Sabtu, 28 Julai 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Dia Tiba Tanpa Dibentangkan Permaidani Kuning

Posted: 28 Jul 2012 05:27 AM PDT



Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,
berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat,
memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد '

tanpa dibentang permaidani kuning,
hanya ber-Croc memakai sendiri.
Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,
Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.
Daulat Tuanku kepada الله أكبر
Muhammad V, Sultan untuk umat Islam Malaysia.

Allahuakbar Tuanku.

-fb I ♥ KELANTAN

Lajim Ukin Keluar Umno-APCO Dan Letak Jawatan Dalam Parti Dan Kerajaan!

Posted: 28 Jul 2012 05:26 AM PDT


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti tersebut.

Walaubagaimanapun, Lajim (gambar) yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.

Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Najib Altantuya dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi.

Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.

"Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah," katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.

Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.

Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Najib Altantuya melawat Sabah, Jun lalu.

Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.

Lajim pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.

Dr Asri: Tindakan JAIS Pecah Masuk Rumah Rosakkan Imej Islam

Posted: 28 Jul 2012 05:24 AM PDT


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kejadian pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memecah masuk rumah seorang mangsa di Ampang Jumaat lalu sebagai merosakkan nama agama Islam.

Beliau menjawab soalan yang diajukan kepadanya berkenaan dengan kes pegawai JAIS pecah masuk rumah melalui akaun Twitternya, @realDrMAZA.

"Maksiat yang jelas tidak dicegah, yang tersembunyi pula hendak dicari.

"Islam tiada kaitan dgn tindakan seperti itu.

"Umar bin al-Khattab tidak memecah masuk rumah peminum arak kerana Abd Rahman bin Auf mengingatkannya bahawa Allah larang intip maksiat peribadi," kata Asri (gambar) dalam akaun Twitternya semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Ampang semalam, kira-kira hampir sepuluh orang pegawai JAIS memecah masuk rumah seorang penghuni yang dikatakan melakukan maksiat, walhal tidak ada kejadian sebegitu yang berlaku.

Pegawai JAIS itu menggunakan tukul menyebabkan kerosakan teruk kepada pintu pagar rumah mangsa.

Sementara itu, wakil dari Majlis Peguam dan aktivis "Perlembagaanku", Syahredzan Johan berkata, tindakan JAIS itu adalah sah dari segi undang-undang, menurut Seksyen 18, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang membenarkan pegawainya memecah masuk tanpa waran.

Akan tetapi ia hanya boleh dilakukan sekiranya orang yang disyaki cuba melarikan diri.

Syahredzan berkata, walaupun Enakmen Negeri berkata demikian, undang-undang yang lebih tinggi iaitu Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan bahawa terdapat hak privasi dalam Perkara 5, maka jelas sekali tindakan yang dilakukan oleh pegawai JAIS itu adalah salah dari segi Perlembagaan.

"Sekiranya mangsa merasakan bahawa haknya telah dicabul, dia sewajarnya membawa perkara ini ke Mahkamah untuk menuntut supaya kerosakan atau kerugian yang berlaku diberi pampasan oleh pihak JAIS.

"Walaupun JAIS mempunyai kuasa untuk memecah masuk ke dalam, persoalan yang harus ditujukan adalah adakah permintaan untuk masuk telah dibuat dengan sewajarnya?

"Jika mereka langsung tidak memohon masuk dan terus bertindak memecahkan pintu pagar, sudah tentu ianya tidak mengikut prosedur dan boleh dibawa ke Mahkamah," katanya lagi.

Syahredzan menambah, Enakmen Negeri ini boleh digubal oleh kerajaan negeri, maka sekiranya rakyat mahu ia dibuang, mereka boleh melobi untuk kerajaan negeri mengemukakan usul membuang peraturan ini.

"Ianya boleh dipinda dan dimansuhkan. Jika anda tidak bersetuju, anda harus lobi wakil rakyat anda untuk mengubah undang-undang ini," katanya melalui e-mail kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI

JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar


AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.

Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.

"Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.

"Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.

"Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.

"Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,"
kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.

"Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.

"Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja," kata Razman.

Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

"Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.

"Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka," kata Razman.
-TMI

Subhanallah! Langit Berwarna Ungu Muncul Di Britain

Posted: 28 Jul 2012 05:24 AM PDT

 
Pernahkah anda melihat fenomena langit berwarna ungu? Mungkin ada yang mengatakan ia sebagau satu fenomena yang dikenali dengan nama Aurora dan tentunya sudah banyak diketahui orang. Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh Matahari.  

Namun ini adalah fenomena langit ungu bukan Aurora. Fenomena sangat jarang ditemui ini terjadi di langit Essex, Inggeris. Fenomena di mana zarah dari matahari menyebabkan langit berwarna hijau atau merah memang kerap ditemui di Norway atau utara Skotalandia.

  Namun, pemandangan sangat jarang ditemui di mana langit berubah menjadi ungu terjadi di selatan Inggeris. "Pada mulanya saya tak menyangka akan melihat pemandangan ini. Saat itu benar-benar menakjubkan dan saya tak tahu apa dapat melihatnya lagi di kehidupan saya. Saya sangat senang melihat hasil gambar yang saya ambil saat itu" kata jurugambar Petet Scott (43) yang berjaya melihat fenomena ini di luar bandar. Saat itu, Peter menggunakan kamera Canon DSLR 5D untuk mengambil gambar fenomena langit ungu tersebut.


Subhanallah! Fenomena langit ungu ini jika berlaku di hadapan mata kita sudah tentu ia bagaikan satu pemandangan yang sangat indah. Ia sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Semoga kita dapat menghayati hikmah di sebalik kejadian ini.
-Melayukini.net -

Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda...

Posted: 27 Jul 2012 05:24 PM PDT

Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!
Jangan bertangguh lagi!

*Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu.:-) FB

Tazkirah Ramadhan TG Abdul Hadi Awang dan Ustaz Datuk Tuan Ibrahim

Posted: 27 Jul 2012 05:12 PM PDT



Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN

Posted: 27 Jul 2012 05:11 PM PDT


Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini.

Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini.

Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini.

Berlakunya tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau suratan takdir semata-mata.

Ia adalah perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib.

Dalam pada itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.


Lajim sebelum ini telah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan sudah mengumumkan tidak lagi mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Beaufort yang disandangnya. Sebagaimana Wilfred, Lajim juga sudah dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan mempunyai hubungan yang dingin dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu.

Di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, angin makin kuat bertiup mengatakan bahawa kedua-dua pemimpn itu akan meninggalkan BN dan menyokong PR dalam piliharaya akan datang. Jika Wilfred dikaitkan dengan parti baru, Lajim dikhabarkan kemungkinan akan menyertai Pas atau PKR.

Jika penghijrahan kedua-dua pemimpin itu menjadi nyata, ia tentunya boleh mencetuskan tsunami yang bukan saja boleh merubah senario politik Sabah tetapi juga Malaysia kerana berdasarkan pilihanraya lalu, kemenangan BN banyak disumbangkan oleh jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak.

Kebiasaannya selepas dua pemimpin ini mengumumkan menyertai PR, ia akan disusuli pula pemimpin lain dari pelbagai peringkat pula. Jika ini berlaku, perubahan memang sukar ditahan lagi.

Senario di Sabah yang mahu kepada perubahan juga berikutan limpahan maklumat yang diterima oleh rakyat negeri itu. Bersandarkan senario semasa itu, Pengarah UiTM Sabah, Arnold Puyok meramalkan BN Sabah akan tewas lebih daripada 60 peratus kerusi Parlimennya atau sekurang-kurangnya 14 dari 22 kerusi.

Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO. Atas dasar itu, perubahan kepada PR pula bukanlah sesuatu yang mustahil. Cumanya jika selama ini hanya perubahan peringkat negeri, kali ini ia membabitkan Pusat juga.

UMMO sendiri menyedari hakikat itu. Sebab itu, sebaik tersebarnya berita Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya dan mungkin beralih arah, begitu juga dengan Lajim, segera kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan politik ke Sabah Sabtu ini.

Selain meninjau perkembangan semasa politik di negeri itu, tidak mustahil Muhyiddin akan mencari masa berusaha menemui kedua-dua pemimpin itu bagi memujuknya supaya membatalkan segala hasrat untuk bertalak kasih dengan BN itu. Mungkin pelbagai tawaran dan janji akan dilimpahkan supaya kedua mereka terus kekal bersama BN.

UMNO tentunya menyedari kehilangan 7 hingga 10 kerusi sahaja di Sabah sudah merupakan ancaman besar baginya. Lebih-lebih lagi jika perubahan di Sabah itu turut pula menjangkit ke Sarawak yang turut menyebabkan BN hilang beberapa kerusi lagi di negeri pimpinan Taib Mahmud itu.

Kerana itu kebarangkalian timbulnya elemen yang boleh mencetuskan tsunami di Sabah akan cuba dihalang sedaya upaya sebab kemenangan di Sabah dan Sarawaklah talian hayat terakhir bagi BN untuk mempertahankan kuasa.

Jika Wilfred dan Lajim dapat dipujuk, tsunami politik di Sabah mungkin dapat dikurangkan kesannya dan harapan BN untuk terus berkuasa masih ada.

Cumanya, adakah masih laku segala pujuk rayu disisi Wilfred dan Lajim yang sudah dikira veteran dalam politik Sabah itu? -Shahbudin Hussin

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan: