MiLo SuaM |
Farid Ismeth anggap Rosmah Perdana Menteri - Sinar Posted: 24 Jul 2012 04:41 PM PDT SEJAK kelmarin heboh cerita pasal Farid Ismeth pembaca berita dunia Jam 10 dengan dakwaan kononnya beliau pernah berkahwin dengan Rosmah Mansor. ReJaM© pun tak faham sangat cerita ini, mungkin khabar angin Farid Ismeth pernah berkahwin dengan Rosmah Mansor ini disebarkan suatu masa dahulu dan sudah dilupai orang. Kita tak mahu komen tentang itu. Namun apa yang menarik perhatian ReJaM© di sini ialah berhubung berita di Sinar Harian yang memetik ucapan Farid Ismeth yang menganggap Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri [Sinar]. Adakah Sinar Harian buat lagi cerita seperti kisah Ning Baizura masuk PAS tempoh hari? Rujuk sini [Ning Baizura]. Atau memang benar Farid Ismeth menganggap Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri? Kah kah kah... ReJaM© "Rosmah selalu keluar TV, Farid Ismeth pun keliru siapa PM sebenarnya... " |
Hakim mahkamah tinggi sahkan menteri tidak waras Posted: 24 Jul 2012 01:56 PM PDT MAKSUD yang sinonim atau sama erti dengan rasional ialah waras. Maka bila hakim kata Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussin tidak rasional ertinya beliau tidak waras [Utusan]. Kalau kita imbas kembali, semasa perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu, Rejim Barisan Nasional bagaikan orang gila, semua orang baju kuning nak ditangkap. Malah mencipta sejarah sebagai Rejim Lawak yang takut dengan baju kuning. Pada waktu itu ReJaM© turut menjadi mangsa ditangkap oleh pihak Polis akibat daripada pengumuman gila Hishamuddin yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. ReJaM© juga masih ingat semasa ReJaM© bertanya kepada anggota polis yang menahan ReJaM© itu, berkenaan akta apa yang digunakan untuk menahan ReJaM©, beliau terkulat-kulat tidak boleh menjawab. Kata beliau: "Tentang akta dan lain-lain encik boleh tanya dengan pegawai saya, saya cuma mengikut arahan sahaja". Sampai di Balai Polis, habis semua sepuluh-sepuluh cap jari tangan diambil, tapak tangan, gambar dan lain-lain dah macam buat kesalahan membunuh Perdana Menteri. Namun semalam, anda lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana hakim mahkamah tinggi mengesahkan bahawa menteri yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram sebenarnya tidak waras kah kah kah. Ini maknanya apa? Ini maknanya ReJaM© ditahan oleh Polis atas arahan menteri yang tidak waras kah kah kah. Cinabeng aku kena tahan dengan orang gila rupanya. ReJaM© "Mana ada undang-undang tangkap orang pakai baju kuning bengong! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan