pemuda cheh |
Bukti Coca-Cola Mengandungi Alkohol Posted: 05 Jul 2012 05:06 PM PDT Menurut kajian dan ujian terbaru yang dilakukan Institute Pengguna Kebangsaan Paris, minuman soda terkenal berasal dari Amerika Coca-Cola mengandungi alkohol. INC yang berpusat di Paris itu mengatakan, selain Coca-Cola tanda Pepsi Cola juga mengandungi alkohol. Berita yang cukup mengejutkan ini dikeluarkan Press TV pada Sabtu 30 Jun 2012 lalu. Majalah Perancis "60 Million Consumer" menerbitkan hasil ujian yang mengatakan bahawa tahap alkohol yang terdapat pada Coca-Cola adalah 10 mg per liter atau kira-kira 0,001 peratus alkohol. Ujian itu juga menunjukkan "adanya unsur tertentu, seperti hidrokarbon yang dikenali sebagai alergen." Bahan kontroversi lain yang terkandung dalam Coca-Cola adalah asam fosfat, pemanis atau pewarna E150d (karamel amonia sulfit). Bahan-bahan itu baru saja disenaraikan oleh Negara Negeri di California sebagai berbahaya bagi kesihatan. Coca-Cola dan Pepsi Cola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan bahan-bahan itu dalam produk mereka di Amerika Syarikat. Survey juga mendedahkan bahawa jumlah gula yang tinggi terdapat dalam minuman tersebut, antara 17 dan 19 potong gula satu liternya. Berita ini tentu meresahkan pengguna Islam, kerana Islam melarang tegas minuman beralkohol. |
Posted: 05 Jul 2012 04:16 PM PDT Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada dunia politik sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dibantah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah pemimpin utama sekutu pembangkang itu mahu Anwar meneruskan perjuangannya dalam bidang politik. "Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times yang mengakui menimbang untuk bersara dan kembali kepada kerjaya asalnya sebelum menyertai politik iaitu menjadi pendidik. Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Mengulas lanjut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Anwar tetap boleh menggunakan medan politik untuk meneruskan minatnya sebagai pendidik. "Hakikatnya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik (universiti) mengajar mahasiswa," katanya. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan