Khamis, 19 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sedih .....Anak kecil ini menderita leukimia dan kanser dubur

Posted: 18 Jul 2012 10:29 PM PDT



ya Allah.....

sedihnya hati lihat anak sekecil ini menderita penyakit kronik yang sebegini.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan bulan yang mulia ini, Angah akan sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Anak kecil yang dipanggil Angah ni kini berada di ppum kompleks kanak2 tgkt 5 wad p6 blk 9

kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan boleh check SINI .

http://aiyangdisayang.blogspot.com/2012/07/sedih-anak-kecil-ini-menderita-leukimia.html


Jom Baca Tulisan Zaini Hassan.. Pakar Spin Utusan Tentang Kerajaan Pas Kedah

Posted: 18 Jul 2012 06:03 PM PDT

Grand design kerajaan Kedah untuk kenakan KCS?

Zaini Hassan

KCS, Kedah Civil Service atau Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, secara terbuka dan tertutup masih menyokong kerajaan yang dinaunginya sehingga pilihan raya ke-12, iaitu BN.

Ia bukan rahsia lagi. Orang putih kata it's an open secret. Malah MB Azizan pun sedar perkara itu. Azizan terus ditekan oleh barisan kepemimpinannya supaya mengambil tindakan ke atas anggota KCS yang belot ini. PKR dan DAP pun angkat kening.

Azizan, selaku ketua eksekutif negeri Kedah dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa. KCS di bawah DYMM Sultan.


Usia KCS pun bukan kecil-kecil anak. Ia telah menjangkau 103 tahun (1909) dan rakyat Kedah perlu berbangga kerana hasil sentuhan anak-anak Kedah ini, pentadbiran moden berjaya disusun sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, dengan terlalu sedikit campur tangan British.

Memetik tulisan penyelidik Sobri Sudin dalam blog Kedah Times, katanya: Pada pertengahan kurun ke-19, pentadbiran moden, kemajuan pengurusan, urusan kutipan hasil, sistem percukaian, pentadbiran tanah di Kedah adalah jauh lebih maju berbanding negeri-negeri yang menerima lantikan Residen British seperti Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Kini pada tahun 2012 menjelang PRU Ke-13 ini, KCS masih menjalankan tanggungjawab mereka untuk negeri Kedah. Namun, difahamkan terlalu ramai anggota KCS yang tidak menyokong cara dan dasar Pas pimpinan Azizan.

KCS terus-menerus percaya hanya BN sahaja (walaupun tidak semuanya sempurna) yang boleh menerajui kerajaan Kedah. Banyak rancangan kemajuan Kedah yang dirancang sekarang, tidak seperti dulu.

Perkembangan Kedah dulu begitu rancak. Kini perlahan. Dulu ceria, sekarang malap.

BN boleh mengambil alih semula negeri Kedah. KCS sedang bekerja keras ke arah itu bersama-sama rakyat dan BN.

Oleh kerana pergerakan KCS ini sudah gagal dikawal, satu mesyuarat politik dikatakan diadakan di markas Pas baru-baru ini oleh Azizan dengan sekutu-sekutunya.

Satu grand design atau perancangan besar dan tersusun dikatakan diatur rapi untuk 'mengenakan' KCS yang tegar dan degil itu.

Kononnya, dengan arahan MB ke atas SPRM Kedah, mereka mula menyelongkar fail-fail membabitkan DO-DO (Pegawai-pegawai Daerah) untuk mencari salah mereka.

Kesalahan besar atau kecil, kononnya dicari untuk memerangkap pegawai-pegawai itu. Ada antara pegawai yang disoal-siasat oleh SPRM. Ada yang digari. Ada yang ditahan.

Saya merisik-risik dengan KCS benarkah dakwaan ini? Senyap-senyap dan secara berbisik mereka kata ''benar belaka...''

Mereka kata MB mahu kenakan mereka, malukan mereka. Ancam mereka supaya jangan sokong BN.

Apa Ustaz Azizan buat macam itukah? Itu tidak demokratik namanya.

Apa sekali pun, tanpa diragui KCS nampaknya begitu setia sekali dengan pemerintah pusat.

Jika beginilah setianya pegawai-pegawai KCS ini kepada pusat, mereka layak dipilih untuk bertanding dalam PRU kelak.

Persoalannya di sini, apakah ada di antara mereka yang layak menjadi winnable candidates (calon boleh menang)? Dengar kata banyak. Malah rakyat pelbagai kaum pun dikatakan amat senang dengan mereka ini.

Memetik tulisan Sobri lagi, katanya: ''...apabila rakan-rakan pegawai KCS memberitahu bahawa, 'jangan terkejut selepas PRU akan datang, akan ada pegawai KCS yang bakal menjadi MB Kedah'.

"Dan pegawai itu yang lebih penting akan bertanding atas tiket UMNO...''

Dengar kata, PM pun suka dengan KCS ini!

- Utuseks Malaysia


PRU bila-bila OK, tapi bukan musim haji

Posted: 18 Jul 2012 04:40 PM PDT

KOTA BHARU - "Buatlah bila-bila sekalipun, tetapi bukan bulan haji."

Demikian kenyataan Mursyidul Am, Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan September nanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sudah lama bersedia untuk mengadakan PRU dan hanya menunggu tarikh pembubaran Parlimen.


"Saya tidak apa-apa kalau pilihan raya nak diadakan pada bila-bila pun, kalau hendak buat esok (hari ini) pun tidak apa dengan syarat jangan pada bulan haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Projek D'Perdana Sri Cemerlang di sini, semalam

Pada majlis itu juga seramai 60 warga miskin terpilih di bahagian Parlimen Kota Bharu mendapat sumbangan berupa wang tunai RM300 seorang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menyatakan tarikh terbaik mengadakan PRU13 pada September ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ketetapan tarikh pilihan raya itu tidak penting, sebaliknya perkara yang perlu dititik beratkan adalah memastikan kedaulatan Islam sentiasa terjamin selepas PRU13.

"Saya mahu asalkan selepas pada pilihan raya ini kedaulatan Islam benar-benar kita nampak seperti mana di Kelantan ini," katanya.

- Sinar Harian


Video - Inspektor Polis Mengamuk Di Seremban

Posted: 18 Jul 2012 07:12 AM PDT









Saya tidak sokong homoseksual – Anwar

Posted: 18 Jul 2012 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak menyokong homoseksual dan ia sama sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataannya.

"Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu," kata Anwar.


"Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya," jelas beliau lagi.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau juga akan membawa bukti dokumen menunjukkan Utusan adalah media tunggangan Umno dalam perbicaraan seterusnya.

"Keputusan untuk pecat atau lantik Ketua Editor Utusan adalah atas arahan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak), semua orang tahu itu, kecuali peguam pembela," katanya sinis kepada Peguambela, Datuk Firuz Hussin.

"Saya tak ada bukti itu sekarang, tapi dalam sidang (perbicaraan) seterusnya, saya akan bawa bukti bahawa Utusan memang bertindak atas arahan Umno dan ia berlaku sejak lama dahulu," tegasnya ketika memberi keterangan.

Prosiding perbicaraan ditangguhkan Hakim, Datuk V T Singham ke 13 Ogos depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33002


PAS ragu wartawan jadi pengundi pos

Posted: 18 Jul 2012 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media antara perkara yang akan dibangkitkan PAS pada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi.

"Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos.


"PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

SPR akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di Semenanjung Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya esok.

SPR pada pertemuan yang akan bermula jam 8.30 pagi hingga dua petang itu akan menyampaikan taklimat berkenaan proses pilihan raya dan simulasi proses pengundian termasuk penggunaan dakwat kekal.

Februari lalu, SPR bersetuju menimbang permohonan petugas media yang mahu mengundi secara pos.

Ianya susulan cadangan yang dikemukakan PSC mengenai undi pos buat kumpulan wartawan.


Cubaan Peguam Utusan Jatuhkan Reputasi Anwar Di Mahkamah Gagal

Posted: 18 Jul 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Julai: Percubaan defendan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia yang diwakili Datuk Firuz Hussin membangkitkan isu reputasi Ketua Umum KEADILAN itu gagal apabila dipatahkan Peguam, N Surendran.

Firuz di awal perbicaraan membangkitkan isu sabitan kesalahan Anwar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, dengan mengatakan Anwar pernah dijatuhkan hukuman, justeru beliau tidak mempunyai reputasi untuk menyaman Utusan atas sebab fitnah.


Surendran kemudian membantah hujah tersebut. Hakim turut menolak hujah defendan dan meneruskan sesi soal balas.

Latheefa Koya yang juga peguam Anwar turut menyangkal tindakan Firuz tersebut.

"Isu sekarang adalah sama ada Utusan telah fitnah, betul atau tidak fitnah itu, bila terbukti betul, barulah kita tentukan nilai yang harus dibayar atas fitnah tersebut, tiada kena mengena dengan reputasi," katanya kepada Keadilan Daily.

Hadir sama mewakili Anwar, peguam Murni Hidayah.

Anwar hari ini tampil sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan saman ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau "menghalalkan homoseksual" dalam terbitannya 17 Januari lalu.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan Ketua Pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta. Beliau juga menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32978



Tiada ulasan: