Khamis, 5 Julai 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Abby Abady Teruskan Iltizam Bersama PAS

Posted: 05 Jul 2012 01:01 AM PDT


Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.

"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu,"
kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD

Abby pertahan Pa s

Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.
-SH


UNISEL Lebih Baik Bawah PR Daripada BN - Naib Cancelor

Posted: 05 Jul 2012 12:05 AM PDT

Unisel: Dakwaan Noh tidak relevan

shah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.

Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.

"Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.

"Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar" katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini.

Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini.

"Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur.

Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit.

"Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri.

Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia.

"Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH




‘Sexting’ Berleluasa Di Kalangan Remaja

Posted: 04 Jul 2012 10:37 PM PDT

Hampir 30 peratus remaja Amerika Syarikat terbabit dalam kegiatan 'sexting' menghantar gambar bogel menerusi e-mel.

Kajian yang dijalankan menunjukkan perbuatan itu begitu berleluasa daripada yang dijangka sebelum ini.

Penyelidik di Cawangan Perubatan Universiti Texas juga mendapati lebih separuh remaja diminta menghantar gambar bogel mereka kepada seseorang dan 31 peratus meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.

"Sexting semakin berleluasa di kalangan remaja belasan tahun dan ia mungkin penunjuk yang boleh dipercayai mengenai tingkah laku seksual sebenar," kata Dr Jeff Temple, Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi serta penyelidik utama kajian.

"Saya berpendapat ia penunjuk mengenai apa remaja lakukan dalam kehidupan mereka sekiranya tidak online," kata Temple.

Tidak seperti kajian online dan kaji selidik serta beberapa terbitan menerusi kajian sebelum ini, penemuan Temple yang berdasarkan kajian terhadap hampir 1,000 pelajar sekolah tinggi di tenggara Texas menunjukkan kadar tinggi kegiatan 'sexting' di kalangan remaja.

"Saya berpendapat ia mewakili gambaran lebih tepat mengenai pelajar sekolah tinggi," kata Temple, merujuk kepada kajian lain.

Remaja yang menjadi responden dalam kaji selidik itu berusia antara 14 hingga 19 tahun tetapi sebahagian besarnya berusia 15 dan 16 tahun.

Lelaki adalah lebih ramai meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.

Namun, dalam beberapa kes, remaja perempuan yang memulakannya.


"Kami mendapati, 21 peratus responden perempuan meminta gambar bogel dihantar kepada mereka dan 42 peratus lelaki diminta menghantar gambar itu," kata Temple.

Meskipun 'sexting' yang Temple sifatkan sebagai fenomena telefon pintar adalah lumrah di kalangan remaja, namun ramai mengaku tidak selesa dengan tingkah laku itu. - AP

[VIDEO] Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang

Posted: 04 Jul 2012 08:01 PM PDT

Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan 'Haram Jadah'.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

Gambar - Datuk Ariff dakwa pemimpin Umno dapat saham Felda free sebnyak RM 2juta...

"Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang 'mengharamjadahkan' orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

"kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

"sebab itu bila dia sebut 'Haram jadah' itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,"
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah 'diUmnokan'.

"pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat 'highway' bermakna harga pembinaan itu telah 'diUmnokan' maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

"projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara 'geng-geng Umno atas' dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti 'Umnokan',

"kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,"
jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong yang berucap sebelumnya, dalam Majlis Ceramah meraikan penerimaan sijil keahlian PAS oleh bekas-bekas ahli Umno di Kampung Banggol Donas pada Isnin 2 Julai.

Mereka adalah 80 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung terbabit, diketuai oleh Haji Salleh Embong yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus sebagaimana dilaporkan Buletinonline pada 9 Disember 2011.

Sehubungan itu, Datuk Ariff turut mendedahkan, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyenaraikan Felda di bursa saham adalah satu 'pemerahan sumber' orang Felda supaya segelintir pemimpin Umno mendapat laba lumayan.

Sedangkan menurutnya, para peneroka Felda yang telah 56 tahun mengerah tenaga dan membanting tulang hanya mendapat terlalu sedikit dari keuntungan penyenaraian tersebut.

"dia (para pneroka) hanya dapat 810 unit (saham) premium 75 sen dia dapat RM600 bekerja macam lembu 56 tahun (itu pun) kena tolak pinjaman bank RM200 (bakinya) cuma RM400 campur pendahuluan (berjumlah) RM15,400.00,

"sebab itu Najib beri rasuah pendahaluan RM15,000 sebab dia tahu apabila Felda diapungkan premiumnya tidak begitu tinggi, tetapi puak-puak yang tidak bersangkut paut dengan Felda buat duit banyak,


"geng-geng, puak-puak Umno (dan) menteri-menteri (dapat) 3 juta unit saham bermakna dia dapat RM2.3 juta free sahaja (secara percuma),"tegasnya. -BO



Ulasan GB

GB percaya apa yang disampaikan oleh Datuk Ariff Sabri tersebut bahawa: Najib ialah seorang pemimpin yang suka 'mengharamjadahkan' orang lain.

Di dalam satu sidang media, Najib pernah tersasul menyebut "Kementerian Buruh"... bererti beliau memandang semua perkeja (awam dan swasta) sebagai "buruh" negara, sedangkan satu dunia sudah mengubah persepsi bahawa pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk negara adalah "sumber manusia".

Begitu bangsat pandangan Najib terhadap rakyatnya dengan memandang mereka sebagai buruh yang hina.

Maka sebab itu beliau menaburkan RM500 setiap mereka yang berpendapatan rendah, kerana beliau semmemangnya memandang rendah terhadap golongan miskin dan undi mereka boleh dibeli dengan taburan wang ringgit secara on-off sedemikian.

Masihkah anda mahu menerima kepimpinan Najib jika sudah tahu perangainya sebegitu?



[IKTIBAR] Kisah 18SX: Malam Pengantin...

Posted: 04 Jul 2012 05:00 PM PDT

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha''''ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, ''''Terima Kasih Bang, datang lagi ya''''...!"

Moral cerita ;-) Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.

Ulasan GB

Firmanullah swt di dalam An-Nur ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan penzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan penzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki penzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang Mukmin."

Intipan CCTV Di Pejabat MB Selangor Dilakukan Sejak 2010 Lagi

Posted: 04 Jul 2012 07:46 AM PDT

Video Tingkat 21 tersebar

SHAH ALAM - Satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebar di Internet semalam selepas dimuat naik di laman You Tube.

Video berdurasi selama 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebaran video tersebut kepada umum.

Video tersebut hanya menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju kemeja bercorak didakwa Abdul Khalid yang masuk ke dalam pejabat, seterusnya duduk di kerusi dan meneliti beberapa helai dokumen di atas mejanya.

Gambar lelaki yang didakwa Abdul Khalid dalam video itu tidak begitu jelas kerana diambil dari arah belakang.

Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan SUK itu seperti didedahkan Abdul Khalid pada Ogos 2010. -SH

MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok".

"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.

"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.




Ulasan GB

GB yakin dan memang tidak syak lagi rakaman video itulah sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat MB Selangor yang ditemui pada Ogos 2010.

Ia bertujuan untuk melakukan pengintipan setiap pergerakan dan tindakan MB Selangor. Semasa itu GB berkata ia adalah satu taktik dan satu strategi pihak lawan untuk tawan Selangor.

Persoalan kini, siapa yang memasang siapa yang mengarahkan ianya untuk dipasang?

Dan kedua, kenapa yang mendedahkannya PRK dan bagaimana RPK memperolehi rakaman CCTV itu.

GB tidak buat tuduhan kepada sesiapa. GB tidak kata orang PKR sendiri lakukan dan GB tidak kata orang UMNO melakukan.

Tetapi masing-masing dapat meneka siapa pembikinnya apabila kita tahu RPK sebelum ini pernah mendedahkan beberapa dokumen sulit yang hanya pihak tertentu saja boleh mengaksesnya.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu akan terdedah nanti.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



Laporan pada 11/8/2010
klik untuk baca





[DEDAH] SPR Ulangi Taktik Terengganu Untuk Bantu UMNO BN Tawan Selangor

Posted: 04 Jul 2012 06:02 AM PDT

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.


"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya. -HD

Ulasan GB

SPR menggunakan modus operandi yang serupa di terengganu pada PRU12 untuk membantu UMNO BN menawan Selangor di dalam PRU 13.

Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap dihukum oleh Allah swt.

Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar semua perancangan kamu digagalkan Allah swt dan kamu-kamu dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt akan berada di pihak yang benar dan memperkenankan doa kami.

MCA Ingat Semua Cina Macam Pemimpin Mereka

Posted: 04 Jul 2012 03:22 AM PDT

Penafian Guan Eng: Saya bukan Soi Lek

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya bersuara berhubung dakwaan isterinya Betty Chew menyerang bekas kakitangannya.

Sambil menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan bekas kakitangan serta menafikan Betty menyerangnya, Lim berkata, dakwaan itu hasil daripada pembunuhan watak oleh BN dan MCA.

"Biar saya dan isteri buktikan di mahkamah bahawa MCA menipu, bahawa Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," kata Lim, merujuk kepada hubungan sulit Chua pada Disember 2008.

Merujuk kepada dakwaan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Duyong Gan Tian Loo dalam dewan pada Isnin, Lim berkata ia menyalahguna kekebalan dewan.

Beliau mendakwa Gan, ketua MCA Melayu, untuk mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri boleh mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.

"Gan menyalahguna keistimewaan dan kekebalan dengan membuat dakwaan palsu berhubung skandal moral peribadi terhadap saya dan isteri," kata Lim, membaca kenyataan akhbar di Pulau Pinang hari ini. -mk



Ulasan GB

Bila dicabar untuk mengulangi tuduhan di luar dewan, pemimpin MCA membisu kerana takut diambil tindakan mahkamah. Hanya menuduh dalam dewan untuk memperalatkan kekebalan dewan. Itu SAH menunjukkan MCA memfitnah.

Pemimpin MCA menyangka semua orang Cina sama macam perangai mereka. Seperti juga UMNO yang menyangka semua orang Melayu/Islam sama jahat seperti mereka. Maka itu disebarkan gambar-gambar lucah TG Nik Aziz, Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin PAS dan PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Hukum ini tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan sebagainya. Ia meliputi semua. "Golden Rule" sentiasa akan menghukum mereka yang melakukan hal-hal jijik di dalam tamaddun kehidupan manusia.

Kita usah khuatir dengan permainan jahat golongan Barisan Nasional ini. Jika kita masih ingat, Lim Guan Eng pernah difitnah dan dipenjara. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akhirnya bukan sekadar membebaskan Lim Guan Eng tetapi telah memberikan beliau kemenangan besar di dalam PRU12 dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!

Jadi fitnah itu akan berbalik kepada si tukang fitnah. Apa yang berlaku kepada pemfitnah Lim Guan Eng iaitu Rahim Tamby Chik? Beliau terlucut jawatan sebagai Ketua Menteir Melaka dan baru-baru ini musibah menimpanya apabila banglonya dimasuki perompak. Dan saya percaya beliau akan terus menerima hukuman lagi kerana demikianlah "sunnatullah", yang baik dibalas baik yang jahat akan tetap menerima balasannya juga.

Hukum ini menghukum juga kepada penyebar-penyebar fitnah tersebut termmasuklah BERNAMA, media arus perdana (bercetak & eletronik), blogger pencacai dan sekalian yang bersama mereka.

Tiada ulasan: