JEBAT_BERANI |
JAKIM MALUKAN Mr 'FIRST LADY MALAYSIA' Posted: 06 Jul 2012 01:37 AM PDT Zulaikha Zulkifli :-6:18AM Jul 6 2012 - Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah. Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu. ''Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti. "Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu. Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis. Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya. Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu. Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan Islam di Asia Tenggara. Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin. Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis. "Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai. Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu. Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah. Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya. Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra. Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama. Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB. Jebat Berani : Waduh waduh..gamat gini dong...hahaha..Nie dah kira JAKIM 'menghina' Mr 'First Lady Malaysia' Najib Tun Razzak...Seolah olah Najib Tun Razzak nie jahil sangat sampai takleh nak nilai akan kewajaran buku ini diterbitkan.(tapi memang jahil pon).Seolah olah menteri-menteri yang dilantik oleh Najib Tun Razzak takde sorang pon yang mampu menasihatkannya sebelum melancarkan buku ini...Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah olah menteri2 yang dilantik beliau TAK BOLEH PAKAI PUNYA OLANG...Kasihan Mr 'First Lady Malaysia'...wakakaka |
BILA OTAI UMNO MELANGKAH MENINGGALKAN UMNO Posted: 06 Jul 2012 12:07 AM PDT JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula. "Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah," katanya. Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. JEBAT BERANI : Satu satu bekas ahli UMNO meninggalkan perjuangan UMNO...Bukan calang2 orang pulak tue..Kenapa dan mengapa rasanya semua dah boleh agak..Kalau nak kata kerna wang ringgit Jebat berani jamin la 100% bukan sebab ini.Pasal dalam PAS nie jangan kata nak harapkan wang ringgit sebagai imbuhan,wang ringgit dalam kocek seluar pon belum tentu 'selamat' pasal dah jadi tabiat orang PAS nie dididik untuk infak dalam perjuangan(bukan macam orang UMNO,dengan kerajaan Kelantan buat lebuhraya hasil infak/derma rakyat Kelantan terus jadi pelik).. Jadi kepada yang masih bersama UMNO renung2kanlah...Untuk apa terus bersama UMNO..Nak perjuangkan kaum melayu? Maaf cakap la juah panggang dari api...Nak perjuangkan agama? Mengadaikan agama mungkin la kot...Nak bela nasib anak bangsa? Bela kroni kroni boleh la diharap..So untuk apa terus bersama UMNO?Berubahlah sebelum terlambat..Berubahlah sebelum negara tergadai..Berubahlah sebelum Islam hanya tinggal nama!!!!.... |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan