Blog-list Malaysia |
- AMK Akan Anjur Demo Bantah Syabas
- Lanun Air Selangor Terkantoi.. Air Selangor Melimpah Ruah
- Tiada masa untuk berpolitik, bekas RO jawab Izzah
- Cikgu Ini Yang Menghasut Anak Murid Supaya Jadi Bodoh Sepertinya.
- Umno terbukti diresapi komunis - Mahfuz
AMK Akan Anjur Demo Bantah Syabas Posted: 21 Jul 2012 09:48 PM PDT SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor merancang mengadakan demonstrasi membantah kegagalan konsesi air negeri ini, Isnin depan. Ketuanya, Azmizam Zaman Huri berkata, mereka akan menyerahkan memorandum membantah cadangan pencatuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan mendesak Kerajaan Negeri mengambil alih operasinya. Demonstrasi itu akan diadakan di Wisma Rozali, Seksyen 13 pada jam 12 tengah hari sinarharian | ||||
Lanun Air Selangor Terkantoi.. Air Selangor Melimpah Ruah Posted: 21 Jul 2012 06:11 PM PDT Selangor dicabar tukar wakil di Syabas 21 Julai 2012 SHAH ALAM - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mencabar kerajaan Selangor menukar wakil mereka dalam pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana ia dilihat gagal menjelaskan kedudukan sebenar krisis air di negeri itu kepada Menteri Besar dan barisan Exconya. Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perkara itu perlu dibuat sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya masih tidak faham bahawa krisis yang sedang berlaku ialah kekurangan air terawat akibat permintaan tinggi dan bukannya kekurangan air sungai, lombong ataupun empangan. "Meskipun kerajaan negeri mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus serta wakil dalam pengurusan Syabas, Menteri Besar tidak faham mengenai sistem bagaimana proses air itu berjalan iaitu dari air mentah sehingga ke air terawat. "Oleh yang demikian, daripada mengambil alih pengurusan Syabas, lebih baik mereka tukar dahulu wakil mereka di dalam syarikat itu," katanya kepada pemberita di pejabat GPRS di sini hari ini. Sohaimi berkata kerajaan negeri perlu sedar bahawa loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat menyelesaikan masalah itu. (Nota : Loji Langat 2 adalah untuk mengepam air mentah dari Negeri Pahang dan dirawat di Selangor. Ini mengambarkan seolah-olah yang Negeri Selangor kekurangan air Mentah untuk dirawat., oleh itu air Negeri Pahang perlu dipam ke Negeri Selangor dan dirawat di Loji Langat 2. Tetapi hakikatnya dari fakta bergambar di atas terbukti Negeri Selangor tiada mengalami krisis air mentah untuk dirawat.) Dalam pada itu, Sohaimi berkata, GPRS akan mengetuai 20 badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendengar taklimat mengenai isu air di Selangor di ibu pejabat Syabas di Kuala Lumpur pada Selasa. - Bernama | ||||
Tiada masa untuk berpolitik, bekas RO jawab Izzah Posted: 21 Jul 2012 05:16 PM PDT MOHD NAJIB MOHD KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi". Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam. Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu. Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau. Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja. Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat. Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan. Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya. Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan. Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini. MOHD NAJIB MOHD | ||||
Cikgu Ini Yang Menghasut Anak Murid Supaya Jadi Bodoh Sepertinya. Posted: 21 Jul 2012 05:32 AM PDT
Kasihan sama Cikgu Azli Azlita . Cikgu yang tidak matang. Cukup anti sama DS Nizar,termakan hasutan Utusan Melayu,Kosmo dan TV3.Sanggup bagi komen dekat anak murid beliau sendiri .Adik Adriana Balqis tahun lima di SK Changkat Jering. Sekolah dengan rumah budak perempuan ini dekat.Ada cikgu Azli Azlita peduli?
Sumber - SisiBukit | ||||
Umno terbukti diresapi komunis - Mahfuz Posted: 21 Jul 2012 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Umnolah yang terbukti diresapi komunis malah pernah menjadi pemimpin parti itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," kata beliau ketika menolak tuduhan dalam laporan Bernama kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat. Agensi berita tersebut melaporkan kononnya risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. Mahfuz mengecam dakwaan tanpa bukti itu sambil mengingatkan polis supaya jangan cuba mengalihkan isu sebenar sekarang tentang kegagalan polis mengatasi jenayah. "Rakyat berada dalam ketakutan malah bank-bank pun mahu mengalihkan mesin ATM mereka dari tempat-tempat awam seperti stesen minyak kerana peningkatan jenayah yang tinggi. "Tiba-tiba polis buat cerita kononnya kadar jenayah turun, jangankan orang lain, bekas Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) pun tak percaya," katanya sambil menyifatkan dakwaan terbaru polis terhadap Pakatan Rakyat itu sama tarafnya dengan dakwaan polis kononnya kadar jenayah telah turun. Dakwaan tanpa bukti itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan sahaja tidak dipercayai, malah menjadi bahan persendaan rakyat. "Saya harap pihak polis ada kakitangan untuk membaca ruangan-ruangan komen dalam portal-portal berita juga komen-komen dalam laman-laman sosial di mana rakyat mempersendakan dakwaan itu. "Rakyat yang tidak menjadi aktivis politik pun tahu bahawa dakwaan kononnya beberapa elemen JI cuba meresapi PAS bertujuan menakut-nakutkan pengundi Cina kepada PAS dan dakwaan kononnya elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP bertujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu kepada parti itu," katanya. Reaksi rakyat itu, kata Mahfuz, menunjukkan mereka sudah tahu muslihat di sebalik tuduhan itu. "Belum sempat Umno dan polis nak panjang-panjangkan cerita serta nak buat gempar, komen-komen rakyat itu membuktikan hanya orang tidak berakal dan tidak siuman sahaja yang akan mengutip cerita fiksyen seperti itu. "Kalau dipanjangkan lagi cerita itu kononnya ada bukti dan entah apa dakwaan lain lagi, saya yakin cerita itu akan menjadi bahan tertawaan lebih ramai rakyat lagi sehingga semakin menjatuhkan imej polis," katanya. Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk mendapatkan undi. "Apa yang berlaku itu juga menunjukkan Umno tidak ada keberanian lagi untuk berhadapan dengan rakyat sehingga terpaksa memerintahkan polis mencipta dakwaan yang akhirnya menjadi bahan tertawaan rakyat," katanya lagi. Beliau juga yakin dakwaan-dakwaan seperti itu akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan menghukum Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang. http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11824-umno-terbukti-diresapi-komunis-mahfuz |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan