Anak Sungai Derhaka |
- Uncle Seekers ditahan semula hari ini dibawah Akta Hasutan yang Najib mansuhkan semalam..
- Tahniah Tun Faisal.. Inilah hasil kebodohan anda..
- Utusan siar berita dari sumber palsu sekali lagi..
- Lagi kejadian amuk.. kali ini di Pahang pula..
- Mukhriz kerah Anak-anak Kedah di UiTM Pulau Pinang hadir ke majlisnya..
Uncle Seekers ditahan semula hari ini dibawah Akta Hasutan yang Najib mansuhkan semalam.. Posted: 12 Jul 2012 06:20 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional semalam. Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini - myMetro Tetapi hari ini.. sekali lagi Najib dibuktikan bercakap tak serupa bikin atau mungkin juga cakapnya itu langsung tidak diambil peduli oleh PDRM. Sama juga seperti ISA yang diumumkan kononnya dimansuhkan padahal masih ada lagi tangkapan dan penahanan dibawah akta tersebut.. begitu juga dengan Akta Hasutan 1948.. Semalam Uncle Seekers dibebaskan selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.. Bagaimanapun hari ini.. beliau ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang Najib umumkan akan dimansuhkan semalam.. Memang 'Demokrat Palsu' si Najib nih! cakap nak hapuskan tapi tidak hapuskan.. cuma tukar nama saja contohnya penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012... Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan | ||
Tahniah Tun Faisal.. Inilah hasil kebodohan anda.. Posted: 12 Jul 2012 01:25 AM PDT Bersamalah kita seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat tak kira walau dimana berada mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi UMB Tun Faisal.. Gara-gara kebodohannya kini seseorang yang selama ini berada diatas pagar sudah tergerak hatinya untuk turut menentang UMNO... Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan. Dalam tulisan bertajuk "Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja", Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati. Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu. Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin. "Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman," tulis beliau lagi. Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad. Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu. "Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat," kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA. Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah. Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa. "Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan " kata Dr Asri. Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu. Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter. "Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?" tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal. Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik. "Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan. "Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut," jawab Dr Asri. Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar. | ||
Utusan siar berita dari sumber palsu sekali lagi.. Posted: 11 Jul 2012 10:07 PM PDT Sekali lagi Utusan menyiarkan artikel dari suarapakatanrakyat.com yang didakwa sebagai sebuah Blog Pro Pakatan Rakyat.. Mungkin pada kali pertama menyiarkan yang dikutip dari blog tersebut ianya kurang menyakinkan pembaca mereka bahawa blog tersebut adalah pro Pakatan Rakyat maka sekali lagi perkara ini ditekankan oleh mereka untuk lebih menyakinkan pembacanya. Hanya pihak Utusan yang meletakkan blog tersebut sebagai Blog propembangkang sedangkan Blog tesebut tidak diketahui milik siapa danterdapat dua gambar memaparkan yang boleh dipertikaikan oleh penyokong Pakatan dipaparkan dalam blog tersebut.. Ini gambarnya.. Korang pernah tengok ke dalam ratusan blog pro Pakatan Rakyat, Anwar dan Ambiga dilabelkan sebagaimana yang telah mereka labelkan di atas? Blog tersebut dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebuah Blog yang dibangunkan oleh pihak BN menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai namanya untuk mengabui mata masyarakat. Dan Utusan digunakan sebagai penyambung fitnah memandangkan mereka sudah biasa menyebar fitnah.. dah berapa kali kena saman pun tak seruk-serik lagi.. Baca apa penjelasan Guan Eng mengenai perkara ini di bawah.. Sebelum itu.. aku tertarik dengan kenyataan ini.. Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.Dokumen??? kah..kah..kah.. ada ke dokumen dari mesyuarat Biro Politik Parti dibenarkan dibawa keluar dari bilik mesyuarat?? Lagipun setahu aku.. hingga sekarang satu nama pun belum disahkan atau ditetapkan lagi sebagai calon oleh baik PAS, DAP mahupun PKR sendiri..
Pasal suarapakatanrakyat.com tu korang bacalah kat MiLo SuaM ni apa yang dia jelaskan, aku malas nak tulis.. baca di sini ( MiLo SuaM ) | ||
Lagi kejadian amuk.. kali ini di Pahang pula.. Posted: 11 Jul 2012 07:09 PM PDT Lagi kejadian amuk dilaporkan berlaku.. bagaimanapun ianya bukanlah di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dan Najib tak perlulah rasa takut untuk ke pejabatnya.. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah 7 Eleven di bandar Temerloh, Pahang negeri asal Najib dimana seorang warga Indonesia dilaporkan telah masuk ke situ dan menyelerakkan barang-barang di dalam premis tersebut. Lelaki tersebut dikatakan telah memasuki premis itu dengan membawa bersama sebatang kayu dan tindakannya menyelerakkan barang-barang dalam premis itu hanya mampu diperhatikan oleh pekerja yang ada kerana khuatir akan keselamatan mereka. Dipercayai kejadian berlaku setelah lelaki itu hilang kewarasan akibat menghidu gam sebelum memasuki premis itu. Tindakan lelaki warga Indonesia itu telah dihentikan oleh sekumpulan pemuda yang berada berhampiran premis itu.. Lihat video di bawah.. lembik Mat Indon tu kena belasah... | ||
Mukhriz kerah Anak-anak Kedah di UiTM Pulau Pinang hadir ke majlisnya.. Posted: 11 Jul 2012 05:00 PM PDT Aku ingatkan hanya Najib dan dan Muhyiddin yang terpaksa mengeluarkan pekeliling untuk mengerah seramai mungkin kakitangan kerajaan ke majlis-majlis mereka.. anak Mahathir ni pun sama jugak.. Terdesaknya si Mukhriz ni nak jadi MB Kedah nampaknya.. Setelah dilakukan perjumpaan secara sulit dengan Ketua-ketua Kampung dari Majlis Ketua-ketua Kampung Kedah (MKK) di Parit Buntar bulan lepas.. semalam berjumpa pula dia dengan anak-anak Kedah di UiTM Pulau Pinang. Perjumpaan sulit itu telah dilakukan disebuah Hotel, di Parit Buntar, Perak, luar dari negeri Kedah kononnya untuk mengelakkan dari dihidu oleh Mat Bashah yang juga nak jadi MB Kedah. Dengar cerita ada habuan yang dijanjikan untuk Ketua-ketua Kampung itu yang majoritinya dari PAS agak lumayan juga dan status rundingan masih belum diputuskan berapakah jumlahnya.. Jika dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dari MKK itu mereka ditawarkan imbuhan untuk menyokongnya.. dengan pelajar ini pula tiada imbuhan tapi paksaan tengok kat bawah ni.. Apa yang tertulis ialah satu kenyataan berupa amaran iaitu " Pelajar yang lahir di Kedah DIMESTIKAN hadir pada hari tersebut, tindakan akan diambil sekiranya pelajar tidak hadir tanpa sebab" Dan ini yang Admin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang tulis.. Bukan saja pelajar yang menjadi mangsa malah para pensyarah juga dipaksa memberi kebenaran kepada pelajar untuk hadir.. Kalau pelajar yang tak hadir akan dikenakan tindakan.. Pensyarah pun sudah pasti tak akan terlepas dari tindakan.. Tapi dengar cerita ramai juga yang tak hingin nak hadir dengar kempen si Mukhriz tu… Kenyataan di atas tu aku ambil dari FB Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang.. tengok di bawah ni..
Kesian dia.. terdesak sungguh naj jadi MB Kedah nampaknya.. Kalau bukan nak berkempen.. apa guna seorang Timbalan Menteri Perdagangan berjumpa dengan Mahasiswa.. Eh?? sejak bila Mahasiswa dibenarkan berpolitik ni? Sayangnya YB yang aku minta tolong hantar orang pergi monitor perjumpaan Mukhriz dengan Ketua-ketua Kampung dari MKK tu cuma jawab... 'Noted' kat aku.. tapi tak ada action.. kalau tidak kan lebih meriah.. Woit YB!! lepas PRU13 ni hang tak mau jadi YB dah ka? Orang mintak tolong sikitpun tak boleh? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan