Pahang Daily Online |
- Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam
- Panas: Mantan Ketua UMNO Jengka 11 Masuk PAS !
- Lynas: SMSL Anjur Lagi Demontrasi Aman Bantah Kilang Memproses Rare Earth Itu Pada 12 Julai Ini
- Nik Aziz Bantah Hasrat Anwar Untuk Bersara Dari Dunia Politik Sekiranya Pakatan Gagal PRU-13 Ini!
- Panas: Blogger Uncle Seekers Serta Teman Wanita Beliau Di Reman Gara-Gara Artikel Panas Blognya
| Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam Posted: 06 Jul 2012 08:40 AM PDT ![]() KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. "Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini", tambah beliau lagi. ![]() Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit ![]() Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit [Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya. Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini]. |
| Panas: Mantan Ketua UMNO Jengka 11 Masuk PAS ! Posted: 06 Jul 2012 03:52 AM PDT ![]() MARAN, 6 Julai - Seorang bekas pemimpin UMNO kini mengisytiharkan dirinya menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau yang dimaksudkan ialah Nawi Mat Deris (foto) 70, yang merupakan mantan Ketua UMNO Felda Melati Jengka 11 dekat ini. Beliau yang menjadi Ketua UMNO dan Ketua Kampung sejak 20 tahun lalu membuat keputusan itu kerana menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Nawi yang juga sempat menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran berkata beliau akhirnya memilih untuk berjuang bersama PAS kerana perjuangan parti itu berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah. Beliau juga berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke-13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama UMNO supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. Difahamkan beliau adalah merupakan pemimpin UMNO yang bertanggungjawab menjadi penaja UMNO Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya beberapa tahun yang lalu. |
| Lynas: SMSL Anjur Lagi Demontrasi Aman Bantah Kilang Memproses Rare Earth Itu Pada 12 Julai Ini Posted: 06 Jul 2012 03:04 AM PDT
[Difahamkan, demontrasi ini juga akan diadakan di seluruh negara pada hari tersebut. Antara lokasi-lokasi yang dipilih ialah di Pahang (Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang); Terengganu (Kuala Terengganu); Kelantan (Kota Bharu); Pulau Pinang (Georgetown); Perak (Ipoh, Kampar, Bukit Merah); Selangor (Cheras Mahkota, Rawang); Melaka (Bandar Melaka); Negeri Sembilan (Seremban, Air Itam); Johor (Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar); Sabah (Kota Kinabalu). Turut akan diadakan ialah di Australia iaitu di Perth, Sydney, dan Melbourne. Dijangkakan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang akan menyertai rali ini diseluruh negara. Bagi setiap lokasi kita sasarkan lebih kurang 500 hingga 1000 orang akan turut serta nanti]. |
| Nik Aziz Bantah Hasrat Anwar Untuk Bersara Dari Dunia Politik Sekiranya Pakatan Gagal PRU-13 Ini! Posted: 05 Jul 2012 08:44 AM PDT
[Kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz ini pasti mengundang berbagai persepsi di kalangan rakyat terutamanya para penyokong UMNO BN sebenarnya. Ramai yang berpendapat, PAS sendiri mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa untuk menggantikan Anwar sebagai "leader". Maka, tidak perlu mana-mana pihak merayu andainya Anwar mahu bersara dari politik. Namun, apa yang pasti kenyataan Anwar juga adalah gimik semata-mata. Dulu pun, ketika melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding, isyterinya Dr.Wan Azizah mengatakan mahu bersara dan memberi tumpuan kepada anak cucu dan keluarga. Namun, apa yang berlaku sehingga ke hari ini beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maknanya, bukan senang bagi orang yang sudah lama berjuang membela rakyat tiba-tiba mahu bersara dari kancah politik. Kemenangan dan kegagalan adalah adat resam dalam politik, maka tidak perlu terburu-buru untuk bersara terutamanya kepada pemimpin tersohor seperti beliau itu]. |
| Panas: Blogger Uncle Seekers Serta Teman Wanita Beliau Di Reman Gara-Gara Artikel Panas Blognya Posted: 05 Jul 2012 08:33 AM PDT
![]() Syed Abdullah dan teman wanitanya ditahan reman untuk bantu siasatan [Tindakan Uncle Seekers yang berani mendedahkan artikel panas berkaitan institusi raja Johor sememangnya amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Walau pun ia sudah pasti menyebabkan kemurkaan di pihak istana, namun harus diingat manusia semuanya adalah makluk Allah di muka bumi ini, tidak kira mereka siapa raja, penguasa, pemimpin politik atau sebagainya. Keberanian Uncle Seekers memang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana blogger di Malaysia hari ini. Apapun, beliau mungkin berhadapan dengan tindakan yang cukup tegas daripada polis Johor atas tindakan ini. Tambahan pula banyak laporan polis yang dibuat oleh rakyat Johor yang kecewa dengan pembongkaran dan pendedahan yang dilakukan. Apapun, kini semua menanti apakah akan berlaku kepada beliau akhirnya. Apa yang pasti, beliau seorang yang amat berani sebenarnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan