Ahad, 29 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


amat memalukan..... rupanya lagu thema hari kebangsaan di tulis lirik oleh menteri perogol....dah patut pun sambutan di rayakan oleh orang orang UMNO aje....syok sendiri la tu...!!!!

Posted: 28 Jul 2012 07:02 PM PDT

 


slogan "Janji Ditepati" untuk tema Hari Kebangsaan 2012 kerana langsung tiada kaitan dengan sejarah kemerdekaan negara. Malah tema itu jelas merupakan slogan politik BN. Apabila lagu tema itu disiarkan di Youtube, memang jelas sambutan hari kebangsaan tahun ini digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menagih undi.

Bacalah liriknya yang memuji BN tinggi melangit. Malah video itu turut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Antara baris lirik lagu tersebut berbunyi:"Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi". Apa maksud ayat ini? Bukankah lagu ini meminta rakyat membalas budi dengan mengundi BN? 100% usaha terdesak BN untuk menagih undi rakyat.

 

Amat memalukan!

kapitalis ideologi syaitan di bulan ramadhan dan perut perut menteri serta kroni di utamakan....!!!!

Posted: 28 Jul 2012 06:46 PM PDT

 

Ramadan sudah masuk seminggu. Daripada seminggu itu, tiga hari berbuka di kedai mamak; atau lebih sopannya ‘restoran India Muslim’. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang Darul Mamak, sepatutnya saya tidak rasa bersalah. Tapi tak apalah. Pokoknya sudah tiga hari berbuka puasa dengan nasi putih panas, ayam goreng rangup, sayur kubis yang dimasak dengan apa entah sampai jadi kuning menyala, kuah kari campur (kuah kambing lebih sikit) dan papadom.

Menu tidak berubah. Tetap makan benda serupa. Senang begitu, supaya tak perlu jenuh fikir apa nak makan. Cumanya walaupun menu serupa, tetapi harga tak sama. Ini sebenarnya tidak begitu pelik. Kalau di Pulau Pinang, zaman juruwang kira guna jari, udang seekor boleh berubah harga dalam beberapa jam sahaja. Tengah hari harga lain, malam harga lain. Udang yang sama.

Tetapi dalam kes saya ini, tidak melibatkan udang. Adalah kesilapan besar untuk makan udang dan sotong di kedai nasi kandar. Ini kesilapan biasa para warga Kuala Lumpur yang beriya mahu makan nasi kandar yang konon paling power setiap kali singgah ke Pulau Pinang. Dasar pelancong. Memang nak kena sembelih. Tapi itu cerita lain.

“Ayam satu ketul lima ringgit”

Kes saya ini melibatkan ayam. Memandangkan itulah satu-satunya benda yang saya makan, maka saya dapat melihat indeks naik turun harga ayam goreng dengan lebih dekat dan jitu. Hari pertama, ‘mapley’ yang cedok kuah jerit kepada juruwang “sembilan lapan”. Ya, RM9.80 untuk hidangan yang telah saya sebut di atas. Kali kedua, turun jadi “tujuh dua” dan baru petang semalam, dia laungkan “lapan anam”.

Saya tidak pandai matematik, maka saya tidak mahu berhujah panjang. Tetapi saya mahu tahu juga, menatang apa yang saya makan sampai jadi mahal begitu? Ayam belanda? Atau NFC ada bikin projek ternak ayam daging istimewa yang saya tak tahu?

“Kepala otak hang,” bisik hati sanubari saya yang semakin hari semakin tertekan dengan kenaikan harga barang yang menggila ini. Sejak bila ayam goreng seketul jadi lima ringgit?

Saya melihat perihal kenaikan harga barang makanan ini sebagai suatu fenomena akhir zaman. Ya, akhir zaman; di saat manusia bertuhankan wang dan harta serta diperhambakan hutang dan harga kereta. Puitis betul – harta, kereta. Namun ini pokok pangkal permasalahan umat manusia akhir zaman. Dan melihat perkara ini terjadi di kala Ramadan adalah sesuatu yang amat mengharukan.

Ada sekeping gambar yang dikongsikan di laman Facebook siang tadi. Kapsyennya menceritakan bahawa seorang ulama Arab Saudi yang sedang berbicara dalam forum secara langsung di kaca televisyen, menerima panggilan telefon dari Somalia. Adatnya mahu bertanyakan soalan hukum hakam agamalah, seperti kelaziman manusia menelefon ulama yang sedang bercakap di televisyen.

Soalan berbunyi, “Adakah puasa saya diterima sekiranya saya tidak bersahur dan tidak juga berbuka?” Sang Ulama lantas terus terdiam menitiskan air mata mengenangkan nasib umat manusia di Somalia yang sedemikian sengsara menahan lapar dahaga.

Ini pelik sebenarnya kerana kita sedia tahu bahawa umat manusia di Semenanjung Tanah Arab berbuka puasa dengan hidangan nasi mandy dan kambing panggang seekor yang dikongsi lima orang, atau mungkin tiga – kerana dua lagi sudah tertidur kekenyangan. Di saat negara tanduk Afrika itu mengharungi Ramadan dengan lapar dan dahaga yang berkepanjangan; ada segerombolan besar cukong minyak kaya raya terbongkang kenyang di tepi talam briyani dengan perut sebesar gunung Uhud.

Petunjuk masalah sosial

Ini petunjuk besar kepada kesialan perangai manusia yang mengaut kekayaan berlebihan dan melupakan tanggungjawab sosial. Ini masalah kapitalisme jahat yang harus diperangi habis-habisan. Ya memang tidak salah untuk melantak sampai pengsan, itu hak masing-masing. Tetapi celah mana hilangnya unsur besar Ramadan yang bertujuan mendidik kesederhanaan dan pemilihan jalan tengah moderat dalam melakukan apa sahaja tindakan.

Ini juga kedapatan dalam budaya masyarakat Malaysia. Meski mengeluh tak ada duit mahu berbelanja, bila sampai bab makan dan berbuka puasa dia tetap tak mahu mengalah. Lihat sahaja gejala budaya berbuka puasa di hotel secara bermewah-mewah yang semakin menjadi kelaziman masyarakat, walaupun ia sedar diri bahawa ia sebenarnya tidak ada kemampuan itu. Malangnya dia sengaja membiarkan diri dipujuk oleh sekalian kapitalis tamak yang menjadikan kelaparan sebagai modal untuk mengaut untung berlipat ganda di bulan mulia ini.

Kenapa biarkan diri tertipu? Kenapa wajib sangat berbuka secara bufet di hotel mewah untuk melantak kambing golek dan roti jala RM5 sekeping? Bukankah ini satu kegilaan dan kepelikan yang jelas nyata? Lapar sangat kah? Apakah kebab RM3 di pasar ramadan tidak mencukupi?

Setiap orang Islam berpuasa kerana mematuhi ajaran agama. Tetapi apabila agama menganjur supaya jangan membazir, ada pula yang tidak mahu ikut. Apabila agama menganjur supaya bersedekah dan melangsaikan tanggungjawab sosial kepada fakir miskin, ada yang bersikap lantak saja sang fakir yang mengemis sambil berselawat di tengah-tengah kesibukan pasar Ramadan.

Yang penting nasi kerabu mesti dibeli. Mesti bergegas untuk dapatkan nasi kerabu, kalau lambat nanti telur asin habis. Kalau boleh biar dua tiga bungkus. Kalau ada duit lebih sikit, enjoy saja bufet Ramadan di hotel-hotel.

Mengagungkan nafsu ini adalah mentaliti yang dibentuk dengan cemerlangnya oleh kapitalis jahat supaya konsumsi manusia kekal malar atau semakin bertambah pada waktu yang sepatutnya dia belajar bersederhana dan berjimat cermat. Fikiran yang mengundang kepada semangat mementingkan tembolok inilah yang menghancurkan ramai pemuka United Malays National Organisation; maka perangai ini harus malah wajib dijauhi.

Betapa rancak panah-panah kapitalis itu dilancarkan dari busur-busur ketamakan mereka yang dibayangi dogma kononnya Ramadan bulan menjana ekonomi Islam. Berselindung di sebalik agama untuk mengaut untung berlipat ganda. Yang keluar duit siapa? Kamu! Yang kutip duit siapa? Dia! Kamu dapat kenyang dan kemudian terbongkang tak pun pergi sembahyang. Dia seronok kira wang. Ini kezaliman dalam mengambil kesempatan terhadap kelaparan dan kegampangan manusia yang mudah tertipu dengan godaan makanan dan hawa nafsu.

Kebendaan sembahan baru

Dari segi sosial, amalan Ramadan, Hari Raya dan duit sudah tidak dapat dipisahkan. Ulama UMNO sepatutnya tegas bersuara dan memfatwakan bahawa semua ini bid’ah yang sesat belaka. Ini langsung tidak kena dengan anjuran Perdana Menteri supaya berwasatiyah dan mengambil jalan tengah, sifat sederhana sebagaimana yang telah dianjurkan DAP – parti yang tidak mencampuradukkan agama dan politik.

 

 

Hairan juga dengan satu jenis manusia yang melolong memekik kononnya Melayu Pulau Pinang tertindas tetapi dengan muka selamba menabur wang membazir syok sendiri dengan bufet Ramadan mewah dan rumah terbuka Hari Raya yang niatnya meraikan Datuk Datin Tan Sri Puan Sri Tun Toh Puan, sedangkan mereka yang fakir hanya meleleh air liur mengenangkan puasa bersahur air sejuk dan berbuka dengan sebutir kurma.

Jadi ketamakan, kapitalisme kroni dan kebankrapan budaya yang menjadi tunjang keberadaan UMNO inilah yang mesti dibetulkan. Hanya dengan itu kita boleh menstabilkan ekonomi negara supaya bebas dari sebarang ketirisan.

Mungkin selepas UMNO ini meninggalkan kursi Putrajaya, barulah kedai nasi kandar boleh jual ayam goreng seketul seringgit setengah; macam waktu saya sekolah rendah dulu. Atau campur tolak kadar inflasi sekarang, setakat dua ringgit pun masih masuk akal lagi.

 

 

 

Oleh Izmil Amri

janji di laknati....tema syok sendiri dan logo sampah....sambutan hari kebangsaan wajib di boikot....biar puak puak UMNO terjun dengan labu labunya....!!!

Posted: 28 Jul 2012 06:26 PM PDT

Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau.

Jadi memang wajar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.
Tema hari kebangsaan ‘Janji Ditepati’ yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat  sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya kerajaan porno ini  terus menggunakan tema ‘Undilan Bn’ sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian.

contoh janji di tepati.....peneroka felda  di khianati....!!!!

Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim UMNO-BN yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi kita , ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah kerajaan yang menindas dan menipu rakyat ..

Kita  harap  semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing.

Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. Jadi kita menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim BN ini .

Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim Bn.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno.

Malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan pihak yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

JAIS tiru gangster UMNO...pecah rumah orang baru tunjuk kad kuasa....!!!!

Posted: 28 Jul 2012 06:01 PM PDT

pengarah dia pun dah ngaku UMNO....memang sah lah perangai samseng dari puak puak lahabau ini....!!!
Kejadian pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memecah masuk rumah seorang mangsa di Ampang Jumaat lalu sebagai merosakkan nama agama Islam.Maksiat yang jelas tidak dicegah, yang tersembunyi pula hendak dicari.

Islam tiada kaitan dgn tindakan seperti itu.Umar bin al-Khattab tidak memecah masuk rumah peminum arak kerana Abd Rahman bin Auf mengingatkannya bahawa Allah larang intip maksiat peribadi,..
Dalam kejadian yang berlaku di Ampang kelmarin, kira-kira hampir sepuluh orang pegawai JAIS memecah masuk rumah seorang penghuni yang dikatakan melakukan maksiat, walhal tidak ada kejadian sebegitu yang berlaku.

Pegawai JAIS itu menggunakan tukul menyebabkan kerosakan teruk kepada pintu pagar rumah mangsa.
Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan bahawa terdapat hak privasi dalam Perkara 5, maka jelas sekali tindakan yang dilakukan oleh pegawai JAIS itu adalah salah dari segi Perlembagaan.

Sekiranya mangsa merasakan bahawa haknya telah dicabul, dia sewajarnya membawa perkara ini ke Mahkamah untuk menuntut supaya kerosakan atau kerugian yang berlaku termasuk saman malu diberi pampasan oleh pihak JAIS.

Walaupun JAIS mempunyai kuasa untuk memecah masuk ke dalam, persoalan yang harus ditujukan adalah adakah permintaan untuk masuk telah dibuat dengan sewajarnya?
Jika mereka langsung tidak memohon masuk dan terus bertindak memecahkan pintu pagar, sudah tentu ianya tidak mengikut prosedur dan boleh dibawa ke Mahkamah..

 

 

JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar

 

AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.

Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.

“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.

“Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja,” kata Razman.

Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

“Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.
“Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka,” kata Razman. -TMI

 

 

penyapu sial

 

JAIS ni masih lagi dikuasi oleh UMNO Selangor, tu pasal perangai pegawai mereka macam perompak.zaman nabi dulu ada ke kejadian macam ini berlaku,cuba baca cara nabi dan para sahabat menangani maksiat. jais ni bertindak supaya kerajaan negeri selangor nampak tak elok dimata pengundi, MB tolong beri perhatian lebih pada JAIS , siasat siapa yang mengarahkan kes ini.....ntah ntah kuncu kuncu hassan ali @ pundek

ini satu lagi tindakan sabotaj dari pegawai atasan di JAIS untuk merosakkan imej dan menyusahkan pentadbiran kerajaan negeri selangor...lebih-lebih lagi apabila sudah dekat dengan PRU 13.... Hancur BN/Umno...!!!

Tiada ulasan: