Aku Budak Balun |
- Sah! Kerajaan PR Selangor Seleweng!
- Angkuh Seorang Diktator Tua.. Che Det
- Solat Yang Tidak Diterima Allah SWT
Sah! Kerajaan PR Selangor Seleweng! Posted: 06 Jul 2012 03:00 AM PDT Pelik lagi memelikkan! Pada teman.. Tindakan saman adalah antara tindakan terbaik kerana masing-masing akan berpeluang untuk berhujah! baik yang menuduh mahupun tang tertuduh! Apa motifnya NGO SERANG ni? (nama pun pelik!) Saman bukti Kerajaan Negeri tidak telus? Aikk? Kelirunya jiwa dan minda mereka! Tuduhan yang dibuat oleh UMNO ni bukannya boleh dijawab di media utama Malaysia pun! So, apa lagi caranya? Mengaku bulat-bulat? Najib sendiri sampai sekarang tak mengaku kenal Altantuya der!! Politik fitnah ni semua orang tahu UMNO memang juaranya! Pada UMNO betul atau salah hal kedua.. kerana.. penipuan yang diulang-diulang nescaya akan jadi seperti benar dihati rakyat! Especially golongan yang buta maklumat dan lembab fikiran.. Setiap tuduhan yang dibuat oleh UMNO di media adakah ada diberikan ruang untuk PR menjawab? Takde kan? So? Mahkamah adalah jalan terbaik dalam situasi sebegini! errr.. Utusan dan TV3 tak komen langsung pasal YB Khalid Samad dan Yb Lim Guan Eng menang saman ke atas Utusan ye? I wonder why laaaaaa!! muahahahahah! budakbalun 06072012 Tindakan saman bukti kerajaan negeri tidak telus SHAH ALAM 5 Julai - Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) tidak menolak kemungkinan hasrat kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menyaman MCA seolah-olah satu cubaan untuk menutup mulut pelbagai pihak daripada terus mempersoalkan dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion di sebalik pengambilalihan hutang dan aset Talam Corporation Bhd. (Talam), dua tahun lalu. Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, meskipun kerajaan negeri berhak untuk berbuat demikian, namun ia dilihat tidak menggambarkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang kononnya diamalkan dalam pentadbiran mereka. Katanya, jika kerajaan negeri mengamalkan dua prinsip tersebut, mereka sepatutnya mendedahkan butiran terperinci mengenai transaksi pengambilalihan hutang dan aset syarikat tersebut sebagai menjawab segala dakwaan serta persoalan yang dilemparkan mengenai isu tersebut kepada rakyat negeri ini.-utusan |
Angkuh Seorang Diktator Tua.. Che Det Posted: 06 Jul 2012 01:46 AM PDT Hari tu dia suruh Tuan Guru Nik Aziz bersara.. Hari ni dia suruh Anwar Ibrahim pulak bersara.. Dan kenyataan angkuhnya bermula apabila dia meminta agar Anwar Ibrahim ini diberi menjadi Perdana Menteri selama 5 hari untuk bagi 'merasa' katanya! Angkuh sungguh tuturmu duhai orang tua.. sombong sungguh kenyataan mu itu.. tahukan kamu.. sombong itu hanya milik Allah SWT? Takabbur itu hanya milik Allah SWT! Sesungguhnya hanya Allah! Dia lah yang Maha Takabbur! Mari rakyat Malaysia! Kita nyahkan UMNO-Barisan Nasional yang angkuh dan sombong ini! budakbalun 06072012 Anwar patut bersara sekarang, kata Mahathir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini. Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri. Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar. Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara. "Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya. |
Solat Yang Tidak Diterima Allah SWT Posted: 05 Jul 2012 08:16 PM PDT 10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan