shalehudin |
- LIWAT 3: Bukti UMNO bukan anak JANTAN...
- Taubat Lahom GAMBAQ ni Utusan nak siarkan...
- Satu lagi projek TIPU MELAYU...
- Uncleseekers BEBAS tapi tunggu Pendakwa Raya
- Untung Mahathir masih hidup...
- KESIAN: Najib Razak kena buli... Jom tengok, hehe...
- MELETUP: Sorang Lagi Selebriti Bersama PAS
LIWAT 3: Bukti UMNO bukan anak JANTAN... Posted: 16 Jul 2012 09:30 AM PDT KONSPIRASI LIWAT 3 ? Adakah DSAI akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun ? Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2. Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali. Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan. Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3? Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi. Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim. Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin. Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang? Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal? Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan! Edy Noor Reduan (EDYES) Aktivis Blogger Solidariti Anak Muda Malaysia - FB |
Taubat Lahom GAMBAQ ni Utusan nak siarkan... Posted: 16 Jul 2012 08:00 AM PDT GAMBAR YANG MENYUSUK KALBU YANG DIKELABUKAN DARI PENGETAHUAN UMUM.. Gambar-gambar ini taubat lahom tidak akan disiarkan di semua media cetak arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN. Cukup terharu dan kagum amat, gaya hidup yang dilalui oleh seorang insan berjawatan sebagai Presiden Parti Islam terbesar di negara kita ini, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Rumahnya sekadar bertanggakan kayu yang sudah hampir lusuh dan cat yang sudah menggelupas. Dalam rumahnya berlapikkan tikar getah dengan karpet murah. Meraikan tetamu istimewa, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Mantan Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, secara duduk bersila dengan menjamu selera di atas lantai dengan hidangan masakan kampung yang cukup sederhana tetapi menyelerakan. Begitu sempoi dan cool sekali gaya hidup TGHA.. Jiwa admin amat tersentuh sekali. |
Satu lagi projek TIPU MELAYU... Posted: 16 Jul 2012 02:00 AM PDT APA JADI DENGAN TIPU INI? NOTA: projek tipu melayu mana dia gambar makam? mana dia minah ninja? mana dia siasatan jakim? mana dia siasatan polis? semua kelentong semua tipu kah kah kah SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DIJANGKA MULA DIROMBAK TAHUN DEPAN -tiewnama JOHOR BAHARU 14 Julai - Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas. Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar. "Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun. "Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju," katanya. - TIEWNAMA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... INI KEMPEN MALIKUL SEMBAB UNTUK DAPAT UNDI MELAYU....kah kah kah.. kah kah kah...MACAM TIAP KALI ADA PILIHANRAYA... TUBUH UNIVERSITI...kah kah kah.. kah kah kah...KALI INI UNIVERSITI DAH BANYAK... MAKA UBAH PULAK SISTEM... kah kah akh.... woit...MACAM MACAM CARA NAK TIPU MELAYU..... kah kah kah.. kah kah kah...YANG KESIANNYA ... MELAYU TAK SEDAR SEDAR.... kah kah kah.. kah kah kah...TERANG TERANG MRNIPU.... kah kah kah Brader TT |
Uncleseekers BEBAS tapi tunggu Pendakwa Raya Posted: 16 Jul 2012 12:38 AM PDT Uncle Seekers Dibebas Dengan Jaminan Polis JOHOR BARU: Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada Sabru. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari. Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai. Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini. Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor. Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah. Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah. Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan. Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga Sabtu. - BERNAMA |
Untung Mahathir masih hidup... Posted: 15 Jul 2012 11:43 PM PDT 10 kesilapan Tun Mahathir Berikut senarai 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Piem Umno, Tun Mahathir yang tak akan dilupakan oleh Melayu sebagaimana yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle.
JOM ABU... Asal Bukan Umno... |
KESIAN: Najib Razak kena buli... Jom tengok, hehe... Posted: 15 Jul 2012 08:06 PM PDT Gambar kredit pada ASD Najib Razak kena buli di Stadium Bukit Jalil semalam SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat. Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium. Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium. Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib. Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap. Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya. Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu. Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas yang mengirimkannya kepada MiLo SuaM. ReJaM© "Sekali salah upah da... kah kah kah... " |
MELETUP: Sorang Lagi Selebriti Bersama PAS Posted: 15 Jul 2012 05:17 PM PDT Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi. Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia. Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan