Ahad, 29 Julai 2012

Addin

Addin


Cuba Baca Kenyataan Rais Yatim Nih.. Pelik Kan??

Posted: 29 Jul 2012 09:35 AM PDT



Perhatikan kenyataan Rais Yatim, dalam masa 2 hari beliau boleh beri kemyataan yang berbeza. Cuba ko orang banding kenyataan kat atas dan di bawah nih..





Ini Mungkin Teknik Yang Di Gunakan Untuk Cipta Logo 'Panas' Hari Merdeka

Posted: 29 Jul 2012 07:55 AM PDT

Ramai yang tidak tahu.

Ini ialah satu teknik yang bakal meranap software mencipta logo bahkan pakar2 yang hebat dalam mendesign juga akan tergolek sejurus teknik neh dibongkarkan oleh aku.

Don't worry geng. Aku takan bongkarkan teknik neh menggunakan ebook. Ia adalah percuma untuk korang seme. Khusus untuk pembaca belog neh. Teknik neh akan memudahkan korang dalam mencipta logo. Sudah semestinya korang tak perlu lagi susah2 nak perah otak + tenaga untuk create logo kerana ia kini boleh dilakukan semudah..

A

B

dan

D!

Bukan ABC geng. ABD! Maksudnya tanpa C korang boleh terus pergi ke D! Secepat itulah korang boleh mencipta logo neh. Langkah dan langkau.

Mula2

GOOGLE.

Faham tak

GOOGLE?

Sudah GOOGLE?

BAGUS!

Lepas tue

COPY.

Faham tak?

COPY.

COPY mana2 gambar yang korang sukai.

Dah COPY?

Bagus juga!

Lepas tue

PASTE.

Faham tak?

PASTE.

Sudah PASTE?

Bagus lagi.

Lepas tue

Tacap = Touch Up.

Dah tacap?

GOOOOOOOOD!

Akhirnya inilah hasil yang korang bakal pamerkan. Logo segera untuk kita semua.

Good luck!

Sebelum ; 



Selepas ; 


~sozcyili


Siapa Pereka Uniform Kontigen Olimpik Malaysia? YAHOO Nobat Uniform Terburuk..

Posted: 29 Jul 2012 04:06 AM PDT


Dan tak sangka juga apa yang aku rasa rupanya dirasai oleh orang lain. Disebabkan itulah tak hairan kenapa Yahoo melabelkan pasukan malaysia antara yang mempunyai uniform terburuk sekali di antara kesemua kontinjen yang menyertai kejohanan kali neh.

Lihat kat atas neh ;

Terus terang aku cakap, bukan jalur tue punca utama sebenarnya. Tetapi warna tue. Semacam tak masuk langsung. Oren, kuning dan hitam. Mainan warna tue sebenarnya tak berapa kena. Tak pasti nak cakap macam mana tapi yang pasti memang nampak buruk.

Tak caya?

Sila tengok siaran ulangan berita mengenai nya. Tengok live di tv. Lagi terserlah "keburukkan" nya beb. Tatau lah kenapa.. rasanya menteri2 di malaysia sekarang neh bersatu ahti tak buat kerja kot. Kali neh menteri belia dan sukan pula amek giliran bakal dikutuk.

Lebih mementingkan kpop dan acara hiburan yang langsung tiada faedah kepada sesiapa pun berbanding memantau persiapan pasukan olimpik malaysia ke london akhirnya membuahkan hasil pertama apabila dikutuk mempunyai antara uniform yang terburuk. Lepas neh apa lagi sejarah yang menteri kita nak cipta? Kita tunggu. ~sozcyili

Addin :

Jikalau lagu tema hari merdeka yang kontroversi di cipta oleh Rais Yatim.. teringin jugak nak tau siapa pereka pakaian kontigen Malaysia nih..


Lihat lagi uniform terbaik dan terburuk di sini.


Lihat Nih.. Pembaca Sinar Harian Belasah Umie Aida

Posted: 29 Jul 2012 02:54 AM PDT

Bukan sekali kenyataan dikeluarkan dramatis yang baru berhijrah, Abby Abadi mendatangkan rasa kurang senang rakan artis lain. Seperti dilaporkan sebuah portal, Abby mendakwa artis yang berhijrah sepertinya hanya akan mempunyai pekerjaan jika kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah. Abby yang baru menjadi ahli Pas seumur hidup berkata, ruang mereka untuk berkarya menjadi sempit dan hanya parti itu yang boleh membawa perubahan.

Bagaimanapun, kenyataan Abby mendapat reaksi pelakon popular, Datin Paduka Umie Aida yang menganggapnya cetek pemikiran.

Malah, Umie turut menasihatkan Abby agar tidak menggunakan politik untuk berdakwah.

Sebelum ini, Datuk AC Mical turut berkecil hati dengan Abby kerana dikatakan menghina pasukan polis. ~sinarharian

Addin :

Lihat komen pembaca sinar harian ekoran teguran Umie Aida terhadap Abby Abadi. Baca di print screen di bawah nih..






Atas Desakan Rakyat, Akhirnya Umno BN Setuju Ganti Logo Hari Merdeka

Posted: 28 Jul 2012 11:19 PM PDT


Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata di laman Twitter. ~mkini



Lagu Tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Ada Persamaan Dengan Lagu Gereja Indonesia.. Ini Buktinya

Posted: 28 Jul 2012 09:51 PM PDT


Dari sumber yang memberikan info mengenai lagu yang dinyanyikan di atas ini mendakwa videoclip di atas telah dirakamkan di Bandung, Indonesia.. Dan ianya merupakan satu lagu Ketuhanan masyarakat Kristian..


Bezakan dengan lagu tema bagu Hari Kemerdekaan yang ke 55 di bawah ini...yang hingga ke hari ini telah menerima 6916 'Dislikes'... Jikalau tak percaya dengar dengan teliti video klip di bawah..




Dan bandingkan dengan lagu "Janji Di Tepati"..





Kenyataan Terkini Rais Yatim Berkenaan Logo Merdeka Yang Terburuk Dalam Sejarah

Posted: 28 Jul 2012 09:13 PM PDT

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".   "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.   Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - Bernama


Gempar!! Pusat Tuisyen Guna Karikatur Hina Sahabat Nabi

Posted: 28 Jul 2012 07:32 PM PDT

TANGKAK – Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat,yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda.Nota tersebut didakwa digunakan sebagai bahan rujuan bab Kerajaan Islam di Madinah.Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik.

Sulaiman berkata, Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) telah menerima nota tersebut pada 4 Julai lalu selepas seorang lelaki menyampaikannya kepada salah seorang kakitangan PADL."Sebenarnya, nota ini dijumpai seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tangkak, di tepi longkang sekolahnya."Kemudian pelajar itu menyerahkannya kepada guru agama sekolah terbabit, sebelum diserahkan kepada PADL," katanya.

Menurutnya, berikutan penemuan itu, PADL membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, 26 Julai lalu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.Jelas Sulaiman, beliau juga mahu pusat tuisyen terbabit ditutup dan diberikan amaran manakala tenaga pengajar yang terlibat diminta meminta maaf secara terbuka."Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama Islam ini akan menjadi bertambah serius. 

Ini yang kami jumpa, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk."Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang Islam," katanya kepada Sinar Harian.Sinar Harian difahamkan, Persatuan Imam-imam Daerah Ledang akan membuat laporan polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.Namun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan. ~sh




Tiada ulasan: