Ahad, 22 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Penulis blog sebuah parti politik tuntut tunggakan gaji

Posted: 22 Jul 2012 01:04 AM PDT

INI kisah seorang penulis blog sebuah parti politik dari Melaka, yang sudah bertugas sejak 3 tahun namun bayaran gaji yang diterima tidak seperti dijanjikan.

Difahamkan semasa menerima surat lantikan, beliau dijanjikan bayaran RM3,000 sebulan namun hanya menerima tak sampai RM1,000 setiap bulan.

Oleh kerana tidak berpuas hati, maka penulis blog ini pergi ke pejabat Sinar Harian dilihat sebagai desakan agar tunggakan gajinya RM24,370 dibayar seperti yang dijanjikan.



Meskipun Sinar Harian tidak melaporkan parti politik mana yang dimaksudkan, namun melalui logo yang terpapar pada surat penolakan gaji yang ditunjukkan dalam gambar kita tahu bahawa beliau merupakan penulis blog pro Umno [Sinar].

Agak menghairankan, mana pergi peruntukan RM300,000 sebulan yang diberikan kepada cybertrooper Umno? Rujuk sini [Cybertrooper Umno] Orang atas dah sakau awal-awal ke?

ReJaM© "Kepada blogger Umno lain yang tak dapat gaji boleh buat macam ni "

Konsep wassatiyah boleh bergambar peluk adik ipar?

Posted: 21 Jul 2012 07:25 AM PDT

SEJAK dari mula Perdana Menteri, Najib Razak memperkenalkan konsep "Wassatiyah" dalam Islam, ReJaM© masih tak faham apakah yang cuba diterapkan oleh beliau.

Namun selepas berlangsung majlis perkahwinan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Dato Zainal Abidin Osman dengan Syafiqa Melvin, juara rancangan Gadis Melayu musim kedua, barulah ReJaM© faham apa itu konsep wassatiyah.

Lihat gambar di bawah ini, barangkali inilah konsep wassatiyah yang cuba diterapkan oleh Najib Razak. Ahli Majlis Tertinggi Umno tentulah antara orang yang paling faham dengan konsep itu.

Maka beliau wajar dijadikan rujukan untuk lebih memahami konsep tersebut.



Ramai yang salah faham menyangka ini adalah isteri Bekas Ahli Parlimen BN Nibong Tebal itu, namun hairan kerana biasanya pengantin lelaki akan memakai pakaian yang sama dengan pengantin perempuan.

Rupa-rupanya di bawah ini barulah isteri beliau.





Berkahwin dengan kakak, ambil gambar berpelukan dengan adik ipar barulah Islam Wassatiyah.

ReJaM© "Terbaik! Wassatiyah ala-ala orang putih"

Sumber Foto: [hasrulhassan], [Facebook]

Isu Ning Baizura, Utusan ubah laporan Sinar Harian

Posted: 21 Jul 2012 03:57 AM PDT

SEBELUM ini MiLo SuaM ada mendedahkan peruntukan RM300,000 sebulan yang diterima oleh cybertrooper Umno, rujuk sini [Cybertrooper Umno]

Tentu anda masih ingat didedahkan sebelum ini bagaimana cybertrooper Umno ini dilatih untuk memutar dan memesongkan fakta bagi menguntungkan Barisan Nasional rujuk sini [Malaysiakini].

Dalam satu sesi latihan cybertrooper Umno, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)" Kata beliau.

Mari kita lihat bagaimana Utusan Malaysia mempraktikkan taktik kotor penulisan yang diajarkan kepada cybertrooper Umno itu.

Sebagai contoh lihat laporan Utusan Malaysia di bawah ini berhubung isu Ning Baizura nafi beliau menyertai Parti Islam, PAS dan menyifatkan berita itu sebagai fitnah PAS. Ini merupakan kaedah penulisan ketiga iaitu blatant lie.



Utusan menggambarkan sebuah akhbar (Sinar Harian) melaporkan Salahudin Ayub berkata bahawa Ning Baizura sudah menyertai Parti Islam, PAS.

Sebenarnya berlaku pengubahan maksud secara serius di sini. Ini kerana, kalau kita rujuk laporan asal Sinar Harian, akhbar itu melaporkan, Salahudin berkata Ning Baizura bakal sertai PAS.



Bila kata bakal, maknanya perkara itu belum berlaku namun Utusan Malaysia menggunakan kaedah penulisan "blatant lie" untuk perbodohkan rakyat.

Difahamkan, Salahudin Ayub menyebut Abby Abadi, Shahrifah Aini, dan Ning Baizura bakal menyertai PAS kemudian disambung dengan ayat "Kalau Ning Baizura sertai PAS, Pakatan Rakyat akan menang Putrajaya".

Namun perkataan sambungan itu tidak dilaporkan oleh Sinar Harian yang menunjukkan bahawa beliau sebenarnya berseloroh mengenai ramalannya tentang Ning Baizura akan menyertai PAS itu.

Apa pun ReJaM© akan cuba dapatkan video rakaman ucapan Salahudin itu, jika berjaya akan disiarkan di MiLo SuaM.

Sebelum ini MiLo SuaM juga pernah mengeluarkan kisah Ning Baizura bakal sertai PAS ini, namun ramai pihak tidak mempercayainya, malah ada yang mengungkit semula kisah pengakuan Ning Baizura yang ingin melakukan seks dengan ramai lelaki.

Rujuk ruangan komen artikel ini [Ning Baizura Sertai PAS]


ReJaM© "Utusan Malaysia menangguk di air yang keroh... "

Tiada ulasan: