Rabu, 18 Julai 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Memfitnah dan memenjarakan musuh politik itu adalah sifat Amirul Mukminin mengikut Che Det....!!

Posted: 18 Jul 2012 12:52 AM PDT


Apatah lagi kalau 'musuh politik' nya itu menolak rancangan menggunakan wang Petronas untuk bailout perniagaan anaknya yang hampir kaput!! Hehe...


DIKTATOR

1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.
2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.
3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.
4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.

Sambung di sini.... http://chedet.cc/blog/?p=799

Tiada ulasan: