Rabu, 4 Julai 2012

bumiperak

bumiperak


- Hamidah Tipiskan Peluang Umno Di Sungai Rapat

Posted: 04 Jul 2012 01:39 AM PDT

Ahad 1 Julai Pagi kelmarin Hamidah BP telah mengarahkan beberapa SAR di DUN Sungai Rapat ini untuk ikut sama berhimpun dalam demo mempertahankan SAR Desa Aman.

Konon katanya perhimpunan melibatkan 700 orang mewakili 40 NGO! Ha! ha! ha! rupa-rupanya habih SAR dikerahkannya! Antaranya ialah SAR Pengkalan Gate, SAR Ara Payung, SAR Cangkat Larang, SAR Desa Aman, SAR Seri Bayu, SAR Lahat Baru, SAR Seri Jaya, SAR Sg Rokam ...

Sepatutnya, sekurang-kurangnya mestilah ada 40 sepanduk untuk membuktikan penglibatan 40 NGO tersebut! Masakan Hamidah tidak mampu nak tempah 40 sepanduk untuk 40 Ngo tersebut? Ha! ha! ha! cerita Ali Baba dan 40 penyamun pun ada 40 tempayan...Kesian Hamidah BP! 
Hamidah BP siap bagi amaran : Jika Radhi Zainon dan Lee Bon Chye masih berdegil untuk mengganggu pembinaan Sekolah Agama Rakyat maka mereka sanggup bermandi darah kerana mempertahankan Agama Islam adalah wajib bagi umat Islam.Ha! ha! Hamidah... ko tu dah menopos, mana ada darah mengalir lagi? Ha! ha! ha! Lihatlah di sini

Inilah perangai Umno/BN yang sering mendabik dada konon memperjuangkan Islam padahal sebenarnya merekalah yang siang malam berusaha meruntuhkan agama Islam tanpa mereka sedari.
Sikap mereka tidak ubah sebagaimana gambaran yang Allah perjelaskan kepada kita melalui ayatnya dalam surah al-Baqarah yang bermaksud,

"Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, sesungguhnya kami hanya melakukan kebaikan."(11)

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenarnya melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya."(12)

Dimanakah Hamidah yang konon nak berjihad mempertahankan SAR ini ketika Dr Mahathir mengumumkan pemberhentikan bantuan perkapita kepada SAR pada 25 Okt 2002 lalu?

Hamidah BP dan konco-konco Umnonya termasuk puak Pakida (ada yang panggil Pukida), jangan cuba berlagak juara dan prihatin konon mahu membela SAR sedangkan sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas SAR dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Umno/BNlah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak pada tahun 2008, bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri itu telah dikembalikan semula.

Ada DAP tentang? Ada ker Dr Lee Boon Chye menghalang? Bab kerja-kerja menghalang ni hanya Umno sahaja yang sanggup buat.

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang bawah Lim Guan Eng yang Umno tuduh Kafir Harbi itu meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN dulu.

Lim guan Eng mengeluarkan bantuan yang besar kepada Islam. Dia memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz.Adakah negeri Perak dibawah Khalifah Zambry ini berbuat begitu?

Tidak masuk akal sama sekali jika PAS dikatakan bersekongkol dengan Cina Kafir Harbi mahu meruntuhkan bangunan SAR di Tmn Desa Aman semata-mata mahu menjaga kepentingan politik.Inilah tuduhan jahat yang cuba dimainkan oleh Umno/BN khususnya oleh Adun Sungai Rapat Hamidah BP.

Isu pembinaan SAR Tmn Desa Aman ini adalah sekelumit sahaja.Tapi oleh kerana sikap bodoh sombong Hamidah BP dalam menyelesaikan isu tersebut, keadaan telah menjadi semakin rumit.Inilah kegagalan ketara Hamidah BP dalam menangani isu rakyat semata-mata kerana mahu menggunakan kuasa yang ada padanya.

Hamidah BP terlalu sombong dan tidak mahu melayan memo yang dihantar oleh penduduk Cina yang membantah kerana projek tersebut tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.Mereka menghantar memo meminta supaya diadakan dialog bersama dengan Datuk Bandar dan Adun Sungai Rapat.

Apabila tidak mendapat layanan Hamidah BP, barulah mereka ini terpaksa meminta bantuan Ahli Parlimen mereka iaitu Dr Lee Boon Chye untuk merintis jalan bagi mengadakan pertemuan dengan Hamidah BP.Ini pun tidak diperdulikan oleh Hamidah BP.

Maka, tiada jalan lain, penduduk berkenaan telah membuat sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon dari PAS.Hanya surat khabar Cina yang hadir dan membuat liputan mengenainya.Akhbar Melayu? Entahlah... mereka nampaknya tidak berminat untuk membuat liputan walaupun telah dipanggil.


Sidang akhbar inilah yang Umno tuduh Kafi Harbi buat demo

Setelah heboh keluar beritanya di akhbar Cina, maka melentinglah Hamidah BP dan menuduh mereka membuat demontrasi membantah pembinaan SAR. Akhbar Melayu hanya mengutip berita dari blog penjilat Hamidah BP yang memfitnahkan sidang akhbar itu sebagai 'demonstrasi' membantah pembinaan SAR di Tmn Desa Aman.

Maka bermulalah seruan Jihad Umno yang kononnya mahu mempertahankan SAR Desa Aman dari perobohan dari Cina Kafir Harbi.Isu perkauman dan ugama dilaung-laungkan.

Walhal sebenarnya, orang-orang Cina itu sendiri tidak pasti bahawa bangunan yang tiba-tiba dibangunkan diatas padang permainan mereka itu adalah bangunan SAR.Tidak ada papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.Mereka mahukan kepastian mengenainya dan bertanyakan kepada Adun di situ iaitu Hamidah BP.

Tapi sayangnya, seperti yang saya katakan sebelum ini, kerana sikap angkuh dan sombongnya, Hamidah BP telah bertindak bodoh dan tidak hiraukan memo rakyat sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dan memainkan isu perkauman dan ugama untuk meraih simpati orang-orang Melayu.

Betulkah projek tersebut telah mengikut prosedur biasa atau ikut pintu belakang sahaja? Sebagai Exco Kanan Negeri Perak, Hamidah BP boleh lakukan ini semua melalui kuasa yang ada padanya.Tapi sayang, dia terlalu angkuh dan tidak mahu berunding dengan rakyat dalam isu tersebut apabila diminta.

Malah kedatangan mereka sewaktu dia mengadakan majlis tamah mesra dan dialog bersama rakyat di situ, mereka telah di usir begitu sahaja dan menuduh mereka menceroboh majlis tersebut.Masuk akaikah kalau orang Cina akan memberikan undi mereka kepada Hamidah BP dalam PRU akan datang?

Zambry kena fikirkan perkara ini dan cari calon lain yang ada kriteria sebagai winable candidate. Hamidah sudah menjahanamkan peluang Umno di DUN Sungai Rapat ini.

Tiada ulasan: