Blog-list Malaysia |
- Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula
- Amuk Di Putrajaya - Tun Faizal Serlahkan Kelakuan Bodoh Dan Biadap Pemuda Umno
- Maruah PDRM Tercalar Teruk Gara-Gara Gambar Ini
- Noh Omar Buat Kerja Haram Di Selangor
- Musang Berbulu Ayam - Pas Perak Jangan Syok Sangat..
- Muhyiddin Lancar Program Syok Sendiri
- Nizar Saman Utusex Dan TV3 Suku RM100 Juta
Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula Posted: 11 Jul 2012 12:00 AM PDT Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksaksa ini. Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri. Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan? Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa. Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi. Pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu amat mengejutkan banyak pihak dan lapuran polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang 'classified' itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu. Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita. Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri didunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini. Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri. Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara. Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah. Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali. - Aspan Alias | ||
Amuk Di Putrajaya - Tun Faizal Serlahkan Kelakuan Bodoh Dan Biadap Pemuda Umno Posted: 10 Jul 2012 08:53 PM PDT Cair mamat ketua UMB ni kena debik ngan Dr. Maza. kalau cenggini je taraf pemikiran seorang ketua kepada unit cybertroopers ameno.. tak heranlah tahap IQ chai ameno memang ditahap besi karat kat kedai barangan terpakai .. kah kah kah Luorang boleh tengok corak serangan membabun buta yang tiba tiba dihalakan pada Dr. Maza. Takde angin takde ribut tetiba nak kaitkan Dr. Maza dengan peristiwa ngamuk di Putrajaya. Dasar kurang ajar. Lalu, bersesuaian dengan kelakuan orang utan TF, terus Dr. Maza keluar 'fatwa' wajib kikis orang yang semacam TF dari ameno malah beliau juga dikatakan sumber bala bagi gerombolan.. weyh TF, sape suh lu jolok sarang tebuan ?? kah kah kah .. tersentap medula oblongatanya .. WTF TF ? http://ghaflah.blogspot.com/ | ||
Maruah PDRM Tercalar Teruk Gara-Gara Gambar Ini Posted: 10 Jul 2012 07:41 PM PDT Tindakan Tegas Jika Siar Gambar Anggota Polis Untuk Tujuan Politik
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini. "Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, malam Selasa. - BERNAMA | ||
Noh Omar Buat Kerja Haram Di Selangor Posted: 10 Jul 2012 06:02 PM PDT SHAH ALAM, 10 JULAI : Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa. "Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram. "Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut. Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS. Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung. Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen. "Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). "Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan," katanya. | ||
Musang Berbulu Ayam - Pas Perak Jangan Syok Sangat.. Posted: 10 Jul 2012 04:36 PM PDT AWAS PAS PERAK !! kena berhati-hati dengan Bekas SU DUN Abdullah Anthung. Hari ini heboh dengan kisah apa yang berlaku semalam dimajlis H-tee PAS di Hotel Hill City Ipoh, geng Media Perak ajak aku pergi semalam, tetapi sayang aku ada hal lain yang lebih penting, sepatutnya aku dah plan ke Kota Bharu semalam,, itu pun terpaksa batal juga… Bila buka FB, tengok dah keluar cerita Abdullah Anthung insan yang sama turut terlibat dalam kes rampasan negeri Perak 2009 lalu turut ada bersama. Memang, aku tak mengenali Abdullah Anthung ni secara dekat seperti mana aku mengenai Nizar Adun Pasir Panjang,,, Tetapi tolonglah,, kenapa hati kecilku seolah-olah meronta ada sesuatu yang tak kena, mungkin juga sekadar bisikan jahat syaitan,, tetapi tak salah Pimpinan PAS berhati-hati dalam soal perjuangan Islam ni, musuh-mush Islam tak akan senang dengan kebangkitan Islam…. Yang paling cantik, si Dolah ni kena buat Kenyataan Akbar, panggil semua akhbar cerita perkara sebenar, apa peranan yang ia lakukan,, kalau berasa bersalah minta maaf,, janganlah dok pi buat hemoi kat program PAS kemudian buka cerita,, masaalah ini bukan dengan dengan PAS sahaja, tetapi dengan semua rakyat Perak penyokong Pakatan Rakyat.. Jikalau teringin sangat nak jadi ahli PAS, silakan,,, tetapi kalau ada hati nak jadi calon PAS, rasanya tunggu dulu, banyak lagi calon-calon yang lebih layak…. yang lebih senior, yang lebih lama setia dengan dengan parti… Dipetik dari - manjung mari | ||
Muhyiddin Lancar Program Syok Sendiri Posted: 10 Jul 2012 05:30 AM PDT Senamrobik ,pengetua tipu TS Muhyiddin Yassin. Siapa kena tipu Malaysia Book of Records atau Muhyiddin Yassin. Presiden MBR ,Danyy Ooi tersenyum puas,soalnya adakah beliau sedar pengetua sekolah sudah melakukan penipuan? Bilangan daftar melebihi 3.6 juta murid,tetapi yang terlibat tidak seperti didaftarkan. Di manakah intergriti MBR?foto Bernama. PETALING JAYA - Kementerian Pelajaran dikatakan sekali lagi telah melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada hari ini,10 Julai. Betulkah lebih 3.6 juta murid terlibat.Setahu penulis yang terlibat murid sekolah sesi pagi. Sesi petang P & P seperti biasa.Setahu penulis jumlah murid dan guru telah didaftarkan ,sama ada mereka bersenam atau tidak soal kedua. Sampai tahap ini pengetua menipu Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Pelajaran Negeri menipu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia TS Abdul Ghafar Mahmud.Yang penting kena daftar murid,soal menipu soal kedua. Senamrobik yang dipaksa itu dan mengganggu P & P itu dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 dekat Petaling Jaya. http://sisibukit.blogspot.com/2012/07/senamrobik-pengetua-tipu-ts-muhyiddin.html | ||
Nizar Saman Utusex Dan TV3 Suku RM100 Juta Posted: 10 Jul 2012 02:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi. Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan. "Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah. Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya. Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama. "Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya. Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan