Anak Sungai Derhaka |
- Uncle Seekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo?.. biar betul...
- Uncle Seekers positif dadah - Polis Johor
- Tak bertanggung jawabnya kenyataan Menteri ni...
- Kenyataan dari Tony Pua ini membuktikan anak Chua Soi Lek dah pamirkan kebodohannya kepada umum...
- JAKIM nak sabotaj Najib kah ini?
- Akhbar Kanada lapor Najib tangguh PRU kerana kes Scorpene.
Uncle Seekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo?.. biar betul... Posted: 06 Jul 2012 08:01 AM PDT Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri "Sultan Johor atau Kerabatnya?", tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq. Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk "Umno dibelakang Uncleseekers?". Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor. Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!! Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers? Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan? Dalam posting sebelum ini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat . Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers. Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja? Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata.."berani buat, berani tanggung la.". Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. "Sendiri buat, sendiri tanggung la." Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor." Apakah kita juga akan berkata, "mampuih pi kat dia la."? Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI ) Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo |
Uncle Seekers positif dadah - Polis Johor Posted: 06 Jul 2012 05:01 AM PDT Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu. Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari. Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru . Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sinar Harian |
Tak bertanggung jawabnya kenyataan Menteri ni... Posted: 06 Jul 2012 04:31 AM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar. GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar". Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu. "Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan. "Yang jadi penentuan (ialah) sama ada (guna) budi bicara (beliau) untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak. "Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya. Ahmad Syukri yang juga koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam Twitternya malam tadi. Tertanya-tanya langkah menteri Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku" ketika mengulas tweet seorang pengguna lain berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops..." Ahmad Syukri menggesa Hishammuddin mencontohi amalan di negara luar seperti Carlifonia yang menubuhkan jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah mogok lapar di penjara Pelican Bay. "Tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut menteri kita begitu (mengenai lamb chops)," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan pendedahan dan tekanan terhadap kerajaan membebaskan tahanan kerana "itu sahaja pilihan yang ada". Mengulas sikap diam Hishammuddin daripada mengulas isu mogok lapar, Ahmad Syukri berkata hal demikian menunjukkan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikannya. Bahkan, tambahnya, semua pihak tertanya-tanya kini mengenai tindakan kerajaan sama ada untuk membebaskan awal tahanan atau menilai situasi tahanan dalam kem tersebut setakat ini. "Adakah ada satu jawatankuasa atau satu badan khas ditubuhkan untuk melihat (kes itu) atau menilai untuk membebaskan awal atau tidak. "Langsung (tidak ada). Semua orang tertanya-tanya apa yang Kementerian Dalam Negeri buat," kata Ahmad Syukri. Malaysiakini |
Kenyataan dari Tony Pua ini membuktikan anak Chua Soi Lek dah pamirkan kebodohannya kepada umum... Posted: 06 Jul 2012 12:53 AM PDT Selasa lalu anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong yang meniru pendekatan yang dibawa oleh PKR melalui Rafizi dalam mendedahkan salah laku atau penyelewengan pemimpin UMNO/BN telah mendedahkan kononnya Kerajaan Selangor telah menyelamtkan Talam.. Dalam pendedahan itu MCA mendedahkan dokumen yang kononnya menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit. Jika sebelum dibuat pendedahan anak Soi Lek ini berkata jumlah Scandal adalah RM1 Billion.. tapi dalam sidang Media itu jumlahnya menjadi RM260 Juta pula.. mungkin kerana tak tahu baca akaun agaknya.. Dan penjelasan oleh Tony Pua ini membuktikan anak Chua Soi Lek itu sememangnya tidak tahu baca akaun dan anak Chua Soil Lek dah buat kerja bodoh... Ha..ha..ha.. kerja bodoh macam ni pun ada pencacai UMNO dah percaya... korang tengok dalam komen-komen yang ada di ( SINI )
|
JAKIM nak sabotaj Najib kah ini? Posted: 05 Jul 2012 09:20 PM PDT Nampak sangat Najib ni buat kerja membuta tuli hanya kerana nak kejar populariti.. main lancar saja apapun tanpa mengetahui atau menyelidiki apa yang hendak dilancarkannya itu.. Sia-sia saja bayar berpuluh juta RM kepada Yahudi dari APCO itu... tapi.. Yahudi peduli apa? Jakim timbang haram novel dilancar Najib Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah. Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu. ''Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti. "Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu. Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis. Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya. Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu. Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan Islam di Asia Tenggara. Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin. Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis. "Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai. Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu. Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah. Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya. Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra. Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama. Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB. Malaysiakini |
Akhbar Kanada lapor Najib tangguh PRU kerana kes Scorpene. Posted: 05 Jul 2012 05:00 PM PDT Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia. "Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan. "Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel. "Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia. "Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik. 7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris. Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan - Keadilandaily Ini laporannya...
|
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan