RAKYAT MARHAEN |
- Kajian UKM: BN bakal rampas Selangor dan Kedah..???
- WATCH OUT Anwar, Muhyiddin heading to Sabah to stop Wilfrid & Lajim
- Terbesar : Kerajaan Malaysia menguasai ekonomi?
- Makin Panas : ADUN BN Sarawak keluar parti
- MB arah semua permohonan Langat 2 perlu melaluinya
- MB Selangor - SYABAS Beroperasi Dibawah Keupayaan
- MEDIA, PDRM dan Menteri KDN insaflah !!
- Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar
- Kajian "rumus" Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
- PRU 13 : Sabah Sarawak bukan lagi 'fix deposit' BN
- Pakatan has mixed views on May 13 probe
- PM: Bonus raya setengah bulan...untuk pilihanraya sekali lah..!!!
- NOT EMOTION BUT INDISCIPLINE: Cops 'manhandled' female journo, Suhakam told
- Bob Lokman: Umno terdesak dan tak faham konsep dakwah
- Raja Komando : Saman Ummi Hafilda RM10 Juta
- Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan
- MB: K'jaan negeri tiada kuasa pecat bos SYABAS
- Provokasi Jahat : Peserta Bersih 3.0 dipukul khabar angin polis mati
- Exco S'gor: Lot pejabat dibeli zaman k'jaan BN...kantoi lagi MCA..!!!
- Nik Aziz tetap pertahan laksana Hudud
- JK Pemantau: 'SYABAS beroperasi di bawah keupayaan'
- Bersih 3.0: Kerajaan BN bertanggungjawab atas kecederaan mata Asrul Wadi
- Air hak negeri Selangor, bukan milik kroni UMNO-BN
- “Cakap-cakap belakang” wartawan mengenai UMNO.....
- MB: Operasi SYABAS bawah keupayaan sebenar
Kajian UKM: BN bakal rampas Selangor dan Kedah..??? Posted: 25 Jul 2012 12:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai — Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
WATCH OUT Anwar, Muhyiddin heading to Sabah to stop Wilfrid & Lajim Posted: 25 Jul 2012 12:52 PM PDT Although current party president Prime Minister Najib Razak might pretend he was unperturbed, he is sending his deputy Muhyiddin Yassin to Sabah, where at least two Members of Parliament have decided to stand up for their long-suffering state and fight for reform and fairness from the Opposition side of the fence. "Of course Umno is worried. It is a very significant move and Najib will do all he can to block the Tuaran MP and the Beaufort MP from leaving BN. But let's see if money and other such carrots can succeed this time," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. Indeed, even as news broke that Deputy Prime Minister Muhyddin Yassin would be making a one-day working trip to Sabah on Saturday, the national news agency reported in a separate bulletin that a group of Kadazandusuns would be announcing on Sunday the formation of a 'new political movement'. Read More / Baca Lagi >> |
Terbesar : Kerajaan Malaysia menguasai ekonomi? Posted: 25 Jul 2012 05:07 AM PDT Penyenarian IHH bernilai AS$2 bilion hari ini — tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) — membantu meletakkan Malaysia di mata dunia, akan tetapi turut menarik perhatian terhadap penguasaan kerajaan dalam ekonomi serta keadaan perusahaan swasta yang suram di negara ini.Tidak seperti Facebook yang pada mulanya berlegar disekitar bilik kolej sebelum menjadi fenomena global dan menjadi salah satu daripada 30 syarikat di Amerika Syarikat (AS), IHH dan FGVH, adalah syarikat yang dirancang pengelibatannya dalam perniagaan oleh kerajaan, akan memperlihatkan perbezaan besar antara Malaysia dengan negara ekonomi terbesar dan paling maju di dunia itu. Perbandingan antara senarai entiti senaraian awam yang terbesar di Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sudah boleh memberikan jawapan. Sepuluh syarikat terbesar di AS dalam pasaran kapitalisme adalah semua perusahaan swasta termasuk Apple, Exxon, Microsoft, IBM dan Google — merupakan syarikat-syarikat yang memimpin teknologi dan merupakan pemimpin dalam bidang masing-masing. Berbeza di Malaysia, 10 syarikat teratas pada bulan Mei adalah syarikat berkait kerajaan (GLC) seperti Malayan Banking, Sime Darby, CIMB Group, Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kumpulan Axiata. |
Makin Panas : ADUN BN Sarawak keluar parti Posted: 25 Jul 2012 05:05 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini."Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. "Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post. |
MB arah semua permohonan Langat 2 perlu melaluinya Posted: 25 Jul 2012 05:01 AM PDT |
MB Selangor - SYABAS Beroperasi Dibawah Keupayaan Posted: 25 Jul 2012 05:00 AM PDT |
MEDIA, PDRM dan Menteri KDN insaflah !! Posted: 25 Jul 2012 04:24 AM PDT lepas ini jangan lagi jadi bangang !! Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala LumpUr secara prinsipnya telah mempertahankan hak untuk berhimpun, berpersatuan atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan). Jadi selepas ini mana-mana persatuan atau badan NGO tidak perlu risau lagi apabila mengadakan himpunan aman yang bertujuan menegakkan kebenaran, keadilan serta memberi manafaat kepada orang ramai. Tahniah kepada pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk Samad Said kerana berani dan bersungguh-sungguh dalam mengetuai BERSIH untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya!! Perhimpunan aman yang dibuat oleh BERSIH tempoh hari tidak sis-sia! Dan keputusan Mahkamah Tinggi KL membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa gabungan Bersih sebagai pertubuhan 'haram' adalah sangat wajar dan tepat ! Dengan itu, sah, gabungan BERSIH adalah halal,.. bukan pertubuhan haram! |
Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar Posted: 25 Jul 2012 04:22 AM PDT Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dan berbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan. Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan oleh rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar dari harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang di kenakan oleh pihak kerajaan kita. Jika duti eksais diturunkan ketahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah dari harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di-rantau ini. |
Kajian "rumus" Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13 Posted: 25 Jul 2012 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR - Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik. Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN. "Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 : Sabah Sarawak bukan lagi 'fix deposit' BN Posted: 25 Jul 2012 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR - Peranan Negeri Sabah dan Sarawak penting untuk memberikan imbangan dalam senario politik di negara ini sejak 50 tahun lalu. Ahli Panel, Prof Dr Jayum anak Jawan berkata, ia sudah menjadi tugas kepada kedua-dua negeri tersebut bertindak sebagai penyelamat kepada parti pemerintah dan tugas ini digalas buat pertama kali pada tahun 1948. Menurutnya, perkara yang sama berlaku sekali lagi pada 1963, seterusnya pada 1969 sebelum Barisan Nasional (BN) menghadapi masalah majoriti pada pilihan raya umum 2008. "Tugas kami menyelamatkan Melayu, Umno dan BN setiap kali mereka mengalami masalah. Bagaimanapun apa yang menyedihkan kami sering dijadikan anak tiri dalam apa jua bidang di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan has mixed views on May 13 probe Posted: 25 Jul 2012 04:12 AM PDT PAS backs Suaram adviser Kua Kia Soong's proposal for a truth commission, but PKR and DAP say Malaysians must move on. PETALING JAYA: Suaram adviser Kua Kia Soong's call for a Truth and Reconciliation Commission to investigate the May 13 incident has drawn mixed reactions from Pakatan Rakyat leaders.While PAS backs the call for a public inquiry, PKR and DAP say Malaysians must move on from one of the darkest episodes of Malaysian history. PAS vice president Salahuddin Ayub said he was in support of Kua's call, saying that a public inquiry would stop irresponsible quarters from raising the spectre of May 13 for selfish political agenda. "The young generation needs to know what happened on that day," said Salahuddin. However, the PAS leader said it was more important for Barisan Nasional, particularly Umno, to stop playing the May 13 card in an attempt to scare voters into voting BN back to power. Read More / Baca Lagi >> |
PM: Bonus raya setengah bulan...untuk pilihanraya sekali lah..!!! Posted: 25 Jul 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
NOT EMOTION BUT INDISCIPLINE: Cops 'manhandled' female journo, Suhakam told Posted: 25 Jul 2012 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR - The police were "emotional" and "manhandled" a female journalist despite her being identified as a media personnel at the Bersih 3.0 rally, the Human Rights Commission (Suhakam) inquiry panel was told today. Panel chairman Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee said it was "very visible" that Merdeka Review assistant editor Chen Shaua Fui was a media personnel, when the latter testified that she had held a camera and shown her media tag to a policeman. "I identified myself as a journalist, (when) he (the police) said don't take pictures. 'I am a reporter', I said and showed him my media tag. "But the policeman pointed his finger at me, and said that I should stop taking pictures," said Chen, who was doing real time reporting at Jalan Tun Perak around 7.30pm on the day of the rally. She said she was taking pictures of over 10 policemen arresting people and beating up a man, who was having his meal at a hawker stall at the intersection of Jalan Hang Lekiu and Jalan Tun Perak on April 28. |
Bob Lokman: Umno terdesak dan tak faham konsep dakwah Posted: 25 Jul 2012 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai — Umno tidak memahami apa itu dakwah lalu menuduh PAS terdesak dalam mencari populariti dalam pilihan raya yang semakin hampir, yang ternyata sebenarnya parti memerintah itu terdesak, kata Mohammad Hakim Lokman yang dikenali sebagai Bob Lokman, penulis lirik dan pelawak yang menyertai PAS. Read More / Baca Lagi >>Katanya, Umno yang menghina artis yang mahukan seni berunsurkan Islam, kerana enggan memberi permit dan ruang kepada mereka yang menjadi aktivis PAS. "Dalam PAS, kita berdakwah. Tidak ada salahnya kita mendakwah kerana kerja ini adalah kerja yang mulia. Tak kiralah artis atau bukan, yang penting kita sama-sama menjalankan dakwah," kata Bob Lokman (gambar). |
Raja Komando : Saman Ummi Hafilda RM10 Juta Posted: 25 Jul 2012 04:03 AM PDT KLANG 25 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid kini dalam proses menyaman agen Umno-BN, Ummi Hafilda Ali dan UmnoOnline kerana memfitnahnya. "Proses ini akan siap dalam tempoh terdekat. Dulu Ummi mencabar saya untuk mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis ke atas beliau dan sekarang saya sudah menunaikan janji. "Jumlahnya mungkin lebih RM10 juta. Bagaimanapun jumlah tidak penting, saya mahu membersihkan nama saya dari fitnah Ummi itu. Read More / Baca Lagi >> |
Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan Posted: 25 Jul 2012 04:02 AM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat Islam khususnya rakyat Kelantan memperbanyakkan doa sempena bulan Ramadan ini termasuk doa untuk royalti Kelantan. Katanya, rakyat Kelantan perlu berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada pihak yang menyekat pemberian royalti Kelantan agar tidak terus melakukan kezaliman terhadap negeri ini. "Oleh yang demikian saya minta kepada rakyat doa beramai-ramai moga kezaliman ini diangkatkan dan minta Allah memberi kefahaman kepada menteri terbabit termasuk pegawai Petronas. Kerja menyekat itu suatu dosa," ujarnya. "Kalau boleh sebutkan nama menteri atau pegawai terbabit sewaktu sujud ketika solat," katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
MB: K'jaan negeri tiada kuasa pecat bos SYABAS Posted: 25 Jul 2012 03:58 AM PDT Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri itu hanya mampu untuk mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat dua orang pegawai tertinggi syarikat berkenaan. Read More / Baca Lagi >>Katanya, kerajaan negeri tidak berkuasa untuk memecat pengerusi eksekutif syarikat itu Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan. Tambahnya, beliau akan mengemukakam cadangan tersebut kepada lembaga pengarah bagi meminta supaya perkara itu dilakukan oleh lembaga berkenaan. |
Provokasi Jahat : Peserta Bersih 3.0 dipukul khabar angin polis mati Posted: 25 Jul 2012 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukulnya dalam keadaan marah kerana khabar angin seorang anggotanya mati pada 28 April lalu. Karam Singh, 50 berkata, kira-kira jam 7 petang, beliau masuk ke A&W Jalan Pudu selepas polis mengejar peserta Bersih sebelum kakitangan A&W mengunci pintunya apabila melihat situasi huru-hara di luar. Read More / Baca Lagi >> |
Exco S'gor: Lot pejabat dibeli zaman k'jaan BN...kantoi lagi MCA..!!! Posted: 25 Jul 2012 03:54 AM PDT Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata lot pejabat di Menara Pandan yang didakwa telah dibeli oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan kos RM1.89 juta sebenarnya dibeli semasa pentadbiran BN. Read More / Baca Lagi >>Katanya, ketua biro profesional muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan seperti itu. "Orang yang membuat dakwaan ini tidak membuat semakan terlebih dahulu mengenai jual beli ini kerana perjanjian telah dibuat pada 12 Januari 2006 di mana, semasa itu Selangor di bawah kerajaan BN," kata Teresa dalam sidang media selepas mesyuara Exco di Shah Alam petang ini. Chua semalam mendakwa, kerajaan Selangor membeli unit pejabat tersebut dari syarikat pemaju perumahan Talam Corporation Sdn Bhd (kini Trinity Corporation) dengan membuat bayaran lebihan sebanyak RM 1.9 juta berbanding harga rizab lelong. |
Nik Aziz tetap pertahan laksana Hudud Posted: 25 Jul 2012 03:52 AM PDT Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini. Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju. "Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini. Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud. |
JK Pemantau: 'SYABAS beroperasi di bawah keupayaan' Posted: 25 Jul 2012 03:51 AM PDT Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS 'beroperasi di bawah keupayaan', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian "agar rakyat tahu kedudukan sebenar". Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
|
Bersih 3.0: Kerajaan BN bertanggungjawab atas kecederaan mata Asrul Wadi Posted: 25 Jul 2012 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu bertanggungjawab terhadap keganasan perhimpunan aman BERSIH 3.0 yang telah mengakibatkan Asrul Wadi Ahmad, 27, buta sebelah mata akibat ditembak dengan gas pemedih mata polis. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul yang juga seorang jurutera mekanikal. "Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan mata kanannya hanya 15 peratus. Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari," katanya. Menurutnya, Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga hospital kerajaan ttapi malangnya diberitahu bahawa kecederaan yang dialami pada mata kanannya adalah serius malah penglihatannya tidak dapat dipulihkan semula melalui prosedur perubatan. |
Air hak negeri Selangor, bukan milik kroni UMNO-BN Posted: 25 Jul 2012 02:39 AM PDT Oleh Hafiz Zainuddin Di sebalik kemelut kerajaan negeri Selangor dan syarikat air swasta SYABAS, satu perkara yang harus lihat kembali ialah pokok pangkal tujuan pengambilalihan pengurusan air di negeri tersebut, iaitu: * Untuk mengekalkan tarif air yang rendah; * Memberi perkhidmatan yang lebih cekap serta berkesan; dan * Meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama. Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil alih SYABAS secara penuh, rakyat negeri Selangor bakal berhadapan dengan kenaikan tarif air yang membebankan dan perkhidmatan yang kurang memuaskan. Untuk mencapai maksud tersebut, kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan untuk mengambil alih SYABAS dan melakukan rombakan terhadap pengurusan kanan SYABAS. Tindakan itu adalah selari berdasarkan Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air. Perkhidmatan SYABAS tidak memuaskan? SYABAS tidak mampu menguruskan operasi rawatan dan pengedaran air seperti yang tertakluk di dalam perjanjian konsensi antara SYABAS dan Kerajaan Negeri. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah SYABAS tidak dapat menyediakan air terawat yang mencukupi dan gagal mengurangkan jumlah air yang tidak membawa hasil (NRW–non revenue water). Read More / Baca Lagi >> |
“Cakap-cakap belakang” wartawan mengenai UMNO..... Posted: 25 Jul 2012 02:37 AM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang. Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat. Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang. Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya. Read More / Baca Lagi >> |
MB: Operasi SYABAS bawah keupayaan sebenar Posted: 25 Jul 2012 02:33 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) beroperasi di bawah keupayaan sebenarnya apabila hanya mengagihkan sebanyak 4,371 juta liter air sehari pada masa ini. Sedangkan, pemegang konsesi air itu mampu mengeluarkan sebanyak 4,807 juta liter air sehari melalui kesemua 34 lojinya di negeri itu, katanya. "Kekurangan agihan SYABAS ini bermaksud SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar," kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor di Shah Alam. Mengulas dakwaan oleh kerajaan persekutuan bahawa jumlah rizab simpanan air Selangor pada kadar 2 peratus, Khalid berkata fakta tersebut tidak tepat. Katanya, rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa kini ialah sebanyak 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan