Era Pasca |
- EDISI KANTOI: Pimpinan UMNO P. Pinang Gadai Rakyat
- Malang buat samseng upahan UMNO Langkawi untuk menganggu ceramah Anwar bila tertangkap
- Lagi Artis kunjungi TGNA, dalam dan luar negara.
EDISI KANTOI: Pimpinan UMNO P. Pinang Gadai Rakyat Posted: 20 Jul 2012 01:28 AM PDT Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Pinang. Kegairahan Umno membuat tuduhan liar kepada pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kononnya cuba menindas serta cuba mengusir Melayu dari negeri berkenaan kini mengundang padah! Urusniaga melalui Syarikat hartanah Maison Heights Sdn. Bhd (849163-W) berjaya membeli tanah dengan harga RM8.6juta (RM8,563,983.12) pada 31 Januari lepas yang dimiliki 31 pemilik tanah di Kampung Terang, Balik Pulau. Kemudian 16 Mei lepas telah syarikat ini menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pula dengan harga RM13.5 juta (RM13,457,664.00). Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta. Bukan wang yang dipertikaikan tapi nasib orang melayu yang tanahnya digadaikan kononnya untuk 'pembangunan'. Kepala hotak hang! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Malang buat samseng upahan UMNO Langkawi untuk menganggu ceramah Anwar bila tertangkap Posted: 20 Jul 2012 12:25 AM PDT Samseng UMNO dibayar RM50 untuk ganggu ceramah Anwar ditangkap Malang buat samseng upahan UMNO Langkawi yang mengaku menerima upah RM50 untuk menganggu ceramah Anwar ini bila beliau tertangkap.Beliau berjaya di tangkap oleh orang-ramai yang hadir mendengar ceramah Anwar di tapak pasar ramadan Pekan Kuah, Langkawi pada 13 Julai yang lalu. Samseng upahan Umno-BN ini berjaya ditangkap setelah beliau gagal untuk meloloskan diri setelah berjaya melaksanakan tugasnya menimbulkan huru-hara dengan bunyi bising dan bingit deruman motor berhadapan dengan Hotel Baron. Pemuda dalam usia 20an tersebut pada awalnya bersama 30 penunggang motosikal lain dengan membawa bendera Umno-BN telah membuat bising dengan menjerit dan menguatkan bunyi hon motosikal. Sekaligus ia menimbulkan suasana kurang senang dikalangan hampir 7 ribu orang yang hadir. Pemuda yang ditangkap itu juga membuat pengakuan dibayar RM50 untuk membuat bising pada majlis ceramah Anwar. Pemuda tempatan yang berasal dari Kuah itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Pada sebelah petang sebelum kejadian tersebut kumpulan pemuda Umno-BN juga mengganggu konvoi AMK Langkawi yang mengiringi Anwar ke Masjid Al Hana, Pekan Kuah, apabila mereka telah mencabar konvoi untuk berlumba dan membuat bising sehingga ke perkarangan masjid. Dilaporkan sebanyak 30 buah kereta yang diletakkan sepanjang Hotel Baron bertentangan dengan tempat ceramah dicalarkan oleh pemuda upahan tersebut. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Lagi Artis kunjungi TGNA, dalam dan luar negara. Posted: 19 Jul 2012 04:31 AM PDT YAB Tuan Guru menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azam' dan Yatt Hamzah di JKR10 sebentar tadi. Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam semalam di Balai Islam, Lundang. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan