AdukaTaruna |
Posted: 28 Jul 2012 07:47 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Demo BERSIH 2.0 dulu, gua buat keputusan untuk hadirkan anak sulung gua kerana detik itu adalah berkaitan sangat2 dengan dirinya kelak. Walau dia ketika itu masih dalam perut, kandungan 6 bulan, gua ambil keputusan hadir dengan kaedah paling minima risikonya. Walk 4 Royalty #1, walau ianya juga berkaitan dengan anak gua, gua ambil keputusan tidak membawa anak dan isteri gua. Kerana itu adalah eksperimen. Walk 4 Royalty #2, anak sulung gua hadir bersama adiknya yang masih dalam perut. Ini adalah perjuangan maruah mereka sendiri. Gua tidak mahu anak-anak gua memasukkan abahnya ini, dalam 1 kumpulan yang hanya mengharapkan 1 saluran sahaja. Yakni ketika mengundi, dalam memperjuangkan hak mereka. Tidak. Nauzubillah. Gua tidak sedayus dan selemah itu. Gua pun ada sulur galur keturunan tertentu baka sebelah abah gua. Liputan muka depan oleh Sinar Harian Kelantan. [2] Mesyuarat ROYALTI memutuskan Jeming, Topeng dan Irene Tan adalah Ketua Projek. Yang ditugaskan memaklumkan kepada pihak polis ialah gua. IPD Pengkalan Chepa. Tempat gua serah diri dan bermalam dilokap semasa dituduh menghina Sultan Johor dengan perkataan mampos buat cara mamposla. Sejak Himpunan Berdarah SUK dulu, W4R#2, dan kali ini C4R#1, IPD tu dah macam opis kedua pada gua dan rakan2. 2 hari sebelum program, Presiden R, Abe Yi panggil mesyuarat. Sebab peserta dilaporkan melebihi jangkaan. NGO ROYALTI takda duit ma. Aduss.. Mujurla Abe Yi dan Syam banyak network. Peniaga Kelantan bersepah seluruh Malaysia. Alhamdulillah, yang UMNO pun hulur bantuan belakang tabir. Memang kelihatan muka-muka PAS dalam R, sebab mereka selesa tampilkan diri. Tetapi sebenarnya, soal maruah negeri Kelantan, ianya disokong oleh UMNO Kelantan juga. Kecuali UMNO yang berpihak kepada pusat. Tengah2 meeting, gua dapat panggilan. Nama tak naik. SAMSUNG lampu suluh gua rosak dek anak gua masuk dalam mulut. Mic rosak. Gua sms semula bagitau hp gua rosak. Dibalas sms memperkenalkan diri sebagai ASP Razali IPK Kelantan. Ambil alih kes gua dipukul. Minta hadir IPK jam 9 pagi. Beres gua cakap. Then, tak lama tu, Syam dan Presiden R pun dapat sms dari ASP Razali. Komen Anuar Musa yang menyokong secara tajuk maruah Kelantan. Janji ditepati? Di mana janji ayahmu sendiri? [3] Malam tu buat pertama kalinya anak gua meragam. Menangis tak mo berhenti. Macam2 kaedah gua buat. Tak jalan gak. Last2, start kete, bawa jalan2 sampai sahur. Tak cukup tidur menyebabkan gua sakit kepala. Sampai demam. Lepas Subuh, gua sms ASP tu. Gua tak dapat hadir. Gua tak sihat. Gua membuta sampai Jeming kol gua. Gua dengan kepala ada sikit pusing2, dengan cakap kena jerit2 pasal hp rosak terkejut bila dengar Syam kena tahan di IPK. UMNO buat report atas Akta Hasutan mengenai kempen Royalti. Polis nak geledah rumah Syam cari bukti terutama plak Titah Sultan Kelantan. Ah sudah. Patut pun anak bertuah gua meragam. Asbab tak kasi gua gi IPK. Gua sebagai Ketua Projek W4R terus kol Mat Deny. Sebagai langkah berhati2, Mat Deny bawa lari dokumen2 berkaitan dengan W4R dan NGO Royalti. Gua plak nak blah ke tak? Kalau blah tak selesai masalah. Takan nak tinggal Mak Mertua gua hadapi kot2 polis datang. Dayus plak. Dah la kepala pusing2. Last2 gua ambil keputusan sambung tidur. Alhamdulillah, Syam tidak sehingga direman. Manakala nasib gua tak tentu lagi. Malam tu rakan2 bertungkus-lumus buat persiapan terakhir untuk konvoi, gua tersadai di rumah. Terawih secara telepati terus ke Mekah sana. Jeming menyerahkan bendera kepada peserta yang berdaftar. Terima kasih UTTV kerana memberi kebenaran menggunakan premis. Bersama Abe Jiji dalam keadaan demam. Menunggu TGNA lepaskan konvoi. [4] Pepagi dah bangun. Siap2 nak join Konvoi atau patah semula kalau tak larat. AJK ROYALTI bertungkus-lumus uruskan peserta. Memang luar jangkaan. Sampai motor kecil pun nak follow. Walau tak praktikal, tapi takan kita nak halau? So, gua cakap, motor kecil follow la setakat mampu. Janji utamakan keselamatan. Gua buat kerja2 ringan, sebelum gua tidur dalam kete. Tak kaba apa dah. Tahu2 member kejut yang konvoi nak gerak dah. TGNA dah rasmi. Bini info time gua tidur, member2 ambil gambar untuk bahan fesbuk. Kah3.. berserah jer la.. Ahmad Dhani yang cuba mengejah Miss Irene Tan. [5] Konvoi gerak perlahan2 dan tersangkut2 melalui celah2 ribuan manusia. Dah macam nak g perang dia punya sentimen. Mujur takda orang azan. Tingkap buka sambil lambai2. Ada sorang makcik hulur duit minyak kat anak gua. Anak gua capai dan terus masuk mulut. Tu jer skill yang dia tahu setakat ni. Motor besar jadi marshall. Sekat lampu isyarat. Driver Kelantan memang sporting. Sokong dengan lampu, hon dan lambai. Nak kata kompius dengan TRW tak pula. Bendera R, stiker KONVOI TUNTUT ROYALTI depan bonet masing2 pulanya besar. Gua doa supaya kepala gua ok sket. Dapat la gua tunaikan benda yang menyebabkan anak gua akan berterima kasih kepada abah dan ibunya kelak. Ini soal maruah mereka sendiri. Abe Yi, Presiden R kol gua. Maybe nak make sure gua sihat. Atau nak make sure Mazda lantai simen gua beraksi baik. "Aduka. Kat mana dah tu? Abe Yi kat Nilam Puri dah ni." "Kedai Mulong. Kat sign board kedai Kedai Mulong." "Aaaa?" (tak dengar) "Kedai Mulong!!!" "Aaaa?" "KEDAI MULONGGGGG!!!!!!" "Oooo Tesco. Ok2. Apa2 hal kol." Hambek! Syam bersama TGNA dan Arifahmi. [6] Konvoi makin lama, makin laju. Sampai ada kala cecah 130 km/j. Wah... ini konvoi ke, Explore Race, nih? Pendekkan cerita, bertolak sekitar jam 10.45 am. Sampai Masjid Felda Chiku untuk solat Jumaat 12.15 pm. Settle apa yang patut, bergerak ke Gua Musang. Pusing2 bandar dan terus ke masjid besar atas bukit tu. Asar pun lambat lagi. Gua ambil keputusan mandi dan membuta. Asar dah jamak siap2 dah. Bini dah join muslimah yang ditempatkan di home stay. Foto group pun dah settle. Bangun dari membuta, gua dapati ada gambar gua tidur dengan air kotak yang telah dicucuk strawnya. Niamakahai! Kalau tak Fatah, Ahmad Dhani. Kalau tak Ahmad Dhani, Jeming. 3 ekor ni jer. Kami berbuka dengan ukhwah sekali. Presiden R memang sempoi. Dah jiwa aktivis. Makan pun bersila dengan yang lain2. Lauk daging gear box siap kongsi cubit sorang sikit. Ini bukan soal politik. Ini soal maruah. Berbuka bersama-sama. Renungkan maruah anak-anak kita yang dinjak-injak. [7] Selesai terawikh, ke majlis penyampaian bantuan beras kepada orang layak. Tak seberapa pasal memang takda duit. Hanya harapkan bantuan orang ramai juga. Yang penting, beras yang tak seberapa itu menjalinkan kefahaman mengenai perjuangan R. Pastu makan colek. AJK plak ada perjumpaan dengan Tuan Haji (lupa nama plak). Beliau siap tempah pintu pagar R woo. Presiden diminta sign kat logo R tu. Settle semua, kami ke penginapan. Tidur dalam balai besar. Atas simen. Beralas sejadah, berbantal beras bantuan. Dah macam mangsa banjir dah beb. Baring kat sini, charge hp kat sana-situ. Tapi jahatnya budak2 ni, main2 miskol. Dah tak bleh tidur. Penyampaian sumbangan beras R kepada orang layak Gua Musang. Pintu pagar rumah R yang ditempah khas. [8] Lepas sahur di masjid, solat berjemaah, Presiden R menyampaikan sedikit maklumat mengenai R. Pastu ke balai penginapan semula. Rehat, kemaskan kenderaan dan bergambar. Di sini berlaku sedikit peristiwa lucu. Ketika Syam sibuk lalu-lalang depan speaker Jeming, Jeming membangkitkan persoalan satu beg hitam misteri. Mungkin ada bom, lawak Jeming. Beg hitam itu tidak dituntut sesiapa walau banyak kali diumumkan. Jeming ambil keputusan buka beg untuk umumkan clue. Clue pertama yang diumumkan ialah colek ketiak jenama Dashing. Tiada yang mengaku. Baju R size S. Pun takda mengaku. Spender lelaki kaler pink. Tak mengaku juga. Last2, Syam punya. Jeming punya gelak. Punya sibuk SU ROYALTI sampai tak perasan peristiwa yang berlaku. Memang Syam punya komitmen dalam perjuangan R tak boleh celen. Presiden R menyampaikan maklumat R dalam sesi tazkirah Subuh di Masjid Lembaga. Gua Musang. [9] Selesai bergambar dan doa, pakat2 pulang. Disambut oleh Ostad Teh, Cikgu Halim di Kuala Krai. Round bandar Kuala Krai. Jeming buat speaker conner sambil duduk dalam pajero. Antara ayat Jeming ialah : "Ini bukan jalan-jalan cari makan yer adik-kakak. Ini perjuangan menuntut royalti minyak Klate." Dah macam promosi supermarket dah gua rasa. Kemudian kami teruskan ke bandar Machang. Solat zuhur di situ, bersalaman sesama peserta dan pulang. Sejak asrama dan ke IPT gua dengar dakwaan. Orang Kelantan kalau jumpa orang Kelantan, dia akan tinggalkan kita. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah, orang Kelantan kalau jumpa orang Kelantan, mereka akan malu kecek luar. Kena kecek Kelantan juga. Jadi rakan yang bukan Kelantan ketika itu rasa tersisih sebab tak dapat masuk tajuk. Gua takda masalah pun. Semol de pises jer. Ostad Teh sedang berkongsi idea ketika masjlis sambutan konvoi R di Kuala Krai. Terlentang kepenatan di Masjid Machang. "Weh.. kaki mana bleh mengadap kiblat?" "Dalil ke budaya Melayu jer?" "Tak bleh la. Kepala mengadap kiblat. Hormat sikit." |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan