Jumaat, 6 Julai 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Hamba Melayu tidak pernah derhaka.......(6/7/12)

Posted: 05 Jul 2012 09:28 PM PDT


Dastar itu masih terbaring di tanah dan Raja Muhammad tetap duduk di belakang kudanya. Kawan-kawan  Tun Besar, anak-anak buah dan hamba sahaya Bendehara Paduka Raja berdiri mengelilingi Tun Besar dan Raja Muhammad. Ada yang dating rapat ada yang takut dan berdiri jauh da nada yang memanjat pokok. Tapi tiada siapa yang berani berkata. Meeka menunggu Limat Pantas Lari balik dari istana.
Seorang anak muda sahabat karib Tun Besar melangkah dan menyembah Raja Muhammad, "Tuanku bukan sengaja Tun Besar menyepak bola raga itu maka terjatuh di dastar Tuanku"

"Kita mendengar Tun Besar ahli raga – boleh menendang hingga berlaksa-laksa kali, dan adakah perbuatan itu tidak sengaja? Bukankah dia tidak melihat siapa berkuda, ada sesiapa yang tidak melihat" jawab Raja Muhammad.
Sahabat Tun Besar tidak berkata lagi. Masing-masing  dalam ketakutan.

Limat Pantas Lari pun tiba. Dia membawa puan baginda dan di atas puan itu ada sebilah keris. Puan itu pun dihulurkan kepada Raja Muhammad dan Raja Muhammad mengambil kersi dari puan itu. "Jatuh dastar kita oleh Tun Besar," kata Raja Muhammad dan seperti kilat keris itu dihunjamnya kena  pada rusuk Tun Besar. Tun Besar rebah dan mukanya betul menghadap dastar Raja Muhammad di pasir. Tun Besar menggeliat beberapa kali dan terus kejang.

Anak-anak buah Bendehara gempar melihat Tun Besar mati ditikam oleh Raja Muhammad. Raja Muhmmad pun memacu kudanya balik ke istana.
Demikianlah secebis dari Sejarah Melayu mengisahkan perilaku buruk dan zalim seorang anak Raja di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Raja Muhammad anakanda Sultan Mansur Shah yang jika mengikut urutan sejarah ketika itu adalah Raja Muda atau Tengku Mahkota yang bakal menggantikan Tuanku Sultan jika ditakdirkan Tuanku mangkat.

Namun angkara kebengisannya mungkin juga angkuh lantas bertindak membunuh tanpa periksa seorang awam yang kebetulan merupakan anak kepada Bendehara Paduka Raja Tun Perak, Perdana Menteri atau Menteri Besar ketika itu, Raja Muhammad dihukum dengan hukuman yang setimpal buatnya ketika itu.
Menurut kisahnya anak-anak Melayu Melaka sebilangan besar merupakan pengikut setia Bendehara Paduka Raja telah berkumpul dengan senjata masing-masing mahu menuntut bela atas kematian Tun Besar. Ternyata dalam persitiwa ini Raja Muhammad telah bertindak keterlaluan dan menghiris hati rakyat serta merampas hormat mereka terhadap beliau.

Walaubagaimanapun kemarahan anak-anak muda itu akhirnya dapat diredakan hasil dari kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin Melayu terulung ketika itu iaitu Tun Perak sendiri. Memang yang paling sedih dan terluka hatinya ketika itu sudah tentulah Tun Perak kerana anakanda kesayangannya mati dikeris istana, sedangkan beliau seorang yang paling taat dan setia pada istana.
Tetapi kebijaksanaan Tun Perak membuktikan betapa orang Melayu ketika itu dididik berpegang pada peraturan dan undang-undang. Adat merupakan sebahagian dari kanun orang Melayu ketika itu. Tun Perak yang kecewa, namun apabila melihatkan anak-anak Melayu berkumpul mahu menuntut bela membelakangkan adat telah berkata:

"Hai!Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak derhakakah? Ceh! Kamu sekalian! Ceh! Kerana tiada adat; hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini."
Kata-kata hikmat Tun Perak dalam suasana genting itu telah sampai ketelinga Sultan. Dan oleh kerana Sultan juga menghormati rakyatnya dan menyanjung ketinggi kredibiliti Tun Perak telah menghukum anakandanya sebelum pun perkara itu diadukan kepada Baginda. Raja Muhammad telah dibuang negeri tiada lagi dibenar memijak bumi Melaka dan paling penting tidak lagi akan berpeluang menjadi Sultan Melaka. Dalam bahasa modennya dilucutkan jawatan Tengku Mahkotanya atau Raja Mudanya.

Yang terbaru kita mendengar seorang blogger ditahan polis dan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana menyiarkan artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi dan mengaibkan kerabat di Raja Johor.
Saya harap pihak polis menyiasat seadil-adilnya dan blogger berkenaan diberi peluang membela diri di mahkamah jika diseret ke sana. Bagi saya kebebasan suara adalah hak rakyat tetapi apa pun ianya tidak mutlak dan perlu akur dan tunduk pada peraturan.

Apa pun alangkah baiknya dalam urusan dengan pihak istana ini kita mencontohi kebijaksaan Almarhum Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bijaksana itu. Dan dalam hal ini juga saya pasti rakyat turut berdoa sebagaimana mereka mahu mencontohi kewarasan Tun Perak, penghuni istana juga didoakan agar bijaksana laksana Almarhum Tuanku Sultan Mansur Shah yang betindak pantas dan pintar itu.

Wallahualam.

Renungan pagi Jumaat (6/7/12)

Posted: 05 Jul 2012 08:17 PM PDT


Hari ini Jumaat 16 Syakban 1433, dan kita menuju laju kea rah Ramadhan yang dijangka menyapa kita dengan izin Allah dalam dua minggu lagi. Kelebihan Ramadhan sebagaimana Hadis Rasulullah saw daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
 1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

 2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
 3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

 4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
 5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

 (Riwayat Imam Ahmad)
Dalam kesempatan ini fikiran saya terpaku kepada dua insan yang telah dengan izin Allah membawa saya berpijak di bumi ini iaitu sudah pasti kedua ayah dan ibu. Bayangkan bagaimana mereka membesarkan saya dahulu, mengharungi Ramadhan dan terus menerus mendoakan saya berpanjangan sehinggalah ke hari ini.

Semoga mereka berdua terus berada dalam lindungan Allah swt, sihat dan sejahtera dan diberi kekuatan menempuh bulan yang mulia ini. Semoga Allah jua menjauhkan saya dari tergelincir menjadi anak yang durhaka, menyakiti hati dan perasaan mereka, melukai mereka.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Mudah-mudahan saya tidak jemu-jemu berbakti buat mereka dan tidak jemu-jemu mendoakan mereka sebagaimana firman Allah swt:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al Isra 24)

Memang realitinya kadangkala sukar kita mahu membahagiakan mereka, lantaran kehidupan kita sendiri. Kadangkala rasa kesempitan masa, wang dan seumpamanya, sehingga kita mudah terlupa bahawa redho mereka itu p[enting buat kehidupan kita.
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. redha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."

Berusahalah agar kita menjadi anak yang senang dan sentiasa mampu berbakti kepada mereka.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih) untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka."

Tiada ulasan: