Khamis, 12 Julai 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Jangan disempit jalan dakwah (12/7/12)

Posted: 11 Jul 2012 09:35 PM PDT


Inilah notisnya yang telah mencetuskan kontroversi sehingga ada arahan untuk menarik balik ia. Ada pula pemimpin yang mendakwa notis larangan itu diusulkan oleh ahli majlis yang "pelampau".

Saya tidak nampak janggal, ganjil atau apa masalah dengan notis ini sebab ianya sama sahaja dengan notis yang terletak di premis kedai judi berlesen yang menjual judi tikam nombor. Atas arahan Kementerian Kewangan yang melesenkan premis berkenaan ada notis yang melarang umat Islam dari membeli nombor di kedai berkenaan kerana judi adalah "haram".

Yang penting ia memberi nasihat kepada pengunjung yang beragama Islam sahaja, yang sedia tahu bahawa mereka HARAM bersama yang bukan muhrim dalam keadaan begitu (di panggung wayang). Tidakkah ini suatu mesej dakwah yang berhikmah dan selari dengan firman Allah swt dalam surah an Nahl: 125:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk

Almarhum Prof Hamka di dalam Tafsir al Azharnya membuat kesimpulan bahawa HIKMAH itu merujuk kepada sifat kebijaksanaan. Ertinya seorang pendakwah yang berhikmah ialah pendakwah yang berdakwah secara bijaksana dengan menggunakan akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih untuk menarik minat dan perhatian golongan sasaran kepada ajaran Islam.
Memanglah soal tafsiran ini seribu satu pendekatan dan sudut boleh diambil tetapi sekurang-kurangnya jangan lari dari maksud asal.

Apa pun jelas ahli majlis di MDKS telah menjalankan tugas mereka sebagai ahli majlis yang memikirkan maslahah umum dan keperluan syarak. Siapa pun boleh arahkan ditarik balik, dicampak atau dibuang keputusan itu, yang penting ahli majlis berkenaan telah menjalankan tanggungjawabnya kerana beliau nanti akan bertanggungjawab pula di hadapan Qadhi Rabbul Jalil, apakah yang telah beliau lakukan apabila diberi amanah di atas dunia ini.
Janganlah disempitkan peranan dakwah kita atas apa kepentingan sekalipun. Semoga yang hak mendapat tempat dan yang batil kecundang.

Tiada ulasan: