Muslimeen United |
- RM28 Juta Untuk 2 Ekor Panda, Kan Lebih Baik Naiktarafkan Zoo Yang Ada?
- Papagomo Kantoi Lagi, Polis Sahkan Tiada Laporan Libatkan Anwar
- Syabas gagal, Selangor ambil alih tepat pada masa
- Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah di Pagoh
- "Kalau saya rakyat Malaysia, saya sertai PAS"
- UMNO Tubuh Unit Khas Untuk Memfitnah Pemimpin PR - Kadir Sheikh Fadzir
- Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah
- Hot !! Ini Yang Merisaukan B_END [gambar ] Himpunan Hijau dan Oren Yang mencemaskan BN 1 M
RM28 Juta Untuk 2 Ekor Panda, Kan Lebih Baik Naiktarafkan Zoo Yang Ada? Posted: 17 Jul 2012 04:00 AM PDT Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo. Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Shenaaz Khan berkata, zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri. "Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda," katanya ketika dihubungi. Bulan lalu, Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China menandatangani memorandum Persefahaman (Mou) untuk meminjam sepasang panda dari republik itu selama 10 tahun. 16 Julai lalu, akhbar melaporkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin kos lebih RM25 juta bagi menyediakan prasarana pasangan panda itu, akan membawa pulangan. Mengulas lanjut, Shenaaz turut menempelak kerajaan kononnya mahu mengatasi kepupusan panda sedangkan tujuan sebaliknya mengaut keuntungan yang belum pasti. Beliau berkata, jika kerajaan serius mewujudkan program konservasi, ia boleh dilakukan terhadap haiwan di negara ini yang semakin diancam kepupusan. "Kita ada banyak haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Sebagai contoh beruang dan harimau. Mengapa kerajaan tidak memberi dana untuk program-program sedemikian sedangkan haiwan ini berasal daripada negara kita," katanya. -KD |
Papagomo Kantoi Lagi, Polis Sahkan Tiada Laporan Libatkan Anwar Posted: 17 Jul 2012 04:00 AM PDT SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut. "Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung. Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu. Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008. Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR. "Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu. |
Syabas gagal, Selangor ambil alih tepat pada masa Posted: 16 Jul 2012 11:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Senator Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Senator Syed Hussein Ali daripada PKR berkata, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tepat pada masanya kerana Syabas gagal menguruskan air di negeri itu. "Apa yang dikatakan krisis air di Selangor boleh dipertikai kerana bekalan air di kawasan simpanan air masih mencukupi. "Kerajaan Pusat sengaja menjadikan isu air ini sebagai alat politik untuk merampas Selangor," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk meneruskan pembinaan Langat 2 yang menyediakan air mentah daripada Pahang. Ini kerana katanya, kos pembinaan loji tersebut akan menggunakan wang rakyat. "Walaupun kerajaan kata mereka akan biayai kosnya, tapi kerajaan negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut. Ini melibatkan wang rakyat. "Bagaimana kerajaa negeri mahu beri air percuma jika terpaksa tanggung kos ini," katanya. Sementara itu, seorang lagi senator daripada PKR, Syed Shahrir menegaskan, masalah sebenar bukan kekurangan air mentah sebaliknya Syabas gagal merawat air mentah menyebabkan air bersih tidak dapat dibekalkan kepada penduduk negeri itu. "Syabas yang bertanggungjawab kerana bersikap acuh tak acuh dalam operasi merawat air. Air mentah ada tapi tak diselenggara. Menurutnya juga, Syabas didapati menanggung hutang sebanyak RM2.8 bilion. Angka ini merupakan jumlah yang harus dibayar kepada kepada operator rawatan air. Syabas sebelum ini bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang. Namun perkara itu belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri. -Hrkh Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air. Liu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh. Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa. "Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air. "Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini. Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya. -M'kini |
Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah di Pagoh Posted: 16 Jul 2012 11:53 PM PDT Sekumpulan pemuda UMNO memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat provokasi dengan menaiki motor, mengebar bendera Umno, menyanyi lagu Umno dalam ceramah PKR malam kelmarin di Pagoh Felda. Nurul Izzah dalam ucapan nya beri amaran kepada penyokong UMNO yang buat provokasi, Negara ini bukan milik UMNO. Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia. Tinjauan wartawan ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan masuk ke Felda. Provokasi lisan dengan bersorak 'tibai' dan 'liwat'. Pemasangan kain rentang, "PKR tiada di hati kami, hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami." Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika memberi ucapan ceramahnya malam tadi meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO. "Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok. "UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati. "Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang "UMNO sewajarnya mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian", ujar beliau. Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat. Beliau beranggapan penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR). Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat. Katanya, "di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah. "Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya. Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor. Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?", soalnya kepada semua rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi . Nurul Izzah berucap dalam ceramah selama setengah jam menambah lagi, "PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan". "Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni sedangkan rakyat terus tertindas," katanya. Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang oleh Nurul Izzah. -fb Azwar khaulah |
"Kalau saya rakyat Malaysia, saya sertai PAS" Posted: 16 Jul 2012 09:49 PM PDT KUALA SELANGOR: "Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Sheikh Ismail (gambar) Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir. Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam kelmarin. Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi. "Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya. "Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan. "Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah," ujarnya lagi. Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak. Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad. Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru. -Hrkh |
UMNO Tubuh Unit Khas Untuk Memfitnah Pemimpin PR - Kadir Sheikh Fadzir Posted: 16 Jul 2012 05:51 PM PDT Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa kerajaan Umno-BN mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 orang di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi. "Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah. "Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus dok panjangkan fitnah itu lagi," kata Abdul Kadir. Beliau yang juga bekas menteri Kerajaan Pusat turut menceritakan bagaimana kerajaan sekarang memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat. "Kamu lapar ya? Saya ada pinggan cantik, nasi dengan lauk yang sedap-sedap. "Kalau kamu mahu, kamu kena merangkak ke mari dan 'tabik' saya dahulu, kemudian barulah saya beri nasi kamu," kata Abdul Kadir apabila menggambarkan kesombongan Umno tatkala menghulurkan 'bantuan' kepada rakyat. Beliau turut melahirkan rasa hormat dan kagum dengan pendirian ahli PAS yang tetap mempertahankan maruah mereka walaupun menerima tekanan hebat dari parti korup yang mentadbir negara selama 54 tahun itu. "Sebab itulah saya tabik kepada ahli PAS kerana walaupun hidup susah, nak mohon peruntukan bantuan kerajaan tak boleh, tetapi tak gadai maruah mereka untuk mendapatkan 'nasi' itu," katanya lagi. Sebelum ini, sudah diketahui umum bahawa beberapa agensi kerajaan mengenakan 'syarat tambahan' tatkala memohon sebarang peruntukan dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk rakyat. Antara 'syarat tambahan' tersebut, pemohon tersebut diwajibkan menjadi ahli Umno atau dikehendaki mengisi borang keahlian Umno sekiranya masih belum berbuat demikian. Antara agensi yang kerap diperkatakan di kalangan masyarakat umum negara ini adalah agensi yang terlibat dengan permohonan Pinjaman Tekun, permohonan rumah kos rendah, pinjaman pelajaran dari agensi kerajaan, permohonan tanah rancangan Felda serta Felcra dan beberapa yang lain. Selain Abdul Kadir, turut menyampaikan ucapannya malam tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kanan Selangor, Teresa Kok dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad. Selain itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat turut menyampaikan amanatnya melalui tayangan video. Dalam amanat Nik Aziz, beliau menyeru semua golongan masyarakat khususnya ahli-ahli PAS agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang dianggapnya sebagai merosakan perpaduan penduduk negara ini. Perhimpunan malam tadi turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy, basikal dan ketuhar gelombang mikro. -selangorku |
Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah Posted: 16 Jul 2012 05:50 PM PDT Muhyiddin semalam dalam laporan media membayangkan tahun ini merupakan masa terbaik PRU13 dan tidak fikir ia akan berlarutan sehingga tahun depan. "Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya dipetik Bernama. Mahfuz mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu sangat bercanggah dengan hasrat Najib sebelum ini yang mahu menggunakan sepenuhnya mandat tempoh PRU sehingga April tahun depan supaya semua janji kepada rakyat dapat ditunaikan. Katanya, sebagai orang kanan Muhyiddin sepatutnya mendukung hasrat Najib namun beliau dilihat sekali lagi mahu cuba menggunakan 'formula peralihan kuasa' yang sama semasa pengunduran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2010. Ulang seperti desak Pak Lah undur "Nampaknya dia ulang apa yang dilakukannya pada tahun 2010 apabila mengeluarkan kenyataan mendesak Pak Lah undur lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui Kabinet. "Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Naib Presiden PAS itu mendakwa Muhyiddin mempunyai perkiraan sendiri apabila menyedari BN tidak mungkin memperolehi kemenangan majoriti 2/3. Katanya, jika perkara itu terjadi semasa PRU 13, Najib harus melakukan perkara yang sama seperti Abdullah iaitu melepaskan jawatannya. "Dia (Muhyiddin) mengharapkan kalau BN nak menang pun jangan menang majoriti besar. "Kalau menang majoriti dia tiada harapan…jadi biarlah kalah yang berbaloi," katanya. Katanya, kenyataan Muhyiddin itu mungkin akan menumbulkan krisis dalam Umno selepas kedua-dua pemimpin tertinggi itu menimbulkan spekulasi tarikh PRU13 yang berbeza. |
Hot !! Ini Yang Merisaukan B_END [gambar ] Himpunan Hijau dan Oren Yang mencemaskan BN 1 M Posted: 16 Jul 2012 05:48 PM PDT Penyokong Pas Melakukan Solat hajat.. Himpunan Hijau Di Selangor (Para pemimpin di pentas utama himpunan) (Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau) (Ikrar para pimpinan PAS) (Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS) (Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan) Sedutan dari harakahdaily Mana tak risaunya Pak Najib dan Mahyuddin .. Lepas hijau Oren pulak tu,, Himpunan Oren sabtu lepas, Di Ibu Kota..mana tak risaunya..bukan 2 tiga ribu..malah Puluhan Ribu.. Free pulak tu... tanpa K Pop , Nasi Bungkus dan wang Saku.. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan