Rabu, 18 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jika Najib jujur dan berani, sudah lama hidup kita aman makmur

Posted: 18 Jul 2012 09:49 PM PDT

Oleh Adil Mat Selamat
19 July 2012

Kekecewaan rakyat kepada Barisan Nasional ditunjukkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu. Namun adakah kekecewaan rakyat ini sudah terubat apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib Razak pula mengambil alih dengan memukul canang transformasi?
Jawapannya mungkin perlu ditunggu pada keputusan PRU ke-13 kelak. Tetapi, dalam tempoh 3 tahun Najib mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, kita boleh melihat dan menilai sejauh mana iltizam politik beliau telah dterjemahkan dengan jujur.

Politik populis Najib

Najib kini menjemput rakyat memberi pandangan dan saranan dalam merangka belanjawan negara tahun 2013 yang akan dibentangkan kelak.

Kerja menjemput rakyat agar memberi saranan tersebut pastilah dengan niat mahu menonjolkan imej BN dan Najib yang kononnya prihatin dan mengutamakan rakyat, ini jelas dapat dilihat.
Jika BN mengatakan bahawa dasar dan rancangan di dalam Buku Jingga – tawaran Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia – adalah mengarut dan hanya bersifat populis, sekarang bagaimana pula dengan tindakan Najib ini? Bukankah ini juga ingin meraih populariti semata-mata?
Hakikatnya, kaedah ini dilaksanakan dalam suasana menjelang pilihan raya. Soalnya, mengapa tahun-tahun sebelum ini, tidak dilaksanakan kaedah ini? Nampak sangat nak populariti.

Dan sebagai perbandingan, Buku Jingga dilancarkan selepas PRU 2008. Dari aspek ini sahaja sudah jelas menunjukkan keikhlasan PR dalam membentuk dasar yang baik buat rakyat Malaysia.

PR tidak menunggu waktu pilihan raya untuk menawarkan dasar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia. Sebaik saja Pakatan Rakyat Berjaya dibentuk, terus sahaja Buku Jingga dilancarkan, tanpa rasa takut dan bimbang ia akan dikritik, dikeji dan difitnah oleh BN.
Kalau Najib jujur, tunaikan saja tuntutan rakyat

Jika benarlah Najib mahu mendengar saranan rakyat, laksanakanlah 8 tuntutan Bersih, laksanakanlah reformasi perkhidmatan polis, tutuplah kem tahanan tanpa bicara ISA di Kamunting serta bebaskan tahanan atau bicarakan mereka di mahkamah terbuka, hapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk bebaskan media, tutup loji Lynas di Pahang dan mansuhkan tol yang membebankan rakyat.

Jika janji-janji ini pun tidak mampu dilaksanakan, adakah rakyat masih ingin menaruh harapan bahawa segala saranan mereka dalam belanjawan 2013 ini nanti sanggup dilaksanakan oleh Najib dan BN?

Jangan sekadar jual tiket perlawanan bolasepak dengan harga RM10 atau buka kedai kain 1Malaysia atau bagi baucar tayar teksi. Itu semua bunyinya seperti rasuah atau gula-gula politik, menghina akal rakyat Malaysia.

Ahli-ahli UMNO pun jadi mangsa pemimpin sendiri

Pemimpin BN, khususnya UMNO mungkin memang mudah lupa atau buat-buat lupa, tetapi ahli-ahli UMNO yang lain tidaklah seperti pemimpin elit mereka. Ramai ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan pasti dapat menilai kejujuran BN dan Najib dalam mengotakan janji-janji mereka.
Mereka juga sedar bahawa salah guna kuasa dan rasuah pemimpin atasan turut memberi kesan kepada ekonomi keluarga. Mangsa kerakusan para pemimpin UMNO dan BN bukan hanya di kalangan penyokong Pakatan tetapi juga semua rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO.
Penuhi saja tuntutan rakyat, barulah boleh kata "janji ditepati"

Berbalik kepada tuntutan rakyat, belanjawan 2013 perlu:

* Menghapuskan sama sekali amalan pemberian permit teksi kepada syarikat kroni, sebaliknya diberi terus kepada setiap pemandu teksi yang layak;

* Menurunkan harga minyak RON 95 (yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia) kepada RM1, yang akan membolehkan Najib melancarkan kempen minyak petrol RM1 Malaysia (atau lebih baik lagi, tambah subsidi yang lebih adil kerana minyak adalah keperluan semua rakyat);

* Menutup kem Kamunting dan menghentikan dana operasi kem tersebut yang menjadi peringatan kepada kita semua tentang salah guna kuasa kerajaan BN dan Perikatan sebelumnya; dan

* Menghapuskan Akta Hasutan tanpa perlu apa-apa undang-undang menggantikannya. Jika Akta Keharmonian Nasional mahu menggantikannya, konon untuk membenarkan rakyat mengkritik kerajaan, perlukah ada undang-undang Akta Berjalan Kaki untuk rakyat berjalan kaki ke mana sahaja atau Akta Duduk di Rumah bagi rakyat mendiami rumah sendiri?

Tetapi kita tahu, Najib tidak akan mampu menunaikan semua permintaan tersebut kerana jika dia tunaikan, pastilah UMNO dan dirinya akan tersungkur dalam pilihan raya yang akan datang kerana sumber kewangan kroninya akan hilang.

Tapi jika berlaku sesuatu yang ajaib, yakni Najib berani memenuhi semua tuntutan rakyat, maka walau pun UMNO bakal jatuh tergolek, Najib akan dikenang buat selama-lamanya sebagai pemimpin yang berani menegakkan kebenaran walau pun terpaksa berkorban.
Namun semua itu hanyalah mimpi ngeri di siang hari. – Roketkini.com

Lagi artis bertudung - Sharifah Sofea

Posted: 18 Jul 2012 08:07 PM PDT


Alhamdulillah, bertambah lagi artis bertudung. Kali ini Sharifah Sofea pula yang bertudung.

Selepas beberapa orang selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini bertambah seorang lagi selebriti mengikut jejak langkah sama ke arah sesuatu yang lebih positif. 

Menerusi akaun twitter milik beliau, Sharifah Sofia sedia berkongsi gambar terbarunya yang ayu dan manis mengenakan hijab beserta ungkapan

'Here's to a new chapter… Bismillah!'.

Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. -yastro.net

Pelakon Bollywood, Rajesh Khanna Meninggal Dunia

Posted: 18 Jul 2012 06:42 AM PDT


Wajah Rajesh Khanna ketika zaman mudanya.
MUMBAI: Bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna meninggal dunia pada Rabu kerana menghidap komplikasi pelbagai jenis penyakit. Beliau berusia 69 tahun.
Berita kematian itu disahkan sendiri oleh menantunya Akshay Kumar.
"Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya. Saya harap semua pihak dapat berdoa terhadap kesejahteraannya," katanya seperti dipetik portal newkarala.com pada Rabu.
Pelakon yang dikenali dengan panggilan Kaka itu meninggalkan isteri, Dimple Kapadia dan dua orang anak iaitu Twinkle dan Rinkle.
Rajesh merupakan artis yang berjuang dalam isu-isu kesihatan dalam masa yang lama dan telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu.
Pengebumian beliau akan dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.
Kematian beliau dianggap satu kehilangan besar terhadap dunia perfileman Bollywood kerana kehebatannya dalam industri berkenaan sehingga menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Gambar fail yang dirakamkan pada 20 Jun lalu menunjukkan aktor Rajesh Khanna (kanan) sedang berbual dengan menantunya, Akshay Kumar (kiri) sambil diperhatikan oleh Dimple Kapadia dalam sebuah acara di Mumbai, India.
Beberapa selebriti termasuk Amitabh Bachchan, Yash Chopra, Rishi Kapoor, Prem Chopra, Abhishek Bachchan, Anu Malik, Dara Singh Vindu, Sajid Khan, Arbaaz Khan dan Malaika Arora Khan turut menziarahinya.
Pelakon veteran Manoj Kumar memberitahu IANS bahawa beliau sukar untuk menerima kematian Rajesh.
"Saya tidak dapat mempercayai bahawa dia tidak lagi bersama kita. Sebelum ini Dara Singh, kini Rajesh pula," katanya menerusi satu panggilan telefon.
Rajesh memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem "Aakhri Khat" pada tahun 1966.
Beliau menjadi seorang "superstar" dengan pantas apabila membintangi "Aradhana", "Do Raaste", "Safar" dan "Anand".
Kali terakhir beliau dilihat muncul menerusi iklan komersial di televisyen awal tahun ini.

Wanita pertama belanja RM487ribu, anak Najib RM195ribu .digedung terkemuka Australia, ...

Posted: 18 Jul 2012 05:28 AM PDT


Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.
Keratan akhbar The West Australian bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing' itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.
Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.
Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka.
Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.
Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.
Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.
Memetik keratan akhbar Australia itu, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah berkenaan.
Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor- yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia'- berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), minggu lalu.
Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.
Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.
Ahli Jawatankuasa Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin semalam menulis di blognya, berkata, ketika rakyat hidup dalam kesusahan, keluarga pemimpin negara itu terus mempamerkan gaya hidup mewah.
"Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama perbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. rasuah dan pemborosan semakin menggila.
"Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,?" tulis Chegu Bard.
Ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.
Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22384


MS = Rakyat shopping kat Mydin,kat Chowkit.  Atau masok Sogo tu dah kira hebat laaaa ... 

Tiada ulasan: