MIMPI SENJA |
- Lagi kemalangan bas ekspres : Pemandu maut, 11 penumpang cedera dekat Tapah
- Politik lucah BN mampu bangunkan negara? ...
- dari Erma Fatima ...
- DSAI ucap selamat tinggal jika gagal dalam PRU13
- [BI] Lembu minta Rafizi bayar RM300 juta Malaysiakini RM200 juta
Lagi kemalangan bas ekspres : Pemandu maut, 11 penumpang cedera dekat Tapah Posted: 04 Jul 2012 10:42 PM PDT TAPAH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan bas dengan dua treler di Kilometer 303.6 Lebuhraya Utara Selatan jam 3 pagi tadi, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat. Dua pemandu treler terbabit pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar. Dalam nahas 2.45 pagi itu, bas Seri Maju yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan. Pada masa sama, bas itu dirempuh pula dari belakang oleh sebuah treler lain. |
Politik lucah BN mampu bangunkan negara? ... Posted: 04 Jul 2012 09:48 PM PDT Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan ramai lagi telah menjadi sasaran politik kotor Barisan Nasional. Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya. Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri? Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng 'main kayu tiga'. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek. Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu 'dalam kain' pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka? Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu? Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia? Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada. Soi Lek ingat semua pemimpin seperti dirinya? Malah, Chua Soi Lek baru-baru ini dengan angkuhnya mencabar Lim Guan Eng untuk meletak semua jawatan beliau atas alasan Guan Eng pun sama juga dengan beliau, yakni tidak bersih dengan adanya skandal dengan wanita lain. Soalnya sekarang, mana bukti yang menyokong dakwaan Chua dan apakah justifikasi untuk Guan Eng meletak jawatan? Jika Chua mahu berbangga dengan kehebatan beliau beraksi lucah di depan kamera video dan selepas itu terpaksa meletakkan jawatan kerana memalukan diri, keluarga, parti dan amsyarakat, itu masalah peribadi beliau. Tak perlu samakan masalah dia dengan orang lain. Semua orang tahu, bukti skandal beliau itu telah terdedah di khalayak awam dan beliau memang seharusnya bertanggungjawab. Namun, apakah keghairahan MCA menyebar fitnah dan bermain politik lucah dan kotor ini adalah budaya kaum Cina? Jika isu seperti ini (tuduhan seks dan skandal lelaki-wanita tanpa bukti sahih) tertimpa kepada pemimpin Melayu Islam, tahu pula orang Melayu mengatakan ini isu politik lucah, budaya politik fitnah dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan masalah negara. Tetapi yang kita lihat, siapa yang melanggar undang-undang media dengan menyiarkan gambar dan video lucah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa yang menyebar fitnah tentang anak dan isteri pemimpin Pakatan Rakyat? Ini satu perkembangan yang agak menyedihkan bagi rakyat yang menjunjung demokrasi sebagai sistem bernegara. Ada yang masih melihat isu seperti ini berdasarkan pecahan kaum, sedangkan mereka lupa bahawa apa saja perkara buruk, itu adalah masalah masyarakat, masalah negara. Politik lucah ini dengan pantas pula mengalih pandangan kita daripada masalah ekonomi dan urus tadbir yang kita semua alami. Politik lucah UMNO-BN mampu bangunkan negara? Apakah dengan politik lucah yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN bererti kita semua tidak lagi mengalami masalah kewangan? Apakah dengan politik lucah, kita tidak perlu lagi menanggung beban bayaran rumah, kereta, anak-anak bersekolah, makanan keluarga seharian? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan? Apakah politik lucah telah membebaskan beban dan tanggungan kewangan pelajar dan ibu bapa? Apakah politik lucah berjaya meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah ragut, rompak, rogol, pukul dan pelbagai jenayah? Adakah politik lucah UMNO-BN akan menyebabkan kita lupa kepada skandal kewangan negara yang bakal ditanggung bebannya oleh anak cucu kita yang terpaksa membayar cukai bagi membayar balik lesapnya wang berbilion ringgit? Adakah politik lucah telah melupakan kita kepada skandal PKFZ, skandal lembu NFC, skandal mata wang asing Bank Negara, skandal kapal selam Scorpene, skandal cincin? Sama-sama kita tolak politik lucah dan fitnah dalam PRU13 nanti. – Roketkini.com |
Posted: 04 Jul 2012 08:46 PM PDT |
DSAI ucap selamat tinggal jika gagal dalam PRU13 Posted: 04 Jul 2012 08:06 AM PDT 4 Julai 2012 SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times. Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar. Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara. Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998. Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia. "Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar," katanya. Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan. Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini. Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN). Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR). Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990. Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang. Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN. Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR. Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur. |
[BI] Lembu minta Rafizi bayar RM300 juta Malaysiakini RM200 juta Posted: 04 Jul 2012 12:20 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan