Pahang Daily Online |
- Panas: SUKMA XV Pahang Hancur Gara-Gara Ada Pihak Yang Berbalah "Rebut Projek" Untuk Kroni!
- Husam Musa: Penerangan Isu Lebuh Raya Rakyat
- Gempar: Lagi Lelaki Mengamuk, Kali Ini Di Dalam Premis "7 Eleven Di Temerloh" Awal Pagi Semalam
- Panas: Polis "Kenal Pasti Individu" Hantar Lelaki Amuk Di "Bangunan JPM Putrajaya" Isnin Lepas!
- Himpunan Oren: Polis Tidak Benarkan Penganjur Guna Jalan Duta Untuk Berarak Ke Istana Negara
Panas: SUKMA XV Pahang Hancur Gara-Gara Ada Pihak Yang Berbalah "Rebut Projek" Untuk Kroni! Posted: 12 Jul 2012 01:53 AM PDT Apa sudah jadi dengan Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 yang sedang berlangsung di sini sekarang. Biar pun kejohanan sudah bermula 7 Julai lalu dan akan berakhir beberapa hari lagi, kini timbul berbagai cerita panas berkenaan sukan terbesar di Malaysia itu. Kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Amad Shah terhadap Komplek Akuatik Indera Mahkota yang dikatakan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan kini bagai menguatkan lagi kisah betapa SUKMA XV kali ini telah gagal sebenarnya. Apa masalah yang berlaku hingga banyak masalah timbul sepanjang kejohanan ini. Pahang bukan kali pertama menjadi tuan rumah, sebelum ini iaitu pada tahun 1996 sukan yang sama pernah diadakan di negeri ini. Maknanya, Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai pengalaman penganjuran kali kedua sukan ini. Persoalannya, kenapa banyak masalah timbul. Cerita panas tentang kebocoran bumbung pusat media di Wisma Belia Indera Mahkota, kelewatan menyiapkan padang golf di Pekan hingga memaksa acara itu berpindah lokasi dan banyak lagi. Pendek kata macam-macam isu timbul dan ia sedikit mencalarkan imej sekreteriat SUKMA XV kali ini. Malah ada cerita mengatakan kenapa banyak vanue sukan gagal disiapkan menjelang sukan tersebut ialah kerana perubatan projek oleh pihak yang memilih kontraktor. Difahamkan ada tiga pihak yang masuk campur untuk memilih kontraktor hingga menyebabkan ada yang telah disenaraikan akhirnya ditukar dengan yang lain oleh pihak berkenaan. Bukan sahaja vanue sukan gagal disiapkan, malahan juga banyak kemudahan yang tidak sepatutnya lewat seperti pintu gerbang, menara jam serta yang lainnya juga gagal disiapkan. Kenapa ini harus berlaku di negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri?. Bukankah senario ini telah memalukan Kerajaan Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang termasuk Perdana Menteri sebenarnya. Wajarkan pihak berkenaan berebut projek hingga memberikannya kepada kontraktor yang tidak berwibawa hanya kerana mempunyai pertalian rapat (ahli keluarga dan saudara) pemimpin tertentu. Inilah masalah yang berlaku dan telah menjejaskan imej Pahang Darul Makmur selaku tuan rumah pada kali ini. Bukti, Menara Jam di hadapan Komplek Teruntum kini terbengkalai terus Laporan kemurkaan Tengku Mahkota Pahang terhadap vanue sukan renang |
Husam Musa: Penerangan Isu Lebuh Raya Rakyat Posted: 11 Jul 2012 11:30 PM PDT |
Gempar: Lagi Lelaki Mengamuk, Kali Ini Di Dalam Premis "7 Eleven Di Temerloh" Awal Pagi Semalam Posted: 11 Jul 2012 09:33 AM PDT TEMERLOH, 12 Julai - Seorang warga Indonesia dipercayai telah mengamuk di dalam sebuah premis 7 Eleven dekat sini sekitar jam 3.00 hingga 4.00 pagi tadi. Beliau dipercayai mengamuk selepas menghidu gam di sebuah stesen minyak berhampiran (Petronas Semantan) sebelum berkeliaran hingga ke premis terbabit. Difahamkan beliau telah masuk ke premis itu dan telah menyelongkar barangan jualan sesuka hatinya. Ketika kejadian terdapat beberapa orang pekerja di dalam premis terbabit, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dan bimbang lelaki itu bertindak agreasif terhadap diri masing-masing. Tambahan pula ketika itu lelaki berkenaan sedang memegang sebatang kayu. Mujurlah ketika kejadian beberapa orang penduduk tempatan telah masuk ke premis itu serta meleraikan keadaan tersebut. [Nampaknya, selepas kejadian amukan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya baru-baru ini, maka semakin menjadi-jadi pula kes seperti itu di mana-mana. Apapun, mujurlah dalam kes di Temerloh ini lelaki terbabit tidak membawa senjata api yang boleh membahaya keselamatan orang ramai. Semua pihak digesa lebi berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi di mana-mana. Mereka yang mahu mengamuk kini sudah takut lagi dengan pihak berkuasa dan mengganggap negara ini mereka yang punya. Harapan kita semoga pihak polis dapat mengetatkan lagi tahap keselamatan rakyat agar mereka tidak terus hidup dalam ketakutan selepas ini. Maklumat dan video di atas dipetik dari laman sembang sosial facebook (FB) Ahmad Nizam Hamid iaitu Ketua Cabang PKR Temerloh]. |
Panas: Polis "Kenal Pasti Individu" Hantar Lelaki Amuk Di "Bangunan JPM Putrajaya" Isnin Lepas! Posted: 11 Jul 2012 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai - Polis telah berjaya mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid (foto) berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan. "Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu. Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya. Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut UIAM, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat dekat hospital sama. |
Himpunan Oren: Polis Tidak Benarkan Penganjur Guna Jalan Duta Untuk Berarak Ke Istana Negara Posted: 11 Jul 2012 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai - Polis tidak benarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Sabtu ini berikutan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan (foto) berkata, penggunaan Jalan Duta bagi tujuan perarakan menuju ke Istana Negara juga tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan. "Keadaan lalu lintas di jalan ini dilihat boleh mendatangkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan peserta dan pengguna jalan raya yang lain. "Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa Istana Negara diwartakan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya. Zakaria berkata, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada penganjur dalam dua pertemuan pada Jumaat dan Isnin lepas. Penganjur, Gerakan Selamatkan Felda (GSF), berhasrat mengadakan perhimpunan pada pukul 2 petang Sabtu ini dan meminta peserta berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Istana Negara melalui Jalan Duta. Himpunan Oren itu kononnya bertujuan serahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia baru-baru ini. |
Posted: 11 Jul 2012 02:20 AM PDT Saudara S.Arutchelvan ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) |
Posted: 10 Jul 2012 09:02 PM PDT Ustaz Nasrun Amir adalah Yang Di Pertua PAS bagi Kawasan Indera Mahkota Vincent Jiam, salah seorang pemimpin yang begitu komitmen bantah Lynas |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan