Khamis, 12 Julai 2012

Addin

Addin


25 Orang Ahli Umno Telok Gadong Sertai PAS

Posted: 12 Jul 2012 10:00 AM PDT

Pada waktu ini sedang berlangsung ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Yadi, Sungai Udang Selat Klang, Selangor. Antara penceramah yang hadir, bekas Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin, YB Dr Rani Osman, Dr Hajah Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, dan Cikgu Fariz Musa pengerusi Jingga 13. Sebentar tadi berlangsung penyerahan borang 25 orang ahli Umno cawangan Taman Firdaus, Teluk Gadong untuk menyertai Parti Islam, PAS.

Borang itu diserahkan oleh Mohd Zaini bin Abu Saha, Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Taman Firdaus Teluk Gadong mewakili 25 orang pengikutnya.


Sumber



Ini Punca Dr. Asri Bangkit Menentang Umno

Posted: 12 Jul 2012 08:27 AM PDT


Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal yang Addin siarkan pada posting sebelum ini (rujuk sini) mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno.

Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba.

Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut di ajar..





Dr. Asri Panggil Sultan Melaka "Celaka"

Posted: 12 Jul 2012 12:53 AM PDT

"Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat," kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tweet Dr Asri pada Isnin lalu. Dr Asri juga  menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Uncle Seekers @ Syed Abdullah Hussien Al-Attas yang kini disiasat polis kerana mengktitik Sultan Johor.

"Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan."

Sebelum Dr Asri menulis tentang "Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja", merujuk kepada tulisan Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Rakyat British menegur raja mereka dan ini bagi memastikan mereka juga ada tanggungjawab terhadap pembayar cukai. Beliau juga mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Dr Asri juga membuat perbandingan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

"Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman," tulis beliau lagi.


Isa Samad Di Singkirkan Dari FELDA?

Posted: 11 Jul 2012 11:07 PM PDT

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membekukan kedudukan Datuk Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dan keahliannya dalam KPF, koperasi tersebut kini bergerak tanpa seorang pengerusi, walaupun ianya telah mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini.Perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berdasarkan Undang-undang Tubuh KPF yang mensyaratkan keahlian KPF adalah hanya terbuka kepada para peneroka Felda, ahli-ahli keluarga peneroka Felda dan para pekerja Felda sahaja.

Datuk Isa ataupun keluarganya tidak pernah pun menjadi sebahagian daripada rumpun Felda selama ini dan oleh itu beliau tidak mempunyai sebarang hak untuk menjawat apa-apa jawatan ataupun kedudukan di dalam KPF.Bagaimana Isa dapat menjadi "ahli" KPF?

Persoalannya adalah, bagaimana Datuk Isa dapat menyeludup masuk ke dalam KPF dan menjadi ahli, seterusnya menjawat jawatan sebagai pengerusi koperasi tersebut?Di dalam Undang-undang Tubuh KPF, adalah jelas, untuk menjadi ahli KPF seseorang itu hendaklah daripada kalangan para peneroka Felda, ahli-ahli keluarga peneroka Felda ataupun seorang pekerja ladang Felda sedangkan Datuk Isa itu tidak pernah pun menjadi sebahagian daripada rumpun Felda tersebut.

Jadi bagaimana Datuk Isa dapat menyeludup masuk ke dalam KPF tanpa disedari oleh orang ramai?Malah, apabila aduan dikemukakan oleh sekumpulan 16 orang peneroka Felda terhadap kedudukan Datuk Isa yang tidak sah itu kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ianya ditolak mentah-mentah oleh para pegawai-pegawai SKM sebagai "tidak ada isu".

Malah presiden Umno Datuk Najib Razak turut menyelar tindakan 16 orang peneroka Felda itu dan mengecapkan mereka sebagai "pengkhianat".Ini menunjukkan bahawa para pegawai SKM itu sememangnya sama ada cacat penglihatan kerana tidak nampak apa yang tertera di dalam Undang-undang Tubuh KPF ataupun hanya sengaja menutup sebelah mata oleh kerana sipenjawat pengerusi KPF itu adalah orang kuat Umno.

Alasan para pegawai SKM itu yang menyatakan bahawa tidak ada peruntukan khas untuk menyingkirkan Datuk Isa itu telah menjadi suatu bahan ketawa umum.Selain daripada kecacatan pada pihak SKM, kecacatan itu turut disengajakan di pihak lembaga pengarah KPF untuk memberi laluan kepada Datuk Isa menjadi pengerusi KPF mungkin kerana takut dengan kuasa dan pengaruh pemimpin Umno itu terhadap koperasi tersebut.

Datuk Isa adalah bekas naib-presiden Umno yang pernah digantung keahliannya disebabkan oleh karenah politik wangnya di pemilihan parti yang lalu dan beliau kini adalah seorang ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis tertinggi Umno.Alasan tak masuk akalApabila sekumpulan 16 orang peneroka Felda itu mengajukan aduan mereka kepada SKM terhadap kedudukan Datuk Isa yang tidak sah di dalam KPF, para pegawai SKM pula memberikan alasan bahawa tidak ada peruntukan khas di dalam Undang-undang Tubuh KPF yang boleh menyingkirkan beliau daripada jawatan pengerusi koperasi tersebut.Apakah "peruntukan khas" yang dimaksudkan oleh SKM itu?

Undang-undang Tubuh KPF sememangnya jelas menyatakan bahawa Datuk Isa bukannya merupakan seorang ahli dan pengerusi KPF yang sah kerana beliau tidak layak menjadi ahli KPF pada mulanya.Keperluan "peruntukan khas" seperti yang dikatakan oleh para pegawai SKM itu adalah tidak masuk akal, bodoh dan alasan tersebut sengaja dibuat, agar 16 orang peneroka Felda itu akan menjadi keliru dan seterusnya menerima ketetapan tersebut.

Akan tetapi, 16 orang peneroka Felda itu tidak "bodoh" seperti yang disangka oleh SKM, malah terus membawa isu tersebut ke mahkamah untuk dituntut kembali hak-hak mereka.Sudah menjadi konspirasi pada mulanyaSebenarnya, sudah menjadi jelas bahawa ada konspirasi di pihak Umno untuk mengambil-alih KPF selama ini. KPF adalah pemegang berkepentingan di dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVB) yang kini telah disenaraikan di dalam Bursa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk memperoleh saham-saham FGVB melalui penyenaraian, Umno perlu menguasai sepenuhnya jalan keluar masuk di dalam KPF agar semua ahli-ahli koperasi tersebut dapat diangkat menyokong usaha tersebut. Dengan itu, timbul komplot untuk menyeludup Datuk Isa masuk ke dalam KPF untuk diangkat menjadi pengerusi KPF bagi mempermudahkan komplot tersebut.

Dan apabila sebahagian ahli-ahli KPF mendapat tahu dan membantah komplot tersebut, Umno pula terpaksa mengeluarkan wang berbilion Ringgit daripada Perbendaharaan untuk dihadiahkan RM15,000 kepada setiap keluarga Felda sebagai usaha untuk menyogok dan memaksa mereka mengikut kehendak Umno bagi memastikan penyenaraian FGVB berjaya.Ini jelas merupakan satu bentuk rasuah, ancaman dan peras ugut dan ianya sedang berlaku.

Tetapi apa yang para peneroka Felda ini berdaya? Bolehkah mereka melawan balik? Apakah yang akan terjadi jika sekiranya mereka bangkit melawan?Bagi mencapai tujuan politik dan kekuasaannya, Umno sanggup berbuat apa sahaja walaupun perbuatan tersebut adalah terkutuk, keji dan bertentangan dengan ugama. Selepas Felda, Umno mungkin akan menghalakan keris dan tombaknya kepada Felcra pula.Di harap para peneroka Felcra tidak akan terpedaya dengan perangkap Umno ini. ~malaysia-chronicle.com


Utusan Tak Tahu Malu, Masih Mahu Memperbodohkan Pengguna Internet

Posted: 11 Jul 2012 08:04 PM PDT


Sebelum ini sudah didedahkan di MiLo SuaM, bagaimana Utusan Malaysia memperbodohkan pengguna internet apabila merujuk blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang, rujuk sini [suarapakatanrakyat.com].

Kali ini tanpa segan silu, Utusan Malaysia terus memperbodohkan pembacanya, dan mengulangi lawak bodoh itu serta terus melaporkan kononnya suarapakatanrakyat.com merupakan blog pro pembangkang sedangkan ia adalah blog penyamar. [Utusan]

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana taktik kotor dan busuk Utusan Malaysia merujuk kepada sumber palsu. Ternyata akhbar Utusan Syaitan ini memang tak tahu malu.

Dia sendiri buat sumber palsu, kemudian merujuk pada sumber palsu yang diciptanya sendiri untuk mengada-adakan propaganda jahat memburukkan Pakatan Rakyat. ~milosuam

Addin :

Blog Addin sendiri pernah mengeluarkan artikel berkenaan blog Suara Pakatan Rakyat yang merupakan blog ciptaan Umno untuk mengabur mata pengguna internet (rujuk sini). Namun pengguna internet sudah dapat mengesan dari awal lagi taktik Umno nih, jesteru blog Suara Pakatan Rakyat ini tidak dapat sambutan di kalangan pengguna internet.

(Video) Memalukan!! Penduduk Bengang, Banner Program Muhyiddin Di Turunkan

Posted: 11 Jul 2012 06:28 PM PDT


Peristiwa ini berlaku di Kg. Sg. Seputeh, Selama, Perak. Ianya berikutan, banner yang di naikkan di sekitar kampung tersebut kerana lawatan oleh Muhyiddin.

Rasa tidak puas hati penduduk kampung apabila anggota Majlis Daerah Selama mula menurunkan bendera politik disepanjang laluan Kg Sg Seputeh.

Pada awalnya hanya bendera PAS sahaja yang diturunkan, penyokong PAS akur dengan tindakan Majlis Daerah Selama (MDS).

Banner rasmi lawatan Muhyidin yang berada dipintu masuk program didesak supaya diturunkan oleh penyokong atas alasan terdapat logo parti pada banner tersebut (dacing dan keris).

Pihak MDS dan polis akhirnya akur dengan desakan daripada penyokong PAS dengan menurunkan banner tersebut. Penurunan banner tersebut disambut dengan laungan takbir.

Kenderaan MDS tiba dipintu gerbang PAS Kg. Sg. Seputeh yang jaraknya hanya 100 meter daripada lokasi program dan pihak MDS ingin merobohkan pintu gerbang tersebut, namun dibantah oleh penyokong PAS dengan alasan pintu gerbang Umno juga perlu dirobohkn kerana terdapat lambang dacing dan keris.

Pihak polis dan MDS terus bergerak ke pintu gerbang umno dan ketika itu OCPD Selama telah tiba.

Hasil perbincangan ringkas, satu perjanjian telah dibuat antara MDS dengan penyokong PAS bahawa pintu gerbang kedua-dua pihak tidak akan dirobohkan dan tiada lagi bendera-bendera politik dinaikkan.

Namun terdapat permainan kotor pihak umno yang telah menaikkan beberapa banner yang ada logo Umno dinaikkan semula.








Lihat video di sini.


~paspb

Tiada ulasan: