Kelab Greenboc |
- Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus!
- [VIDEO] Abby Abadi Tamatkan Segala Spekulasi, Serah Borang Sertai PAS
- Hosni Mubarak Juga Tak Mengaku Dirinya Diktator - Mahfuz
- Selepas UMNO BN, PDRM Pula Memfitnah Pembangkang, PR Minta Bukti
- [BERGAMBAR] Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup
- [IKTIBAR] Kisah Di Malam Pernikahan ...
- Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta
- [MELAMPAU] Anak Dicabul, Ibu Tunggal Dakwa Dihalau Guru Besar
- Tak Usah Banyak Alasan, Najib Memang Takut Debat
Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus! Posted: 20 Jul 2012 01:01 AM PDT Petaling Jaya:Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas tema perayaan hari kemerdekaan yang disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN. Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati. "Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya. "Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak "BN"," katanya dalam kenyataan akhbar semalam. Abdul Kadir yang juga Presiden Sementara Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata, beliau pernah menjadi pengerusi perayaaan kemerdekaan selama tujuh tahun dari tahun 1999 hingga 2006. Katanya, beliau dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu Janji Ditepati. "Saya diingatkan bahawa pada pilihanraya 2008 hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN. "Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut," tambah beliau lagi. Pemimpin pembangkang Abdul Kadir berkata, perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Ia juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan rakyat maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut. "…supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak," kata beliau lagi. Menurut Abdul Kadir lagi, pemimpin pembangkang dijemput untuk menghadiri dan bila mereka menghadirinya maka adakalanya mereka dijemput juga di pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Katanya, beliau sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan berjumpa Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu (yang pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia. Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa. "Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan kemerdekaan," katanya. -FMT Rais: Tidak salah guna slogan 'Janji Ditepati' untuk tema kemerdekaan Ulasan GB Oleh kerana sambutan Hari Kemerdekaan pun telah dirompak oleh UMNO BN, maka apakah ini bererti rakyat yang bukan ahli UMNO BN tak perlu lagi sambut hari kemerdekaan negara? Apakah sambutan hari kemerdekaan sudah menjadi hakmilik eksklusif ahli UMNO BN sahaja? Jika demikian halnya, baguslah, kami tak kisah. Kami tidak memboikot tetapi kerajaan UMNO BN seolah-olah menyuruh kami memboikotnya. Kepada Rais, kami menyatakan: PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN ORANG TAK HENDAK, KAMU PUN TAK HINGIN Hal ini akan menguatkan lagi semangat mereka yang bukan ahli UMNO BN untuk berusaha "memerdekakan" pemerintahan negara dari UMNO BN didalam pilihanraya akan datang ini sehingga sambutan hari merdeka akan menjadi milik semua rakyat. MERDEKA kali kedua iaitu kemerdekaan dari belenggu penjajahan UMNO BN selepas merdeka dari belenggu penjajahan British. |
[VIDEO] Abby Abadi Tamatkan Segala Spekulasi, Serah Borang Sertai PAS Posted: 19 Jul 2012 11:33 PM PDT Kota Bharu: Selepas menekuni semula amalan agama dan bersedia sepenuhnya menerima segala risiko, akhirnya pelakon Abby Abadi secara rasminya malam tadi menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup. Beliau menyerah borang sebagai pendokong berdaftar gerakan Islam kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Nilam Puri. Biar pun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan, namun Menteri Besar Kelantan mengagahi juga hadir pada program tersebut yang diadakan di padang Yayasan Islam Kelantan, berhadapan dengan kampus Akademi Islam Universiti Malaya. Kedatangannya agak lewat, semata-mata bagi memenuhi impian dan hasrat pelakon terbabit yang kebelakangan ini muncul dengan penampilan baru. Bersaksikan ribuan penduduk tempatan, Abby bersama seorang lagi pelakon Hairie Othman diserbu ramai peminat remaja untuk bergambar dan beramah mesra. Selepas menyerah borang yang dirakam dengan puluhan lensa kamera, Abby kemudian dipakai selendang berwarna hijau oleh anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar. Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan. "Biar pun saya bersama dengan gerakan memperjuangkan Islam dan keadilan, namun saya masih sayang lagi kepada dunia seni. "Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam," ujarnya. Hujah itu sebelumnya turut dikongsi bersama Hairie apabila mencadangkan kepada PAS supaya membikin drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya. Menurutnya elok diterbitkan filem mengisah mengenai kegigihan tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya iaitu Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa. "Kalau PAS berminat untuk menerbit filem tersebut eloklah watak utama diberi kepada saya," katanya dengan nada berseloroh. -Detikdaily klik untuk baca |
Hosni Mubarak Juga Tak Mengaku Dirinya Diktator - Mahfuz Posted: 19 Jul 2012 09:10 PM PDT Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, juga tidak mengaku diktator sama seperti bekas perdana menteri (PM) Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Dr Mahathir mengambil Mubarak sebagai contoh kepada apa yang beliau sebut sebagai ketua negara yang dicap sebagai diktator," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider melalui telefon sebentar tadi. "Sama seperti Dr Mahathir, Mubarak juga tidak mengaku sebagai diktator malah seperti Dr Mahathir juga, bekas Presiden Mesir itu mahu dikenali sebagai seorang demokrat walaupun beliau dikategorikan dalam senarai utama demokrat palsu." Ahli parlimen Pokok Sena itu (gambar fail) menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak perlu meminta bukti menunjukkan beliau seorang diktator. "Tidak perlulah Dr Mahathir minta bukti kerana diktator tidak akan mengaku diktator. "Lagipun, Dr Mahathir sendiri mudah lupa walaupun beliau suka menuduh orang lain mudah lupa," katanya sambil merujuk inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K. Lingam empat tahun lalu di mana Dr Mahathir beberapa kali mengatakan bahawa "saya tidak ingat". Mahfuz juga meminta Dr Mahathir "sedar sendiri" apakah imej beliau di mata dunia dan sebahagian besar rakyat negara ini. "Adakah dunia khususnya sebahagian besar rakyat negara ini melihat Dr Mahathir dengan imej seorang pemimpin yang mesra demokrasi atau seorang diktator. "Dr Mahathir jawablah sendiri, jika beliau sudah tidak ada lagi, adakah beliau akan diingati sebagai seorang demokrat atau seorang diktator," kata Mahfuz lagi. Sebelum pilihan raya umum 2008 lalu, kata Mahfuz, Dr Mahathir sering memberitahu rakyat bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam rasuah dan nepotisme serta menjadikan negara ini negara polis. "Dr Mahathir jawablah sendiri, adakah Pak Lah atau beliau sendiri yang pertama sekali diingati dan lebih dahulu terlintas dalam fikiran rakyat dalam soal rasuah, nepotisme dan negara polis?" katanya. Naib presiden PAS itu menasihatkan Dr Mahathir, jika benar sudah tidak ingat apa mengapa beliau dilihat sebagai diktator ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tidak perlulah beliau menulis meminta orang lain membuktikan sifat diktatornya. "Menjelang Ramadhan ini, eloklah Dr Mahathir memperbaiki imejnya dengan banyak beribadat dan beriktikaf di masjid daripada meminta orang ramai mengungkit-ungkit perbuatannya yang dilihat tidak elok ketika menjadi Perdana Menteri dahulunya," katanya lagi. Dalam tulisan dalam blognya, Dr Mahathir bertanya kepada pembaca, "Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator". -TMI klik untuk baca |
Selepas UMNO BN, PDRM Pula Memfitnah Pembangkang, PR Minta Bukti Posted: 19 Jul 2012 07:07 PM PDT Komponen Pakatan Rakyat (PR) mencabar polis menunjukkan bukti jika benar parti-parti politik pembangkang diresapi pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis, yang cuba menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam "bertujuan jahat" ke atas pembangkang menjelang PRU13. Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin sokongan kepada PR khususnya Pas, yang dinamakan secara langsung dalam kenyataan semalam, tidak akan terjejas. "Saya minta tunjuk bukti kalau benar dalam Pas ada orang seperti ini seperti yang didakwa oleh Datuk Mohd Sofian (Md Makinuddin). "Kami bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan ketika menjelang pilihan raya untuk mengelirukan rakyat... kenyataan yang berniat jahat," kata beliau ketika dihubungi. Salahuddin berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan seumpama itu sebab pihak berkuasa pernah menggunakan cara yang sama pada masa-masa lalu. "Polis pernah membuat kenyataan seperti ini, mengaitkan Pas dengan kumpulan Al-Maunah, saya melihat tujuan berniat jahat ini berulang ketika dekat dengan PRU. "Pas, yang sudah terlibat dalam politik lebih 50 tahun, memilih untuk menggunakan jalan demokrasi, menerusi pilihan raya untuk menang pilihan raya," katanya sambil menambah, PDRM tidak harus membuat kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab. Laporan media memetik Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman berkata, terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada PRU13. Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. "Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. "Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. Sehubungan itu, kata Salahuddin, pihaknya akan membincangkan tindakan ke atas pegawai polis berkenaan. "Kami akan membincangkan tindakan yang hendak diambil dalam waktu terdekat," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mencabar PDRM mengeluarkan bukti jika benar wujud elemen-elemen sedemikian. Sambil menegaskan pihaknya tidak terkejut dengan laporan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ini berkata, "kenyataan-kenyataan seperti ini, yang dibuat oleh polis, bukan perkara baru." "Saya pun boleh buat kenyataan seperti ini. Buktikan siapa mereka, namakan individu terbabit, kita pun hendak tahu. "Saya mencabar beliau bertanding pilihan raya jika berminat untuk bercakap mengenai politik," kata beliau yang yakin bahawa sedar dan tahu tentang keadaan sebenar, dan sokongan mereka tidak akan terjejas. "Ini taktik Barisan Nasional menggunakan polis untuk membuat kenyaatan-kenyataan seperti ini menjelang PRU. Rakyat tahu," katanya lagi. -SH |
[BERGAMBAR] Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup Posted: 19 Jul 2012 05:06 PM PDT Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri. Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu. Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri. Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah. "Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. "Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya. Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini. |
[IKTIBAR] Kisah Di Malam Pernikahan ... Posted: 19 Jul 2012 09:37 AM PDT Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil. "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?" balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran. "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah." Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. "Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. "Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ. "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum. "Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah. "Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. "Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. "Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahlikeluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad. "Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu. "Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. "Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.. "Oh, ayat yang mudah saja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar-Rad Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. "Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara-bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim. ..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.. "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup-bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad. "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tetap sama.Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga. 'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief. 'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih. 'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk. Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel. 'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.' |
Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta Posted: 19 Jul 2012 08:16 AM PDT Batal saman: Mahkamah tolak permohonan Papagomo KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya. Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan. Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan. Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif. Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan. Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana. Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail. "Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan," kata Hisham. -HD klik untuk baca |
[MELAMPAU] Anak Dicabul, Ibu Tunggal Dakwa Dihalau Guru Besar Posted: 19 Jul 2012 05:38 AM PDT Shah Alam – Seorang ibu tunggal mendakwa bukan hanya dimarahi malah dihalau guru besar ketika dia cuba mendapatkan penjelasan berhubung kejadian cabul melibatkan anaknya, baru-baru ini. Gambar: Maryam menunjukkan laporan polis dan borang aduan salah laku murid yang dibuat berhubung kejadian cabul melibatkan anak perempuannya, baru-baru ini. Wanita yang mempunyai tiga anak itu, dikenali Maryam, 32, dihalau guru besar di sebuah sekolah agama di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin. Maryam mendakwa, guru besar sekolah tersebut memarahi dan menghalaunya kerana dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu. Menurut Maryam, kejadian cabul itu berlaku ketika anaknya berada di sekolah pada 8 Mei lalu. "Apabila pulang daripada sekolah dia (anak) menceritakan rakan sekelasnya sering usik payu dara dan kemaluannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Maryam yang juga kerani Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu berkata, keesokannya dia bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan menceritakan kejadian itu. Menurutnya, dia diarahkan mengisi borang aduan salah laku murid dan PKHEM berjanji akan merujuk perkara tersebut dengan guru disiplin serta guru besar. Bagaimanapun, katanya, dia tidak mendapat sebarang berita berhubung aduan yang dibuat. "Sekali lagi saya bertemu dengan PKHEM iaitu tiga minggu selepas aduan dibuat, tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan. "Setelah berfikir dan mendapatkan nasihat, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis lalu," katanya. Maryam mendakwa, dia yang bekerja di pejabat PIBG di sekolah tersebut bagaimanapun diarahkan keluar daripada sekolah selepas laporan polis itu diketahui oleh guru besar. "Dia (guru besar) kata sekiranya saya tidak berpuas hati dan ada masalah, saya perlu keluar serta membawa semua barang di dalam pejabat," dakwanya. Menurutnya, disebabkan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di IPD Shah Alam, kelmarin. Katanya, dia juga sudah membuat aduan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga. "Saya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya mahu menuntut keadilan bagi anak saya tetapi tidak disangka diri saya turut menjadi mangsa," katanya. -SH |
Tak Usah Banyak Alasan, Najib Memang Takut Debat Posted: 19 Jul 2012 03:43 AM PDT Alasan kerajaan kononnya perdebatan sesuai dibuat di Parlimen hanya untuk menutup ketakutan Datuk Seri Najib Razak berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keengganan Perdana Menteri itu tidak perlu ditutupi kerana umum tahu seberapa banyak alasan pun, pokoknya, Najib memang takut berdebat. "Sebab itulah mereka takut berdebat. Lagi banyak cakap, lagi banyak keburukan terkeluar. Tambah pula, mereka tidak boleh menjawab isu-isu yang dibawa Pakatan Rakyat. "Mereka (Umno) tahu PR kalau bercakap, lebih banyak fakta. Itu semua alasan mereka takut debat. Sekarang rakyat hanya tunggu debat Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Keadilan Daily. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan perdebatan cukup hanya di Dewan Rakyat. Azmizam menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai dangkal malah memalukan dirinya. Kata beliau, Muhyiddin perlu sedar negara ini tidak mengamalkan ketelusan dalam laporan media terutama arus perdana, sebaliknya hanya menyiarkan berita di pihak kerajaan. "Memang berlaku perdebatan dalam Parlimen, tapi rakyat tidak pernah tahu. Beliau juga lebih tahu laporan Parlimen yang disiarkan di TV telah disunting. "Kalau kita bandingkan dengan Taiwan, jika Parlimen bermula, mereka wujudkan saluran TV khas secara langsung untuk rakyat menilai dan mendengar perdebatan wakil rakyat mereka," jelas Azmizam. Tambah beliau, sikap berdolak dalik membuktikan Umno BN terlalu takut berdepan Pakatan Rakyat. "Kalau Timbalan pun cakap debat lebih sesuai hanya di Parlimen, rakyat patut fikir, layakkah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kelak. "Pemimpin Umno perlu terima arus politik semasa, bukan lagi memberi seribu satu helah mengelak berdebat," katanya. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan