Addin |
- Ini Punca Muhyiddin Bermati-Matian Pertahan Kerusi Gelang Patah
- Video Polis Terkinja-Kinja Di Program 1Malaysia For Youth
- Ali Rustam Mungkin Tersedak Baca Berita Nih
- "Sidang DUN 2 Jam" Blog Umno Hentam Umno Kedah
- Dr. Wan Azizah Bakal TKM 1 Pulau Pinang?
Ini Punca Muhyiddin Bermati-Matian Pertahan Kerusi Gelang Patah Posted: 16 Jul 2012 09:52 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi." Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya. "Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini. Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian. Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai. Kerusi DUN Nusajaya disandang oleh Abdul Aziz, manakala kerusi DUN Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau. Sebelum ini, terdapat spekulasi kuat menyatakan DAP mahu meletakkan Dr Boo sebagai calonnya bagi kerusi Parlimen Gelang Patah manakala ada juga ura-ura PKR mahukan pengerusi negeri Johornya, Datuk Seri Chua Jui Meng bertanding kerusi Parlimen itu. Muhyiddin berkata Nusajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor merupakan antara kawasan yang paling maju di Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan. Selain menempatkan Universiti Teknologi Malaysia, katanya Parlimen Gelang Patah turut memiliki beberapa institusi pengajian tinggi swasta bertaraf dunia seperti Newcastle Medicine University Malaysia, Marlborough College dan taman tema Legoland yang pertama di Asia. Kepada kepimpinan Umno Bahagian, beliau menasihati mereka supaya mengetepikan segala perbalahan sesama sendiri dan bersatu-padu dalam memastikan kemenangan BN. Katanya anggota Umno di Bahagian Gelang Patah perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di Gelang Patah. "Sesiapa sahaja yang dipilih oleh perdana menteri, kita perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bekerja keras. Kemenangan dia (calon) itu juga adalah kemenangan kita," katanya. Beliau meminta anggota MCA di Gelang Patah melipatgandakan usaha mereka dan bekerja "10 kali ganda lebih kuat" dalam memastikan kemenangan parti pemerintah di kawasan itu. Kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah, kata Muhyiddin, turut menyumbang kepada usaha BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaannya pada peringkat pusat pada PRU13. Timbalan perdana menteri berkata kerajaan pimpinan perdana menteri dalam tempoh tiga tahun telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu rakyat, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pelaksanaan pelbagai program pembangunan rakyat di Parlimen Gelang Patah. ~bernama |
Video Polis Terkinja-Kinja Di Program 1Malaysia For Youth Posted: 16 Jul 2012 08:14 AM PDT Video nih kononnya di nobatkan Paparan Paling Menarik Sepanjang Program 1Malaysia For Youth oleh web pro Umno KL Pos. Program tersebut berlangsung pada 15 Julai 2012 di Taman Tema KLCC. KL Pos melaporkan program tersebut dilaporkan mendapat sambutan meriah dengan kunjungan 40 ribu dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari kalangan belia. Yang paling menarik lihatlah gelagat anggota seorang polis yang bertugas di program ini. Mungkin polis nih ditugaskan untuk mengetuai tarian pada hari tersebut.. Sudahlah terkinja-kinja bercampur aduk lelaki dan perempuan.. apa pendapat anda? |
Ali Rustam Mungkin Tersedak Baca Berita Nih Posted: 16 Jul 2012 05:39 AM PDT Sokongan rakyat Melaka kepada PAS bertambah padu apabila sebuah lagi cawangan baru ditubuhkan di Dun Durian Tunggal. Cawangan ini yang dibina atas tanah persendirian mendapat sambutan masyarakat setempat. Penaja bagi penubuhan cawangan baru ini merupakan bekas imam masjid kampung tersebut. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Y. Bahagia Hj Adly Zahari, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah. Menurutnya, "PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak.Pada masa yang sama kita tidak boleh lari dari menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Kerana Islam menuntut penganutnya menyebarluaskan Islam." Menurutnya lagi, "menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk menguruskan muka bumi Allah ini dengan mentadbir dengan acuan Islam. Nak urus kampung, negeri, negara memerlukan kuasa dan untuk dapatkan kuasa perlukan gerakan yang kuat. Penubuhan cawangan ini diyakini berupaya untuk memperkukuh dan memperkuat gerakan PAS khususnya di Melaka." ~pasmelaka Addin : Makin di tekan, makin bertambah.. |
"Sidang DUN 2 Jam" Blog Umno Hentam Umno Kedah Posted: 15 Jul 2012 11:38 PM PDT Blog Umno iaitu 'KL ke Kedah' menghentam kerajaan BN Kedah dahulu kerana memperkenalkan 'Sidang DUN 2 Jam' yang berlangsung tak sampai 2 jam. Kecaman tersebut dibuat akibat peraturan tersebutlah maka pembangkang di Kedah iaitu Umno BN sekarang tak boleh nak tanya soalan banyak-banyak kerana masa untuk soalan diperuntukkan hanya sejam. Masa Umno BN buat peraturan tu dulu depa tak sangka nak jadi pembangkang, tiba-tiba sekarang jadi pembangkang. Nasib badanlah... peraturan tu hangpa yang buat. Macam mana pun bagi Sidang Bajet atau perasmian penggal yang ada titah ucapan Tuanku... akan berlangsung selama 3 hari. Semua YB boleh bercakap sampai puas. Peraturan tak pernah dipinda dari dulu sampai sekarang. |
Dr. Wan Azizah Bakal TKM 1 Pulau Pinang? Posted: 15 Jul 2012 09:29 PM PDT GEORGETOWN - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya beliau memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri. Katanya, cadangan berkenaan juga boleh dibuat sekiranya tiada calon ternama lain yang sesuai untuk jawatan itu. "Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Bagaimanapun Amir berkata, ia juga bergantung kepada parti sama ada mahu meletakkan Dr Wan Azizah bertanding di Pulau Pinang ataupun di negeri lain. Katanya, AMK memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat. Mengulas mengenai kenyataan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi selain bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat, Amir berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali. Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi menghapuskan Umno di kawasan berkenaan. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan