Rabu, 25 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] Perkahwinan Syafiq 16 dan Yana 14

Posted: 25 Jul 2012 10:09 PM PDT

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka.

Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

"Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku ." HR. Ibnu 'Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." Yaasin: 36.
Wallahualam. -mynewshub



MENARIK : Tiada rogol dalam perkahwinan - Kelab Taat Suami

Posted: 25 Jul 2012 06:47 PM PDT

NONEKelab Taat Suami (KTS) berpendapat, istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan kerana isteri merupakan sumber seks halal kepada suami.
Menurut presidennya Fauziah Ariffin, kelab itu menganjurkan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain.

"Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya.

"Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.

"Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?



"Kalau perempuan itu mengharapkan syurga Tuhan, tentulah dia sanggup berkorban," kata Fauziah yang merupakan isteri kedua kepada bekas seorang pemimpin tertinggi Al-Arqam.
Kelab pro-poligami itu diasaskan melalui kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Al-Arqam selepas kumpulan tersebut diharamkan sejak 1994.
Serpihan Al-Arqam, Rufaqa Corporation Sdn Bhd juga menerima tindakan sama pada 2006. 
Pandangan berkenaan berbeza sama sekali dengan undang-undang sivil yang mempunyai peruntukan khusus untuk kesalahan rogol dalam perkahwinan.
Di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan, seorang suami yang cuba mendapatkan seks secara paksa daripada isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

NONESuruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2004 juga berpendapat perbuatan merogol isteri adalah satu kesalahan di bawah Perkara 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB.

Peruntukan itu menetapkan setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan dan keganasan terhadap wanita dalam perkahwinan menjadikan wanita lebih lemah dan lelaki lebih berkuasa.
Menurut Fauziah, seorang suami secara nalurinya akan menjadi bertimbang rasa jika perempuan itu sendiri pandai melayan suami mereka.

Bentuk layanan yang patut diberikan kepada suami juga, adalah salah satu perkara yang diajarkan KTS kepada ahli-ahlinya, jelas Fauziah.
Rambut bau bawang

"Kita akan cerita pada wanita bagaimana untuk menjadikan suami dia seorang yang 'mahu' dan sebagainya. Sebab itu perempuanlah yang memainkan peranan, dia menghiburkan suami.

"Perempuan sekarang ini bukan tak pandai nak layan tetapi ilmu itu tidak ada pada dia. Sepatutnya apa yang pelacur buat, itulah yang isteri perlu buat.

"Apabila isteri itu beri layanan (kelas pertama), automatik suami itu akan memberi respon (yang baik).

NONE"Yang kita tengok sekarang dalam masyarakat isteri letih apabila suami balik (rumah), rambut pun bau bawang, serabai bertocang.

"Sedangkan di luar dia tengok perempuan cantik tapi di rumah dia tak dapat benda itu," kata Fauziah.

Namun begitu, beliau menegaskan KTS tidak mengadakan sebarang kelas praktikal kepada ahlinya seperti disangkakan orang ramai.

"Kita mengajar panduan kepada orang yang patut, yang halal. Kita bukan keluarkan figure (gambarajah), itu memang Allah tak bagi.

"Kita bukan buat praktikal, tunjuk gambar, tidak. Kita buat secara tertutup," katanya.

Mengulas kontroversi berkenaan 'layanan pelacur kelas pertama' yang pernah disebut KTS, Fauziah menjelaskan ia adalah satu perumpamaan kerana orang ramai tidak dapat membayangkan 'layanan seperti bidadari' yang perlu diberikan isteri kepada suami.

"Kena layan suami lebih dari pelacur kelas satu, takkanlah suruh jadi pelacur pula.

"Saja (ada) orang nak bagi gimik (untuk KTS). Kita cuma bagi perumpamaan," katanya.

Seks oral dibolehkan
Pada masa sama, KTS juga berpendirian bahawa seks oral boleh diamalkan di dalam institusi perkahwinan.

Pandangan itu berbeza dengan undang-undang sivil yang mengkelaskan seks oral sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen itu, mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

NONE"Allah sebut dalam Quran isteri kamu adalah ladang bagi kamu, buatlah apa-apa pun yang kamu suka pada dia, cuma jangan berlaku liwat. Itu sahaja. Jadi kita sudah ada garis panduan," katanya.

Menurutnya, seks oral juga merupakan satu lagi cara untuk suami isteri melakukan hubungan badan apabila isteri dalam pantang atau sewaktu didatangi haid.

"Jadi katakanlah isteri dia uzur, dan dia cuma ada seorang sahaja isteri, jadi suami boleh buat perkara dibolehkan dan membuat hubungan suami isteri (secara oral) selagi mana dia tidak memasukkan alatnya ke situ (liwat).

"Katakan isteri dalam pantang, tetapi Allah cipta suami dia seorang yang keperluannya tinggi dalam soal-soal seks ini, hendak tunggu berapa hari lagi?

"Jadi tanggungjawab isteri itulah untuk memberi kelegaan kepada nafsu suaminya supaya suaminya tidak terjerumus ke dalam neraka," kata Fauziah yang memiliki ijazah dengan tiga pengkhususan dalam perakaunan, kewangan, dan pemasaran dari Australia.

Menurutnya lagi, lelaki secara semula jadi mempunyai keinginan yang tinggi terhadap seks.

Malah katanya, nabi-nabi dan rasul juga diketahui umum sebagai mereka yang memiliki kekuatan luar biasa di ranjang.

"Kalau kita baca kitab-kitab, yang paling hebat dalam melakukan hubungan suami isteri ini adalah para rasul.

"Sewaktu belum ada syariat empat orang isteri, Nabi Sulaiman ada seribu orang isteri. Nabi Daud pula 99 orang isteri dia.

"Sebab itu orang yang lebih hebat iman dia, lebih terhubung dengan Tuhan ini, dia lebih hebat lagi (di ranjang).

"Tetapi orang kita yang tengok video lucah ini, dia tidak dapat pun nikmat itu kerana Allah dah halang," katanya. - Malaysiakini



GULA-GULA DARI NAJIB - Setengah bulan Bonus atau RM500

Posted: 25 Jul 2012 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR:: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus dan bayaran khas yang akan dibuat pada 9 Ogos itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Omar turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bonus dan bayaran khas itu dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, berkata bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara.

Katanya, ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang bersikap mulia dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pesara kerajaan hendaklah menggunakan bonus secara berhemah, berjimat-cermat untuk melakukan perkara yang berfaedah," katanya.

Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, beliau menasihatkan mereka harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara. - BERNAMA

Raja Komando dalam proses saman Ummi Hafilda dan UmnoOnline lebih RM10juta

Posted: 25 Jul 2012 04:20 AM PDT

KLANG 25 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid kini dalam proses menyaman agen Umno-BN, Ummi Hafilda Ali dan UmnoOnline kerana memfitnahnya.

"Proses ini akan siap dalam tempoh terdekat. Dulu Ummi mencabar saya untuk mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis ke atas beliau dan sekarang saya sudah menunaikan janji.


"Jumlahnya mungkin lebih RM10 juta. Bagaimanapun jumlah tidak penting, saya mahu membersihkan nama saya dari fitnah Ummi itu.

"Sebagai kerabat Diraja Selangor, saya akan menghantar laporan polis ini kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pengetahuan tuanku kerana saya tidak mahu tuanku salah tafsir dalam hal ini," katanya.


Sebelum ini, Ummi mendakwa beliau(Raja Kamaruddin) dilantik pengerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) selepas menjadi saksi dalam kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.



Dalam sidang media di Taman Sri Andalas hari ini, beliau juga hairan mengapa Umno masih menggunakan khidmat Ummi untuk berceramah memfitnah Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13.


Beliau yang dikenali sebagai "Raja Komando" berkata tindakan Umno-BN itu dilihat hanya merugikan parti dan hanya menjadi beban kepada pemimpin Umno-BN.


"Dalam Umno-BN banyak lagi orang muda yang boleh diketengahkan untuk berkempen dan lawan pembangkang tetapi kenapa pilih Ummi?.


"Ummi bukan aset kepada Umno-BN tapi hanya akan merugikan Umno-BN satu hari nanti. Berhentilah ambil Ummi sebagai agen. Beliau (Ummi) hanya beban," katanya.


Raja Kamaruddin menambah tindakan menghantar Ummi ke 'roadshow' seluruh negara untuk memfitnah Pakatan Rakyat hanya tindakan sia-sia

.
"Umno-BN tetap tidak berubah dengan budaya fitnah mereka, berhentilah membodohkan rakyat, rakyat bukan bodoh untuk menilai," katanya.

Penjual gelang penipu terasa hati dengan Abby

Posted: 25 Jul 2012 12:07 AM PDT

Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato' AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato' AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.



GUA berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan kepada Dato' AC mengenai isu yang timbul.


"Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja," ujar Dato' AC mengulas mengenai isu tersebut.

"Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal. 

"Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

"Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera."

Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato' AC menjawab, "Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya," ujar Dato' AC mengakhiri perbualan. - GUA

MS : O tau pula kau terasa hati yer penipu?? Ingat tak apa kau kata pada seorang artis veteran masa kau bersama 4U2C dulu. Sejak itu aku memang menyampah tahap maxima sgt kat mamat penipu penjual gelang ni.

Tiada ulasan: