Selasa, 17 Julai 2012

Addin

Addin


Kerajaan Kelantan Beri Amaran Ekoran Persembahan Siti Nurhaliza Dedah Aurat

Posted: 17 Jul 2012 10:20 AM PDT

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

"Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, hari ini.

Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.

"Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi," katanya.

Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Husin Awang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan exco isu tersebut.

KAWALAN PERSEMBAHAN HIBURAN

3.1. Hiburan Yang Dilarang

Nama, Jenis dan kelas hiburan yang dilarang ialah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional), Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang. Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.

3.2. Hiburan DiKawal Selia

Semua jenis dan kelas hiburan lain sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut :

(i) Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.

(ii) Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.

(iii) Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.

(iv) Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.

(v) Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.

(vi) Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.

(vii) Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.

(viii) Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.

(ix) Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.

(x) Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.

(xi) Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.

(xii) Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.
Addin :

Syabas!! kerajaan Kelantan.. tiada kompromi walaupun artis tersohor..




Panas!! Ketua Umno Bahagian Berkomplot Di Jakarta Tolak Calon Pilihan Najib

Posted: 17 Jul 2012 09:03 AM PDT

Masalah utama yang dihadapi oleh Najib untuk meletakkan calon-calon yang dianggap winnable tetapi berada di luar kepimpinan UMNO bahagian ialah sikap-sikap kebanyakan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang didapati masih kemaruk untuk bergelar YB walaupun sudah menjadi wakil rakyat lebih daripada dua penggal. Mereka ini didapati masih belum bersedia memberi ruang kepada orang lain mengganti-pakai gelaran YB itu walaupun Najib sudah berulang kali menyebut tentang keinginan untuk meletakkan calon yang dianggap winnable itu.

Disebalik Najib bercakap soal winnable yang bermaksud calon baru yang bersih serta boleh diterima rakyat, wakil-wakil rakyat lama ini tetap juga beranggapan mereka juga adalah winnable walaupun dalam pilihanraya lalu kemenangan yang diperolehi sekadar cukup makan sahaja.

Di Selangor, wakil-wakil rakyat lama yang terdiri daripada pemegang jawatan Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan dalam UMNO didapati masih ghairah melobi dan menonjolkan diri dengan harapan dipilih lagi sebagai calon pilihanraya.

Selain Dr. Khir Toyo yang masih menghadapi kes mahkamah dan mengumumkan mahu berundur, didapati tiada pemimpin lain yang berbuat demikian.

Mereka bukan saja didapati masih ghairah melobi untuk menjadi calon tetapi beberapa wakil rakyat Selangor juga sudah mengadakan pertemuan sulit di Jakarta untuk membentuk 'kesatuan' bagi membolehkan mereka melakukan desakan yang lebih mantap dan tersusun kepada pucuk pimpinan.

Dengan melakukan komplot sehingga ke Jakarta bagi membolehkan terus dipilih sebagai calon pilihanraya, bermakna harapan pucuk pimpinan untuk meletakkan calon-calon winnable yang berada di luar kepimpinan UMNO Bahagian pastinya melalui jalan sukar dan tidak mustahil hanya tinggal angan-angan saja.

Difahamkan antara perbincangan yang dibuat selain mendesak untuk terus dipilih sebagai calon, mereka juga turut menyentuh mengenai proses pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya nanti.

Di Johor pula, beberapa wakil rakyat yang sudah lebih tiga penggal memegang jawatan itu turut didapati masih ghairah melobi dan tidak segan-segan bercerita tentang hasrat mahu terus bertanding dalam pilihanraya akan datang ini.

Sebahagian daripada mereka juga didapati makin rancak memasang kain rentang di seluruh pelusuk kawasan masing-masing memuji-muji kepimpinan Najib dengan pelbagai ungkapan manis sambil meletakkan gambar mereka bersebelahan dengan Perdana Menteri di kain rentang tersebut.

Keadaan ini tentunya tidak lain adalah didorong oleh keghairahan yang tidak pernah padam untuk terus menjadi wakil rakyat. Dan sekali lagi keghairahan ini turut menyukarkan kemasukan calon-calon baru yang dianggap winnable untuk dipilih sebagai calon pilihanraya.

Di Sabah juga keadaan yang sama berlaku di mana sebahagian besar wakil rakyat UMNO sedia ada secara terbuka menyatakan keinginan untuk terus bertanding.

Di sebuah negeri di utara pula berlaku keadaan yang lebih terbuka di mana beberapa wakil rakyat yang terdiri daripada pimpinan UMNO Bahagian bukan saja meluahkan hasrat untuk terus menjadi calon, bahkan terdapat yang menggambarkan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon Bebas jika diketepikan oleh UMNO.

Tinjauan secara rambang di semua negeri sebenarnya mendapati kebanyakan wakil rakyat yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan pemegang lain-lain jawatan dalam UMNO masih mahu terus menjadi calon walaupun menyedari usia mereka makin meningkat dan sudah pun merasai nikmat beberapa penggal menjadi wakil rakyat.

Pimpinan UMNO Bahagian ini langsung tidak peduli soal kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya, apatah lagi mahu memberi ruang kepada calon-calon baru menjadi wakil rakyat. Apa yang difikir dan diusahakan ialah memastikan mereka terus dipilih sebagai calon pilihanraya.

Dalam hal ini Najib sudah tentu serba salah kerana jika Ketua Bahagian dan wakil-wakil rakyat yang sudah lama terus dipilih sebagai calon ia akan menyukarkan impian kemenangan yang ingin digapai kerana rakyat akan menilai Najib gagal dalam transformasinya serta tidak mengotakan janji untuk meletakkan calon-calon baru yang dianggap winnable.

Di sisi yang lain, jika Ketua Bahagian terlalu ramai diketepikan ia mungkin pula menjejaskan kedudukan Najib dalam pemilihan UMNO selepas itu, terutama jika UMNO dan BN cuma menang tipis saja dalam PRU 13 nanti. Ketua-ketua Bahagian yang diketepikan ini kemungkinan akan bersuara lantang mendesak agar Najib mengundur diri dan digantikan dengan pemimpin lain.

Soalnya mampukah Najib menjadi seorang yang tegas dan tidak tunduk kepada pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat usang serta pimpinan UMNO Bahagian ini sedangkan selama ini beliau sudah dicop sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia? ~shahbudindotcom



"Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo" - Nurul Izzah

Posted: 17 Jul 2012 08:00 AM PDT

BALIK PULAU - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini. Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan. "Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

"Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.

"Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.

"Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.

Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.

"Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya. ~sinarharian



Video BN Sebar Dakyah Burukkan Pakatan Rakyat Kepada Staf KEMAS

Posted: 17 Jul 2012 07:40 AM PDT


Video ini bertarikh 15 julai 2012 (Ahad), majlis ini adalah majlis penganugerahan kakitangan cemerlang seluruh Sabah dan bertempat di dewan Rafie Tun Fuad Stephen, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum majlis bermula mereka telah mengadakan brainwash terhadap seluruh kakitangan KEMAS Sabah dengan ceramah dan menayangkan video parti pembangkang. Orang awam yang hadir tidak di benarkan masuk ke dalam dewan pada waktu ini hanya kakitangan KEMAS sahaja.




Papagomo Terus Menerus Fitnah Anwar Di Twitter

Posted: 17 Jul 2012 05:43 AM PDT



Sekarang papagomo tengah melalut berkaitan isu liwat yang terbaru. Beliau mengatakan yang kononya ada bukti.Apa pendapat pembaca?Adakah papagomo dah tertekan. 

Pelbagai fitnah dan cacian selama ini kepada Anwar tetapi tidak memberi kesan malah Anwar semakin kuat dan bersemangat.Rakyat sudah pandai menilai.

Papagomo Kantoi Lagi, Polis Sahkan Tiada Laporan Libatkan Anwar

Posted: 17 Jul 2012 03:58 AM PDT


SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. ~sinarharian

Gambar Menarik Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 17 Jul 2012 01:22 AM PDT


Gambar Tuan Guru Nik Aziz tengah meneliti iPad. Ini merupakan bukti bahawa Tuan Guru tidak ketinggalan zaman. Para da'ie sekarang  perlu mengikuti peredaran masa untuk mendekati golongan sasaran kita.




Gambar ~abu luqman



Ali Rustam Makin Celaru.. Kubu Kuatnya Di Tembusi

Posted: 17 Jul 2012 12:00 AM PDT

Dalam masa tidak sampai sebulan 2 kubu kuat Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Dun Bukit Baru roboh.  2 minggu lepas PAS berjaya mengadakan ceramah di Peti Undi Padang Jambu manakala Sabtu lalu Peti Undi Kg Ku Sayang pula berjaya ditembusi.Kedua-dua peti undi itu sebelum sukar ditembusi kerana tiada penduduk setempat yang berani membenarkan rumah mereka dijadikan tempat ceramah.Kejayaan PAS menembusi kubu kuat Umno tersebut membuktikan bahawa rakyat Melaka semakin berani untuk membuat perubahan.

Kalau sebelum ini mereka melalukan protes secara senyap kita mereka sudah berani melakukannya secara terbuka.Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata kejayaan menembusi kubu kuat Umno memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN di Dun Bukit Baru.

"Kejayaan ini benar-benar memberikan suntikan kepada jentera PAS untuk meneruskan kemaraan di Dun Bukit Baru. BN menghadapi tamparan hebat sehingga mereka cuba ganggu ceramah kita pada malam itu".:"Bila mereka tak dapat lawan hujah kita mereka lawan secara kekerasan dan tidak professional" ujar Yusof.

Yusof berkata kedua-dua peti undi itu sebenarnya bukanlah kubu BN di mana kekuatan Umno hanyalah di Kampung tradisi Melayu seperti Kg Ku Sayang dan Kg Padang Jambu."BN hanya menang dengan majoriti kira-kira 100 undi sahaja di Peti Undi Kg Ku Sayang, mereka semakin terdesak sekarang".

"Insya Allah kita akan menang di Dun Bukit Baru, sebab itu mereka tunjuk samseng suruh kita turun bendera di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang dan cuba ganggu ceramah kita" tambah Yusof.Gambar di atas menunjukkan bendera PAS yang dipasang di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang yang diarahkan supaya diturunkan. ~mutaligat



Wartawan Utusan Dalam Keadaan Mabuk Tulis Berita Nih?

Posted: 16 Jul 2012 10:49 PM PDT


Sebelum ini Utusan Malaysia menyebarkan gosip yang dijaja oleh Ummi Hafilda, kononnya Anwar sedang mencari wanita misteri yang menyimpan wang milik Anwar sebanyak RM3 Bilion [Utusan].

Selang sehari gosip Ummi Hafilda itu disiarkan oleh Utusan, akhbar propaganda Umno itu membuat "U turn" mendedahkan temberang Ummi Hafilda pula, rujuk sini [Ummi kantoi].

Apa yang melucukan, tiba-tiba Utusan siarkan pula laporan menyuruh Anwar Ibrahim membersihkan nama wanita misteri itu, kononnya wanita itu telah mendapat pandangan negatif rakyat [Utusan].


Berakal atau tak berakal orang yang tulis berita ini? Dia sendiri yang jaja cerita that so called "wanita misteri", dia juga yang kantoikan temberang itu, tiba-tiba suruh Anwar bersihkan nama wanita tersebut.

Namun ada sedikit bingung dalam berita di atas ini. Utusan Syaitan menggunakan perkataan "oleh" pada perenggan pertama, seolah-olah Anwar pula yang jaja cerita "wanita misteri" ini.

Macam ada peluang nak kena saman ni. ~milosuam

Najib Makin Sakit Kepala Dengan Timbalannya

Posted: 16 Jul 2012 08:10 PM PDT

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) sesuai diadakan tahun ini ternyata bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini membayangkan akan mengadakan pilihan raya sehingga mandat berakhir. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata kenyataan dibuat Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri mendedahkan kepada umum betapa pemimpin Umno-BN bercanggah pendapat dalam perkara ini. Ini disebabkan, dakwanya, Perdana Menteri sendiri tidak pernah mengatakan atau memberi gambaran bila pilihan raya akan diadakan.

Sehubungan itu, ia menimbulkan masalah kepada rakyat dan mereka boleh menilai perkara itu termasuk soal pendirian pemimpin negara dari Umno-BN.

"Kenyataan dibuat Timbalan Perdana Menteri dalam perkara ini jelas berbeza dengan apa yang diperkatakan Perdana Menteri, jadi ia kini menjadi teka teki di kalangan rakyat bila tarikh pilihan raya yang sebenarnya. Pemimpin dalam Umno-BN sendiri tidak sekata dalam isu ini," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.

Tian Chua berkata, rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan perkara itu dan satu ketetapan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat di negara ini.

"Maka kini ia menimbulkan persoalan atau masalah kepada rakyat yang sepatutnya maklum bila pilihan raya itu akan diadakan supaya tidak timbul keraguan sama ada ia diadakan pada tarikh tertentu atau ketika tempoh matang pentadbiran berakhir," katanya.

Beliau berkata, sekiranya tarikh pilihan raya itu ditetapkan bila akan dijalankan maka ia akan memudahkan semua pihak terlibat termasuk parti politik, pihak berkuasa, jabatan dan agensi kerajaan serta rakyat sebagai pengundi.

Di Malaysia tarikh pilihan raya menjadi satu misteri dan keputusannya secara mutlak terletak kepada kehendak Perdana Menteri. ~selangorku



"Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS" - Wakil Presiden Mesir

Posted: 16 Jul 2012 06:53 PM PDT

KUALA SELANGOR - "Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir. Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi. Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.

"Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.

"Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan.

"Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah," ujarnya lagi.

Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad.

Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru.

Dalam perhimpunan itu menyaksikan tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.

Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib. ~selangorku


Umno Makin Terdesak, Rekrut 10 Ribu Cybertrooper Menjelang PRU13

Posted: 16 Jul 2012 06:11 PM PDT


Pada bulan November tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut 2,000 pengguna media sosial yang telah menghadirkan diri sebagai angkatan tentera baru pahlawan siber UMNO-Barisan Nasional.

Semenjak itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial telah diadakan di negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Seperti yang ditekankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dalam pelancaran edisi Selangor padabulan lepas, "cybertrooper" UMNO-BN haruslah "menyerang balas segala fitnah yang sedang berlaku di laman-laman sesawang".

Tambah beliau, "Jika orang ramai mahu terus 'tweet' yang 'Bersih itu bersih' orang ramai akan percaya bahawa gerakan tersebut adalah tulen. 'Tweet' balik dan katakan yang Bersih itu kotor".

Najib harus menjelaskan mengapa dana awam harus dibelanjakan untuk merekrut angkatan tentera lebih dari 10,000 'cybertrooper' UMNO-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang, tidak kiralah melalui Biro Tatanegara (BTN) atau Sekretariat 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang membayar cukai juga wajib diberi penjelasan jumlah daripada peruntukan dana awam yang telah digunakan di atas setiap satu Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sejak bulan November lalu untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN, terutama sekali yang menyamar di bawah program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia kini mula khuatir mengenai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Najib yang berusaha untuk merekrut 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN sememangnya anti-nasional dengan tidak mengendahkan objektif 1Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang beretika, harmoni dan bersepakat.

Ini jelas dapat dilihat oleh konvensyen media sosial anjuran BTN dan Sekretariat Media Sosial 1Malaysia pada hari Sabtu di mana Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Mohd Zaini Hassan telah mengesahkan lagi kewartawanan yang tidak beretika dan tidak jujur dalam memutarbelitkan fakta serta menjadikan yang palsu itu benar.

Inilah kesalahan Utusan dalam tiga tahun Najib sebagai Perdana Menteri, penyebaran perkara yang palsu sebagai fakta, samada dalam berita muka hadapan Utusan baru-baru ini yang melaporkan yang DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13 untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan untuk melantik Perdana Menteri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada kempen kejam untuk mengapikan-apikan sentimen dan syak wasangka di antara kaum, menakut-nakutkan rakyat serta dakwaan awal bahawa DAP mahu menubuhkan Malaysia di mana agama rasminya Kristian dan perlantikan Perdana Menteri beragama Kristian atau untuk menubuhkan satu Negara republik dan memansuhkan sistem raja-raja berperlembagaan.

Walaupun wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli Kc yang membuat laporan mengenai ucapan Zaini, telah dihalau daripada Konvensyen Media Sosial, ianya disebabkan laporan yang dibuat berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Pengarang Utusan adalah secara jujur dan bertanggungjawab dan bukan diputarbelitkan.

Ini juga merupakan sebab mengapa tidak ada di antara Zaini, BTN atau Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang telah menafikan ketepatan kenyataan Zaini bahawa "Memutarbelit untuk menyerang pihak pembangkang dianggap ok" dengan contoh daripada Utusan yang "memutarbelit" untuk menyebarkan berita yang berunsur palsu dan bohong.

Saya telah berpeluang untuk mendengar rakaman ucapan Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia dan saya boleh mengesahkan bahawa apa yang telah dilaporkan oleh Ahmad Fadli Kc adalah benar dan tepat.

Dalam pada itu, Rais patut menjelaskan mengapa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia pada sesetengah masa dilihat sebagai 1Malay - yang jelas menentang objektif 1Malaysia.

Dalam Konvensyen Media Sosial Selangor pada bulan lepas, Rais telah berkata yang kaum Melayu mesti bersatu padu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk memastikan hak-hak mereka tidak dirampas oleh pihak pembangkang.

Menurut Rais, Melayu mesti "faham akan identiti mereka" dan "tahu akan hak-hak mereka".

Katanya lagi, "Sebab mengapa kita hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya umum 2008 adalah kerana Melayu telah lupa diri sendiri".

"Bagi sesebuah komuniti untuk kekal berkuasa, mereka haruslah faham akan kekuatan bilangan majoriti dalam politik, di mana kata sepakat bilangan majoriti dapat menentukan sesuatu".

Tiada siapa akan berasa hairan jika Rais telah membuat kenyataan dalam mana-mana acara UMNO di mana pemimpin UMNO mendapat inspirasi daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada Perdana Menteri, dengan menolak polisi 1Malaysia, terutamanya deklarasi Muhyiddin bahawa beliau Melayu dahulu dan kemudian warga Malaysia.

Bukankah deklarasi Rais dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia amat tidak bertempat apabila beliau telah membuat deklarasi akan kesetiaannya kepada laungan Muhyiddin "Melayu dahulu, kemudian warga Malaysia" dan berpisah daripada polisi 1Malaysia? ~lim kit siang

Mahasiswa Buat Laporan Polis Di Liwat Anwar Ibrahim?

Posted: 16 Jul 2012 06:04 PM PDT


Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.

Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.

Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.

Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?

Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.

Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim.

Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang?

Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?

Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!

Edy Noor Reduan (EDYES)
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia


Tiada ulasan: