Muslimeen United |
- Tsunami Politik Sabah Bermula, Bumburing Keluar BN Masuk Pakatan
- MB redah jalan berbukit, iftor bersama Orang Asli
- "Janji Ditepati" Dan Lain-lain Kecuali 1Malaysia Dipadamkan Dari Logo Merdeka
- KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.
- Satria NEO WWW1 Sultan Johor terlibat kemalangan?
- Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor
- PANAS! Uncle Seekers Kembali Mengganas! Jom Baca Catatan Pertama Beliau
Tsunami Politik Sabah Bermula, Bumburing Keluar BN Masuk Pakatan Posted: 29 Jul 2012 08:10 AM PDT Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya. Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)... Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI). "Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah," kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat. Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional. "Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara. "Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya. "Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah. "Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya," kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO). Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri. "Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah," kata Bumburing lagi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat. "Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah. "Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri," katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI |
MB redah jalan berbukit, iftor bersama Orang Asli Posted: 29 Jul 2012 08:07 AM PDT (Tok Guru Nik Aziz gembira bertemu dengan Orang Asli Gua Musang) GUA MUSANG: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempuh perjalanan sejauh kira-kira 100 km dari bandar Gua Musang untuk berbuka puasa bersama penduduk Orang Asli kelmarin. Pos Tuel, Lojing dihuni seramai 40 keluarga Orang Asli, terletak jauh di pedalaman Gua Musang, penduduk bertuah dapat berbuka puasa bersama Menteri Besar. Separuh daripada laluannya menggunakan jalan lori balak. Debu berterbangan ketika dilalui kenderaan. Jalannya terpaksa mendaki dan menuruni bukit bukau. Turut hadir anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Rahim Mat Jusoh dan pemimpin tempatan Gua Musang. Program Ihya Ramadan di Pos Tuel dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dengan kerjasama Maahad Muhammadi Gua Musang julung kali diadakan. Sehari sebelum itu seramai 40 pelajar bersama guru bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di pos berkenaan. Ketibaan rombongan Menteri Besar menaiki kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 5 petang disambut Tok batin dan penduduk tempatan. Mereka kelihatan begitu gembira dapat bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz. "Saya berasa terharu kerana pertama kali sampai di Pos Tuel dan dapat bertemu mata dengan penduduk tempatan. "Walau pun agak letih kerana perjalanan begitu jauh namun saya berasa gembira kerana dapat bertemu penduduk di sini," katanya di majlis tersebut. Biar pun kelihatan Menteri Besar menyampaikan kuliah agama menunggu masa waktu berbuka puasa bersama penduduk. Pada majlis itu Mohd Amar menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk Orang Asli. Mereka sudah lama menganut Islam. Kerajaan negeri juga membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq membabitkan kos kira-kira RM500,000. -Hrkh |
"Janji Ditepati" Dan Lain-lain Kecuali 1Malaysia Dipadamkan Dari Logo Merdeka Posted: 28 Jul 2012 11:15 PM PDT K'jaan ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia' Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham". "Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata di laman Twitter. Ulasan GB Rasanya tak payahlah GB ulas panjang. Hakikatnya, janjinya sudah jelas tidak boleh ditepati. Itulah penjelasan dari hukum kebenaran dan keadilan dimana "Janji Ditepati" itu perlu dipadamkan dari logo kerana ia tidak benar. Tuan/puan juga boleh baca komen-komen menarik yang terdapat di bawah artikel berkenaan. Petikannya: |
KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH. Posted: 28 Jul 2012 05:10 PM PDT Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana... Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN.... iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ... Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya." Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air. WALLAHU A'LAM sumber FB |
Satria NEO WWW1 Sultan Johor terlibat kemalangan? Posted: 28 Jul 2012 04:11 PM PDT Heboh diperkatakan diinternet semenjak semalam kononnya kereta bernombor platekan WWW 1, Proton Staria Neo warna Jingga kepunyaan DYMM Sultan Johor yang penuh diselaputi kontroversi itu, terlibat dalam kemalangan. Nombor plate yang terpaksa beberapa NGO membuat demo tunjuk taat setia dan pihak polis menyerbu pejabat YB Ir Nizar Jamaluddin. Kereta yang ditempel dengan nombor plate paling mahal dalam sejarah negara, RM500,000 itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, Yong Peng menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.30 tgh 28hb Julai 2012 kerana melanggar pengadang jalan. Kereta tersebut dipercayai dipandu dengan laju sehingga gagal dikawal, lalu melanggar pengadang jalan. Setelah admin menjalankan risikan dan siasatan sambil mengamati beberapa keping gambar kereta Proton Satria Neo warna jingga milik Sultan Johor, admin dapati ada perbezaan dari segi rim aloi kereta yang terlibat dengan kemalangan dengan kereta milik Sultan Johor. Sila amati betul-betul beberapa keping gambar yang dimuat naik untuk kita sama-sama analisa. Admin yakin kereta tersebut bukan milik Sultan Johor. Kereta ala-ala mirip Sultan Johor tetapi bukannya milik baginda. Walau bagaimana pun. Pihak Polis Trafik Johor perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab segala sekulasi mengenai kemalangan ini. FIKIR SECARA IKUT HUKUM AKAL LOGIK....KALAU BENAR KERETA YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN ITU MILIK SULTAN JOHOR... MENGAPA TIDAK MEREKA SNAP NOMBOR PLATENYA?. |
Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor Posted: 28 Jul 2012 04:10 PM PDT Krisis air Selangor Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini? Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat? Persoalan ini yang harus difahami dan di kaji secara bijak oleh rakyat Selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja. Krisis air Selangor : Air mentah atau air terawat? Pada permulaan isu ini, pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13. Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah? Ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini. Realiti fakta sebenar ialah Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah, mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja?, dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka. Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor. Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS 'beroperasi di bawah keupayaan', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian "agar rakyat tahu kedudukan sebenar". Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah: * Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar. * Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS. * Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya. Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu. Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1? Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS &K erajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak. Seperti yang telah diperjelaskan di atas, masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi? Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor? Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu? Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air. Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat, tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula, sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor! Krisis air Selangor : Kesimpulanya Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukannya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini. Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor. Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan. -tunhitler |
PANAS! Uncle Seekers Kembali Mengganas! Jom Baca Catatan Pertama Beliau Posted: 28 Jul 2012 04:09 PM PDT Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali."Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu". Untuk mereka yang bersifat begitu, don't worry, aku sentiasa memafkan anda semua. SETERUSNYA |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan