Khamis, 12 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


ADA sesiapa yang besa tengok bapa Mahathir?

Posted: 12 Jul 2012 09:30 AM PDT

Aneh!!! Kita kenal dan besa tengok semua bapa PM yang lalu kecuali bapa pada Mahathir... Ajaib!!! Apa yang nak di sorokkan Mahathir?


Mahathir paling takut bila Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

"Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.

"Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.

Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.

"Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…," kata Anwar.

Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.

"MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.

"MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.

"Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak," tegas beliau.

Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan.

"Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada.

"Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat," kata Anwar.

"Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita," katanya - KD


MAI tengok cara Anwar GEMPAQ Najib...

Posted: 12 Jul 2012 07:22 AM PDT

Nantikan kejutan besar di Sabah pada PRU 13 – Anwar

KUALA LIPIS 11 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

"Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.


"Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya," katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.

Baru-baru ini, bertiup kencang spekulasi enam pemimpin BN Sabah akan menyertai KEADILAN. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mahu menaikkan orang-orang kepercayaan beliau menjadi calon dalam PRU akan datang. Situasi itu menyebabkan Najib masih mahu menangguhkan PRU sehingga kemelut Sabah dapat diselesaikan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi janji-janji pilihan raya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebaik sahaja Pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Begitu juga tarif elektrik dan pendidikan percuma.

"Pakatan akan melaksanakan janji termasuk menurunkan harga minyak, tarif elektrik, mengkaji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan memberikan pendidikan percuma," katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa pelabur Arab akan datang dengan sejumlah besar pelaburan jika beliau diberikan amanah sebagai Perdana Menteri oleh rakyat.

Biarpun dalam hujan lebat, orang ramai setia menunggu sehingga Anwar menghabiskan ucapan. Jelas kelihatan gelombang perubahan sedang melanda rakyat Pahang yang beberapa tahun lalu tidak berminat menghadiri ceramah Pembangkang.


FAKTA: Bangang memang tercipta untuk Umno... kahkahkah...

Posted: 12 Jul 2012 02:50 AM PDT

Pemimpin dan Pencacai UMNO Penang buat kerja bodoh lagi... ini buktinya.. (ASD)

Gambar di atas adalah gambar tunjuk perasaan membantah pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU)di Kampung Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang awal bulan ini..


Dalam demo tersebut kononnya kira-kira 50 penduduk Kampung telah menyatakan bantahan mereka kepada tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah kediaman bagi universiti tersebut di atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad dari UMNO dilaporkan turut serta dalam demontrasi itu.

Seperti biasa..maka media-media yang ditunggang UMNO/BN baik media cetak mahupun media elektronik mula memainkan isu tersebut..

Setelah media tunggangan, Blogger-blogger Upahan pula mula menjalankan tugas.. bagi mereka rakyat perlu diyakinkan bahawa Guan Eng mahu menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

Ini contohnya..

Agenda menghalau melayu keluar dari pulau berjalan lancar.Pisau pernah mendedahkan bahawa Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka regim DAP menggunakan kuasa sepenuhnya pemegang porfolio tanah untuk melakukan pembersihan etnik secara sistematik.
Balik Pulau satu satunya kawasan yang masih terpelihara (setakat ini) kawasan majoriti melayu,sekarang ini proses menghalau penduduk kampung tradisi ini dilakukan dengan atas nama Hub pendidikan.
Dahulunya dikhabarkan salah satu institusi bakal dibuka ialah Nanyang Universiti dari Singapura ,namun hasrat itu setakat ini ditangguhkan.Isu ini senyap seketika semenjak 2 tahun lepas,namun rancangan ini sebenarnya berjalan lancar.
Hasilnya Kampung Genting tetap akan di ambil walaupun kesemua penduduknya adalah pemilik bergeran yang sah! Kepada Hj Husni Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. yang menjadi balaci Guan Eng,sememangnya kamu menjadi dalang habuan nafsu buas ultra kiasu Guan Eng dalam agenda menghalau melayu.
Kerja ukur dan penilaian tanah untuk apa? Di Wartakan untuk apa? semuanya bertujuan untuk menghalau dan merobohkan rumah rumah kampung melayu.
Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata.
Apa perlunya Education Hub di Balik Pulau? Mengapa tidak ke Kepala Batas?

Tapi.. kali ini yang menghairankan ialah isu ini tidak disiarkan berpanjangan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.. mengapa agaknya??

Sebabnya ialah demo membantah pembinaan Asian Women Leadership University yang dipercayai telah diatur oleh UMNO itu adalah satu kerja bodoh oleh UMNO di Pulau Pinang.

Ini kerana pihak yang meluluskan pembinaan Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Pulau Pinang yang membabitkan Kampung Genting itu adalah Kerajaan Pusat sendiri..

Berikut adalah surat rasmi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Seri Idris Jala kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang menjelaskan siapa sebenarnya yang mengambil tanah mereka itu..

Hah!! pi lah demo kat depan Jabatan Perdana Menteri tu kalau berani..

Lain kali kalau nak cipta isu buat research dulu.. jangan menyondol membabi buta.. main sondol saja apa yang ada..macam babi yang buta..

Dokumen diperolehi dari Zainul Faqar


Dia ni PEMUJA Mahathir rupanya... hehe...

Posted: 11 Jul 2012 09:50 PM PDT

Dia ni pemuja Mahathir rupanya...


Kahkahkah....


Yang ni pun salah sorang dari pemuja totok Mahathir jugak...

Kahkahkah....

Memang la tak dak kena mengena depa berdua neh, kalau ada sangkut paut sikit pun hanyalah kebetulan depa berdua neh pemuja pada Mahathir dan suka sangat dengan imej tak berbaju... hehe...


Lelaki mengamuk di JPM rupanya pemuja Tun Mahathir

KELMARIN seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. Tambah lucu ada blogger Umno yang mendakwa memiliki bukti kukuh MiLo SuaM telah mengupah pejuang berani mati itu kah kah kah.

Namun hasil tinjauan di blog milik lelaki tersebut, mendapati dia merupakan seorang pemuja Tun Mahathir. Tulisan terakhir di blognya dilihat memberikan pujian melambung kepada Dr Mahathir sebaliknya mengutuk Tuan Guru Nik Aziz.

Dia memuji Tun Mahathir sebagai satu-satunya manusia berjiwa besar yang pernah ditemui sepanjang hidupnya. Malah setuju jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia [Jayanegara].


Dia nak puja Tun Mahathir, nak kutuk TG Nik Aziz bukanlah persoalan di sini, namun ia membuktikan bahawa lelaki ini bukan penyokong Pakatan Rakyat. Jika dia penyokong Pakatan Rakyat masakan mengutuk TG Nik Aziz dan memuja Tun Mahathir.

Jelas sekali blogger Umno terkantoi di situ, propaganda bodoh mereka akhirnya memakan diri. Kita tunggu apa pula respon mereka selepas ini.

- milosuam.blogspot.com


Mat Sabu dah mula buat RAMAI... haha...

Posted: 11 Jul 2012 07:07 PM PDT

Timbalan presiden PAS, Mat Sabu dah mula buat RAMAI...

Dia mendesak supaya kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu.

Aku pun heran jugak, kata ekstremis agama tapi pakai topi cap tengkorak... haha...

"Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut," kata Mat Sabu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider malam tadi.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati.

"Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini."

Isnin lalu seorang lelaki yang menggelarkan dirinya "Imam Mahdi" mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.



Tiga Selebriti Wanita Murtad

Posted: 11 Jul 2012 05:34 PM PDT

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Anita Sarawak dah BERTUDUNG?

Posted: 11 Jul 2012 12:00 PM PDT

Kak Nita bertudung?

Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.- BH


Tiada ulasan: