MiLo SuaM |
- Lelaki mengamuk di JPM rupanya pemuja Tun Mahathir
- Kantoi! Ummi Hafilda larikan duit RM2,500
- Ceramah Anwar dingin dan hambar kata Utusan Malaysia
Lelaki mengamuk di JPM rupanya pemuja Tun Mahathir Posted: 10 Jul 2012 05:10 PM PDT KELMARIN seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya. Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. Tambah lucu ada blogger Umno yang mendakwa memiliki bukti kukuh MiLo SuaM telah mengupah pejuang berani mati itu kah kah kah. Namun hasil tinjauan di blog milik lelaki tersebut, mendapati dia merupakan seorang pemuja Tun Mahathir. Tulisan terakhir di blognya dilihat memberikan pujian melambung kepada Dr Mahathir sebaliknya mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Dia memuji Tun Mahathir sebagai satu-satunya manusia berjiwa besar yang pernah ditemui sepanjang hidupnya. Malah setuju jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia [Jayanegara]. Dia nak puja Tun Mahathir, nak kutuk TG Nik Aziz bukanlah persoalan di sini, namun ia membuktikan bahawa lelaki ini bukan penyokong Pakatan Rakyat. Jika dia penyokong Pakatan Rakyat masakan mengutuk TG Nik Aziz dan memuja Tun Mahathir. Jelas sekali blogger Umno terkantoi di situ, propaganda bodoh mereka akhirnya memakan diri. Kita tunggu apa pula respon mereka selepas ini. ReJaM© "Buatlah cerita yang masuk akal sikit... " |
Kantoi! Ummi Hafilda larikan duit RM2,500 Posted: 10 Jul 2012 05:48 AM PDT RUPANYA ada cerita lucu di sebalik ceramah Ummi Hafilda. Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata. Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah. Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah. Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau. Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya. Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan. Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda. Lucu melihat gelagat perempuan ini, kadang kala sampai menangis-nangis dalam ceramahnya untuk meraih simpati, kononnya demi membuktikan kebenaran. Namun rupanya air mata palsu itu mendapat bayaran yang lumayan. ReJaM© "Perjuangan menghentam Anwar Ibrahim demi duit rupanya... " |
Ceramah Anwar dingin dan hambar kata Utusan Malaysia Posted: 10 Jul 2012 03:12 AM PDT INILAH salah satu sebab mengapa Anwar Ibrahim tak benarkan wartawan Utusan Malaysia masuk ke mana-mana majlis KEADILAN. Kerana mereka suka melaporkan berita palsu untuk bodohkan rakyat. Lihat sahajalah sebelum ini sudah banyak kali Utusan Malaysia diperintah oleh mahkamah untuk membayar sejumlah wang yang besar kerana melakukan fitnah. Sebagai contoh, lihat laporan Utusan Malaysia di bawah ini, inilah jadinya bila wartawan mereka dibenarkan masuk, maka ada sahaja cerita bohong akan direkacipta untuk memperbodohkan orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng. Kalau kita lihat modus operandi mereka melaporkan berita saling tak tumpah seperti blogger-blogger upahan United Malays National Organization, Umno. Lihat di bawah ini keadaan sebenar ceramah tersebut. Baca di blog sahabat untuk gambar yang lebih banyak [ASD] ReJaM© "Sekali lagi gua teringin nak cepuk kepala editor Utusan ni... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan