MiLo SuaM |
- Apa tujuan bina lambang salib besar di Putrajaya?
- Abby Abadi serah borang sertai PAS seumur hidup
- Undian 77% warga internet setuju Tun Mahathir diktator
Apa tujuan bina lambang salib besar di Putrajaya? Posted: 19 Jul 2012 06:16 PM PDT SEBELUM ini Barisan Nasional cuba memainkan sentimen agama kononnya DAP mahu menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Namun akhirnya propaganda itu tak laku lantaran dilihat tak masuk akal kerana pemimpin utama DAP bukan beragama Kristian. Masakan orang bukan Kristian nak jadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Namun penemuan kali ini sangat mengejutkan apabila hasil carian di Google Map memaparkan lambang salib besar di Putrajaya. Apa tujuan lambang salib besar ini diletak di wilayah kebanggan negara? Tidak masuk akal jika ia sekadar satu kebetulan. Jika benar satu kebetulan maka ia kebetulan yang begitu sukar berlaku kerana kebetulan ini hanya terjadi di wilayah kebanggan Malaysia, Putrajaya. Isu seperti ini sangat sensitif kepada majoriti umat Islam negara ini yang mana agama rasminya adalah Agama Islam. Sedangkan lambang salib di baju sahaja sudah menjadi isu besar, apatah lagi lambang salib di wilayah kebanggaan negara yang menjadi mercu tanda Malaysia. Jika hal ini tidak disengajakan, maka kerajaan patut membuang lambang ini dari Putrajaya kerana ia dilihat mencemar kesucian Islam sebagai agama rasmi Malaysia. ReJaM© "Kalau salib ni kat Selangor, dah lama Perkasa melompat..." Update: Since I found many people said that it is a cementry for Christians, so no issue here. This article written without knowing the fact that it is a cementry. That was my bad. Sory. |
Abby Abadi serah borang sertai PAS seumur hidup Posted: 19 Jul 2012 04:04 PM PDT PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi malam tadi menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebagai ahli Parti Islam, PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Binti Abdul Manan menyerahkan borang itu di dalam sebuah program ceramah bersama Menteri Besar Kelantan, di Padang YIK Nilam Puri, Kelantan. Nampaknya ramalan ReJaM© semalam yang menjangkakan bahawa Abby Abadi akan menyertai Parti Islam, PAS tepat dan menjadi kenyataan.
Laman Twitter Abby Abady malam tadi dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan tahniah daripada ratusan peminat yang mengetahui berita gembira ini. ReJaM© "Tahniah dan selamat berjuang Abby, semoga terus istiqomah... " |
Undian 77% warga internet setuju Tun Mahathir diktator Posted: 19 Jul 2012 03:52 AM PDT SEMASA artikel ini ditulis, undian persepsi rakyat yang dianjurkan oleh laman portal berita Sinar Harian menunjukkan 77% daripada 1389 pengguna internet bersetuju Tun Mahathir sebagai pemimpin diktator. Tentu anda tidak akan lupa bagaimana diktatornya Mahathir di zaman beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Pernah satu masa, hampir kesemua pemimpin pembangkang negara ini disumbat ke dalam tahanan ISA kerana mengkritik pentadbiran beliau. Rakyat juga tak lupa dengan ops Lalang. Rakyat tak lupa peristiwa Memali bagaimana orang kampung tanpa senjata dibunuh kejam oleh sepasukan Polis dalam satu ops rahsia. Siapa Perdana Menteri Malaysia ketika itu? Apa yang lucunya, sebelum ini beliau meminta agar membuktikan jika benar bahawa beliau seorang pemimpin diktator kah kah kah Sila nyatakan pendirian anda pula, klik sini untuk mengundi [Sinar] ReJaM© "Wahai Tun Mahathir, rakyat tak pernah lupa " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan