Sabtu, 28 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Rakyat Biasa Curi 14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun.....shahrizat dan laki lembunya curi berkondo kondo lembu tak kena apa apa....!!!!

Posted: 28 Jul 2012 05:19 AM PDT

Hajat enam sahabat beraya dengan hasil mencuri lembu tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis. Modus operandi kumpulan tersebut ialah menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di waktu malam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya pada 18 Julai lalu.

Menurutnya, setelah menerima laporan, pihaknya terus membuat siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di Alor Gajah sehari kemudian sekitar 12.40 pagi bersama sebuah lori dipercayai digunakan mengangkut lembu curi.

"Susulan penangkapan suspek pertama polis berjaya menahan lima lagi suspek di Masjid Tanah, Melaka, selain berjaya menemui lapan ekor lembu beberapa jam kemudian.

"Daripada lima suspek yang ditahan itu, empat adalah warga Indonesia. Kesemuanya berumur antara 24 dengan 52 tahun.

"Polis juga percaya dengan tertangkapnya enam suspek ini, tiga kes berjaya diselesaikan, selain percaya kumpulan ini bergiat aktif bermula awal tahun lalu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, kelmarin.

Menurut Encik Din Ahmad, siasatan awal mendapati selain di Batu Pahat, kumpulan terbabit juga telah melakukan kegiatan sama di beberapa kawasan di sekitar Kluang, lapor Sinar Harian.

Katanya, setelah berjaya mencuri ternakan, mereka akan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan jualan dilakukan di pasaran sekitar Melaka.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda

 

 

penyapu sial

 

agak agaknya  la   sepatutnya Shahrizat dipenjarakan berapa tahun? .

Jangan Jadi Penjenayah Berlesen....Ramaikan polis perangi jenayah dan kurangkan intipan politik....!!!!

Posted: 28 Jul 2012 04:49 AM PDT

Kita mahu menteri dalam negeri, Hishamuddin Hussein supaya  menempatkan semula polis bagi memerangi jenayah daripada terus membuat intipan politik.

Kita ingin mengulangi tuntutan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya pegawai-pegawai polis dilantik untuk tujuan memerangi jenayah.Jika perlu, Hishamuddin patut menempatkan semula pegawai-pegawai perisik Cawangan Khas (SB) untuk memerangi jenayah daripada kegiatan mengintip dan mengganggu pemimpin-pemimpin PR.

Jika SB dapat ditempatkan semula untuk menghasilkan lebih daripada 700,000 laporan tentang jenayah dan penjenayah daripada laporan tentang pemimin-pemimpin PR, maka dana rakyat bukan sahaja akan digunakan dengan betul tetapi keyakinan bahawa polis akan menjaga kepentingan awam dan bukan hanya kepentingan politik UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan dihasilkan..

Selain itu kita juga mahu polis membuat penilaian bebas dan tepat mengenai isu jenayah dan tidak bergantung kepada statistik yang dikumpul oleh kerajaan Persekutuan yang hanya bertujuan untuk memuaskan hati orang ramai mengenai statistik yang tidak tepat.

Lebih teruknya, mangsa-mangsa rompakan bukanlah hanya rakyat biasa tetapi juga orang-orang kenamaan dan ahli-ahli politik kebangsaan.Dalam kes-kes terbaru, ahli EXCO Melaka Datuk Latiff Tamby Chik telah mengalami kerugian sebanyak RM200,000, sementara rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long dan jirannya telah dipecah masuk.

Kejadian-kejadian seperti ini menimbulkan perasaan curiga terhadap penurunan indeks jenayah yang diuar-uarkan..

Sehingga kini Hishamuddin masih belum menjawab dakwaan SB menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan politik rakyat Malaysia dengan menggunakan dana dari belanjawan negara tahun ini.

Beliau masih tidak menjawab dakwaan bahawa SB telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan-kegiatan politik rakyat Malaysia dan menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan pada tahun 2010, berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012..

Sekiranya kerajaan BN tidak berubah dan terus menggunakan SB untuk kepentingan mereka, maka rakyat tidak ada pilihan lain selain dari menukar kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan PR akan memastikan fungsi SB adalah untuk membuat risikan ke atas penjenayah dan pelampau yang ingin menggunakan keganasan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara tidak berperlembagaan, dan bukan sebagai senjata terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyertai proses demokratik secara aman..

hina islam dan tipu 1 malaysia....Allah SWT bayar cash....indek jenayah menurun kunun...atau bala yang turun kerana merembat duit rakyat...???

Posted: 27 Jul 2012 04:36 PM PDT

aku dah kata kadar  jenayah turun 100%....kalau rumah ko orang  kena pecah masuk tu...aku rase ko orang silap...aku rase dia orang nak ambil balik reta dia yang ko pinjam tak pulang pulang.....!!!!!

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Latif Tamby Chik kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata ketika kejadian pada 11.45 malam itu di rumah Latif di Jalan Datuk Palembang Bukit Baru di sini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Mas itu tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran manakala isterinya berada di rumah jiran.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30-an itu menggunakan kenderaan mewah dan memakir kenderaan berkenaan di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk rumah itu.

“Ketiga-tiga suspek masuk melalui tingkap di hadapan rumah dengan memecahkan jeriji sebelum menyelongkar rumah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata kehadiran ketiga-tiga lelaki terbabit disedari isteri mangsa yang ingin memasuki rumah itu.

Suspek melarikan diri bersama kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.

Raja Shahrom berkata mangsa kehilangan beberapa barangan kemas, beberapa utas jam tangan berjemana selain wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM200,000.

Beliau berkata kes pecah rumah itu merupakan yang ketiga berlaku sepanjang enam hari berpuasa dan dipercayai dilakukan kumpulan sama.

Kes pertama melibatkan rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long di Taman Sentosa di sini pada Isnin dan kes kedua melibatkan jiran Ahmad pada hari sama.

Sehubungan itu katanya polis Melaka menubuhkan unit khas anti pecah rumah bagi menjejaki anggota sindiket itu dan pihaknya menyeru orang ramai melaporkan kepala polis sekiranya melihat kenderaan mewah yang mencurigakan. — Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

punca jenayah pun dah kat sini....polis sendiri pun dah jadi penjenayah ....belasah orang sesuka hati....!!!

 

Menteri KDN, Pemandu dan KPN bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.

inilah dia dikatakan kadar jenayah turun oleh KDN. Turun kerana banyak kes rompakan, samun, bunuh dan lain - lain yang berlaku keatas semua ahli UMNO. Kali ini saya nak lihat rumah siapa lagi ahli UMNO bakal kena rompak? Saya nak lihat KDN sampai bila tetap nak pertahankan pendirian bahawa kadar jenayah menurun.

Continue dengan kau punya fantasi bahawa kadar jenayah menurun kerana kami orang bermaklumat dan celik IT tak akan terpedaya dengan kenyataan bodoh kau tu KDN alias kerajaan UMNO.

Tiada ulasan: