


Jemputlah pi ke ceramah dia, sambil mendengar kata-kata motivasi hebat dari YB neh... kesian woii... bila ceramah tak dak orang camneh...

Kahkahkah...

JOM la ramai-ramai kita pi selamatkan AKIDAH Hassan Ali...

Kahkahkah...

Mungkin len kali aku nak cadangkan si Hassan buatkan cabutan bertuah sama, kot-kot orang boleh ramai sikit... Bagi la motosikal modenas ka, basikal ngan hamper ka... atau paling tidak bagi duit minyak sorang RM20 ngan T shirt free sorang satu...

                          
Sambil-sambil tue, boleh gak layan cerita kisah orang kongsi Isteri...



Perang saudara...

Posted: 17 Jul 2012 05:18 AM PDT

Seorang wanita meratap di sisi mayat saudaranya di Tremseh yang diserang tentera Syria.Dakwaan jenayah perang boleh dikenakan: ICRC

Konflik Syria diisytihar peperangan saudara

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan. Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim. Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain.

Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah", Kenyataan PBBMenurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.

"Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah," kata kenyataan PBB.

Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu.

Pasukan Tentera Pembebasan Syria melaungkan slogan anti Presiden Bashar al-Assad di wilayah Idlib, utara Syria. - Foto AP]

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan itu bukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didakwa aktivis dan ramai pemimpin luar tetapi operasi tentera menyasarkan pejuang bersenjata yang mengambil alih kampung itu.

"Apa yang berlaku bukan serangan ke atas penduduk awam. Apa yang dikatakan mengenai penggunaan senjata berat tidak berasas sama sekali," kata Makdissi kepada wartawan kelmarin di Damsyik.

Beliau berkata, 37 penyerang dan dua penduduk awam maut angka kematian jauh lebih rendah berbanding yang dinyatakan aktivis anti-rejim, sebahagiannya menganggarkan kematian melebihi 100 orang.

PBB membabitkan tentera Presiden Bashar al Assad dalam serangan itu. Ketua misi pemerhati PBB berkata Jumaat lalu pemantau yang diletakkan berhampiran Tremseh melihat tentera menggunakan senjata berat dan helikopter tempur.

Pertempuran adalah yang antara yang terbaru dalam kebangkitan menentang Assad, yang dikatakan aktivis membunuh lebih 17,000 rakyatnya. Keganasan berterusan kelmarin dengan beberapa pertempuran dilaporkan di sekitar Damsyik. - AP


Mai Baca Apa Pak Samad nak kata...

Posted: 17 Jul 2012 03:54 AM PDT

Nasihat Pak Samad fenomena masuk PAS

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said (Pak Samad) mahu segenap individu yang menyertai PAS terutamanya artis, bekas-bekas polis dan sebagainya memberikan sumbangan sebaiknya kepada gerakan Islam dalam membantu mengembangkan Islam.

Dalam satu ulasannya mengenai fenomena artis dan pelbagai pihak menyertai PAS mutakhir ini, Pak Samad mahu semua yang masuk ke dalam PAS ini memulakan langkah mereka dengan jujur, tulus dan ikhlas.

"Saya senang bahawa apa juga tindakan itu harus jujur, harus tulus, harus ikhlas. Itu asasnya, sebab sebagai orang Islam pergi solat lima waktu termasuk amal ibadat lain.

"Sebelum kita hendak sembahyang itu kita kena tulus dulu. Kita tidak boleh hendak bersembahyang dengan hati yang tidak tulus, tidak murni, tidak ikhlas.

"Jadi jika itu dasarnya, saya fikir setiap orang yang akhirnya menyedari bahawa hidupnya itu selama ini tidak murni, selama ini tidak menyokong itu gerakan- gerakan Islam," katanya

Katanya lagi, kemasukan beberapa orang "watak" yang pernah berada dalam Polis dan sebagainya diyakini bermula dengan kesedaran golongan tersebut.

Tambahnya, selama ini golongan tersebut mungkin hanya mendiamkan diri kerana kerjayanya dan belum mendapat kesedaran.


APAHAL ngan OCPD nie plak... hehe...

Posted: 17 Jul 2012 02:44 AM PDT

BERLAGAK SOMBONG!!! Kisah OCPD yang tiada urat SENYUM....

DS Nizar selesai Himpunan Bantah ISA terus bertemu anggota polis untuk mengucapkan terima kasih dan selamat berpuasa.

Anggota polis lain-lain pangkat , tersenyum apabila menerima salam dan ucap selamat berpuasa dari DS Nizar


Tunggu untuk menyambut salam DS Nizar

Syabas Tuan,senyum suka dengan DS Nizar ,tak macam OCPD tak mahu senyum.

Inilah OCPD Taiping ,tak senyum -senyum dengan DS Nizar,tangan sebelah seluk kocek.Nizar minta OCPD senyum sampai sudah tak senyum-senyum. Kalau senyum pun SENYUM PAKSA.


Kamunting,15 Julai- Seusai Himpunan Bantah ISA ,DS Nizar terus berjumpa anggota polis yang bertugas.Kebanyakan baik menyambut salam DS Nizar. OCPD Taiping ,endah tak endah layan DS Nizar.

Seorang teman wartawan yang mengenali penulis , bercakap pelan "OCPD ini tak taukah UMNO mahu kalah". "Kalau UMNO kalah, OCPD ini mahu letak muka kat mana ya?" kata teman wartawan lagi.Sisibukit


TERBONGKAR: Unit Khas Umno Fitnah Pakatan?

Posted: 16 Jul 2012 11:36 PM PDT

Keyakinan rakyat bahawa bangsa Umno adalah bangsa yang busuk perut makin jelas terbukti. Kemuruk diaorang makin membusung. Terbaru, veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa kerajaan Umno-BN telah mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

Dia berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 orang di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

"Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah.
"Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus dok panjangkan fitnah itu lagi," kata Abdul Kadir.

Sapa jadi orang kuat unit fitnah amno neh? Papagomo ka?

Kahkahkah...

Aku pun tak percaya sangat kat Kadiaq neh...
Tapi kenyataan beliau yang juga bekas menteri Kerajaan Pusat turut menguatkan lagi keyakinan kita yang bangsa Umno hanya mementingkan kuasa tanpa mengira adab dan pekerti Islam. Cakap macam orang beragama, tapi kelaku macam bangsat...

Ni lagi HARAMJADAH... bagaimana mereka memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

"Kamu lapar ya? Saya ada pinggan cantik, nasi dengan lauk yang sedap-sedap. 
"Kalau kamu mahu, kamu kena merangkak ke mari dan 'tabik' saya dahulu, kemudian barulah saya beri nasi kamu," kata Abdul Kadir apabila menggambarkan kesombongan Umno tatkala menghulurkan 'bantuan' kepada rakyat.

Sebelum ini, sudah diketahui umum bahawa beberapa agensi kerajaan mengenakan 'syarat tambahan' tatkala memohon sebarang peruntukan dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk rakyat.

Antara 'syarat tambahan' tersebut, pemohon tersebut diwajibkan menjadi ahli Umno atau dikehendaki mengisi borang keahlian Umno sekiranya masih belum berbuat demikian.

Antara agensi yang kerap diperkatakan di kalangan masyarakat umum negara ini adalah agensi yang terlibat dengan permohonan Pinjaman Tekun, permohonan rumah kos rendah, pinjaman pelajaran dari agensi kerajaan, permohonan tanah rancangan Felda serta Felcra dan beberapa yang lain.

SERIUS!!! Bangsa PERUT BUSUK neh memang tak layak dibuat kawan...


HOT: YB Azan dah tak laku di Indera Mahkota?

Posted: 16 Jul 2012 08:00 PM PDT

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan. Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.

Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu. Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini. Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya.

Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota.

Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang. Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung. Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut. Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota. YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau. Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...

YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu. PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah. Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini. Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal. Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota.

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang

Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota. Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen. Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang. Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen. Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang. Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu. Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.

Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota? Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung. Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik. Di mana pula mahu diletakkan YB Azan? YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.

Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'? Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini. Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota? Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.

Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota? Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.

Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan. Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ. Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib. Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.

Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut. Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman. Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah./budakmental.blogspot


MASAALAH jugak bila artis berduyun masuk PAS

Posted: 16 Jul 2012 06:30 PM PDT

Apabila artis berduyun masuk PAS

Oleh Dinsman
Ada orang SMS saya bertanya mengapa tak tulis apa-apa mengenai fenomena artis masuk PAS berduyun-duyun itu. Dan ada beberapa SMS lagi yang memberi pandangan dan bercerita beberapa hal mengenainya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Lutfi sendiri pun sudah menulis mengenainya dalam Harakah keluaran lalu.

Alhamdulillah, kemasukan artis beramai-ramai ke dalam PAS itu memang sesuatu yang patut disambut dengan gembira. Apatah lagi sekarang kita sudah di ambang PRU-13. Kemasukan mereka itu memang membantu kempen PAS dan menguatkan lagi sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada orang bimbang kalau-kalau mereka itu telah dipergunakan atau disalahgunakan untuk kempen politik, sehingga akan menimbulkan kemungkinan mereka menjadi tidak selesa dan akan kembali kepada asal mereka.

Saya sebenarnya tidak tahu sangat cerita mengenai artis-artis yang dikatakan telah berhijrah ini, kerana saya pun akhir-akhir ini kurang terlibat dalam majlis-majlis yang ada mereka; dan satu dua majlis yang memang diatur untuk bersama mereka pun kebetulan saya tak dapat hadir kerana telah ada komitmen lain. Untuk itu saya mohon maaflah!

Hanya dengan Bok Lokman sahaja saya agak berpengalaman, kerana dia terlibat dengan program pementasan teater saya, Menunggu Kata Dari Tuhan. Kami pernah buat persembahan di Kulai, Johor; dan yang terbaru di Masjid Nurul Amin, Kg Delek, Kelang, pada 9 Jun lalu. Yang terbaru lagi pada 24 Jun dia tak dapat berlakon, kerana tidak sihat, lalu digantikan dengan Sabri Yunus yang kebetulan boleh pada malam itu. Sebelum itu saya juga pernah berforum mengenai kesenian Islam bersama dengan Bob Lokman, di Johor.

Memang ada juga cerita yang kurang menyenangkan dia, dalam pengalamannya berceramah dan membuat persembahan dalam majlis-majlis PAS di sana-sini. Mengikut ceritanya kepada saya. Dan saya anggap itu semua adalah perkara biasa, asam garam dalam beraktiviti. Tidak semuanya indah dan menyenangkan. Biasalah, di mana-mana pun begitu.

Sebenarnya saya dan kawan-kawan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi) memang berhasrat untuk bersama dalam apa-apa rancangan dan program yang melibatkan artis-artis berkenaan. Kami pun ingin berbincang untuk membuat program bersama, demi memajukan seni-budaya bersama Pakatan Rakyat. Tetapi setakat ini nampaknya peluang untuk itu belum terbuka, kecuali pada 6 Julai – malam Semarak Seni Lebuh Raya Rakyat, di Taman Melewar. Yang

sering kita dengar ialah mereka dijemput berceramah di sana-sini. Bukannya membuat persembahan apa-apa yang menjadi kebiasaan mereka dan yang mereka berbakat, iaitu berlakon atau menyanyi. Seperti Bob Lokman pun, begitu banyak jemputan berceramah sehinggakan waktu untuk dia membuat latihan berlakon pun hampir tidak ada.

Tetapi walau apa pun tidak mengapalah, kalau itu semua boleh mereka lakukan. Mungkin mereka pun masih teruja dengan pengalaman baru ini. Tak mengapalah. Teruskanlah, kerana keadaan begini pun tidak akan kekal begini berterusan hingga lama-lama. Sampai waktunya akan hilanglah keterujaan atau keghairahan itu – baik di pihak artis-artis mahupun di pihak PAS sendiri.

Sebelum ini, dulu kita pun pernah mengalami hal keterujaan dan keghairahan yang hampir sama begini dengan Ogy Ahmad Daud, dengan Mawi, dan dengan Amy Search pun. Dan kemudian apabila hilang keterujaan dan keghairahan itu, masing-masing pun telah mengambil jalan masing-masing. Tetapi untungnya PAS kerana sekarang lebih ramai pula yang masuk menyertainya, berduyun-duyun.

Dan sebelum itu lagi, dulu, pada zaman awal-awal Reformasi dulu, siapa artis yang berani tampil di atas pentas PAS dan PKR? Tak lain dan tak bukan hanya dua tiga orang sahajalah – Ito (Blues Gang), Akil Hayy dan Nasir Jani. Siapa lagi?

Dan keterujaan serta keghairahan itu pun hilanglah sudah. Maka bolehlah kita bertanya – apakah fenomena artis-artis berhijrah ini hanya bersifat sementara selagi mood keterujaan dan keghairahan itu masih ada sahaja? Atau bagaimana?

Memang ada pihak tertentu yang sangat prihatin dengan keadaan artis-artis yang dikatakan 'berhijrah' itu. Mereka risaukan kalau-kalau orang PAS tidak pandai melayan artis-artis itu, takut nanti mereka akan meninggalkan PAS pula, dan sebagainya. Ada pula yang bimbang memikirkan masa depan artis-artis itu sendiri di dalam PAS – bolehkah mereka meneruskan karier mereka sebagai penyanyi? Bolehkah PAS membenarkan penyanyi wanita menyanyi di depan khalayak umum, termasuk di depan lelaki?

Kalau penyanyi wanita kini diterima untuk berceramah di depan lelaki, kenapakah pula mereka tidak dibenarkan menyanyi di depan lelaki?

Itulah antara soalan-soalan menarik yang sedang menanti untuk jawapan. Tidak tahu siapa yang akan menyediakan jawapannya. Dalam suasana ghairah dan teruja sekarang ini, kita berharap proses penyediaan jawapan itu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Itu satu perkara. Satu perkara lagi ialah aktiviti seni-budaya itu sendiri, yang bagi saya adalah lebih penting. Apakah kemasukan berduyun-duyun para artis itu menjadi ahli PAS membawa mesej bahawa aktiviti seni-budaya akan bersemarak dihidupkan dalam masyarakat PAS? Atau sebaliknya membawa mesej bahawa mereka sudah 'berhijrah' dari dunia seni-budaya kepada dunia berdakwah melaui ceramah?

Menyedari ada dua kemungkinan itu maka saya dan kawan-kawan dalam Paksi tidaklah begitu ghairah dan teruja dengan kemasukan berduyun-duyun para artis itu. Sementara mereka masih dalam musim teruja dan ghairah ini, biarkanlah mereka mengisi program-program PAS, walau apa pun bentuknya. Hanya mereka sendiri yang dapat menentukan masa depan karier mereka.

Sementara itu saya dan kawan-kawan Paksi akan meneruskan usaha kami bagi menyuburkan seni-budaya dalam masyarakat yang bebas, harmoni, beragama dan tidak ada rasuah serta penindasan sesama manusia.


Lawak betoi la Ust Azhar neh... JOM tengok, hehe...

Posted: 16 Jul 2012 03:00 PM PDT

Lawak tapi bernas dan berisi...

Tiada ulasan: