Selasa, 10 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jakim: ‘Imam Mahadi’ yang ditembak mati hadapi kecelaruan akidah

Posted: 10 Jul 2012 11:01 PM PDT

Muda Mohd. Noor

 | July 11, 2012
JAKIM berkata, Khalil juga terpengaruh dengan filem-filem ekstrem dan ganas yang ditontonnya
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) merumuskan lelaki yang mengaku `Imam Mahadi' yang ditembak mati kerana mengamuk di perkarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin menghadapi kecelaruan akidah.
"Khalil Afandi Abd Hamid telah salah faham mengenai ajaran Islam. Kalau dilihat dari tulisannya di blog beliau, kita boleh nyatakan beliau mentafsir sendiri ayat-ayat al Quran dan Hadis," kata Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Asiah Alkharib Shah.
Asiah juga berkata, mangsa juga terpengaruh dengan  filem-filem ekstrem dan ganas yang ditontonnya.
"Beliau mungkin gemar menonton filem Transformer," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya, JAKIM tidak mempunyai angka berapa ramai umat islam yang menghadapi kecelaruan akidah itu.
Katanya, orang yang mempunyai sikap ekstrem ini tidak boleh dikesan awal sebaliknya hanya diketahui apa kejadian berlaku.
"Tetapi saya menegaskan Khalil tidak ada kecederungan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat.
"Bagaimanapun, JAKIM masih menyiasat… pada masa sama kami memantau media baru termasuk blog yang boleh mempengaruhi umat Islam dalam hal-hal tertentu," tambahnya.
Dalam kejadian tersebut, Khalil ditembak mati selepas mengamuk menggunakan pedang samurai di JPM.
Manakala seorang wanita bersamanya berusia 28 tahun lepasan Universiti Islam Malaysia (UIA) mendapat rawatan di hospital Putrajaya dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/11/imam-mahadi-hadapi-kecelaruan-akidah/#ixzz20I5lf4Ze

BONGKAR: Umi Hafilda rembat RM2,500.00 ...ceramah tak datang ...

Posted: 10 Jul 2012 05:14 AM PDT





RUPANYA ada cerita lucu di sebalik ceramah Ummi Hafilda. Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata.

Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah.

Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah.

Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau. Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya.

Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan. Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda.

Lucu melihat gelagat perempuan ini, kadang kala sampai menangis-nangis dalam ceramahnya untuk meraih simpati, kononnya demi membuktikan kebenaran. Namun rupanya air mata palsu itu mendapat bayaran yang lumayan.

ReJaM© "Perjuangan menghentam Anwar Ibrahim demi duit rupanya... "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/kantoi-ummi-hafilda-larikan-duit-rm2500.html#ixzz20DjkSwuX

Kalau nak membohong pun, agak-agak la.......50 ribu sambut Najib di Bangi

Posted: 09 Jul 2012 11:55 PM PDT

10 July 2012

Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas 'Janji Ditepati' dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke 13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana 'bertenggek' atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.

Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.

Hebat-hebat Najib, pakai Utusan juga

Dalam rentetan ini, kini Najib sibuk ke hulu ke hilir berkempen baik atas kapasiti kerajaan mahu pun parti. Kita sebagai rakyat biasa, sudah tak boleh nak beza yang mana kempen guna duit parti yang mana guna duit cukai rakyat. Najib dan UMNO, main sapu sahaja.

Dalam banyak adegan kempennya, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering sahaja 'menggubah' sokongan orang ramai kepada Najib, seolah-olah Najib sudah dipilih oleh rakyat secara automatik dalam siri-siri kempen menggunakan wang cukai rakyat ini.

Yang terbaru, tanpa sebarang gambar yang menunjukkan orang yang menyambut Najib, tiba-tiba Utusan yang terkenal sebagai akhbar fitnah telah mendakwa sejumlah 50,000 orang telah menyambut Najib. Pelik, tapi inilah hakikatnya.

Dulu sewaktu Bersih 3.0, Utusan dakwa hanya 30 ribu orang sedangkan orang yang hadir, wartawan antarabangsa yang berada di ibu kota masa itu, gambar-gambar dimuat naik ke internet menunjukkan sebaliknya, malah jauh besar dari dakwaan Utusan itu.

Najib cetus kesesakan lalu lintas dengan bas-bas sewa

Teman terpanggil nak mengutuk di sini kerana dah rimas dengan dakwaan 50,000 di sana, 70,000 di sini. Kebetulan pula, teman terperangkap dalam kesesakan lalulintas sewaktu acara Najib itu berlangsung. Ya memang ramai orang yang datang, kebanyakan budak-budak sekolah.

Namun, dalam banyak-banyak itu, rasanya bas-bas sekolah lebih banyak dari pengunjung. Plat bas-bas ini ada yang bermula dengan P, D, C, A, N dan J. Pastinya bas-bas ini disewa khas dari negeri tersebut.

Selain dari bas persiaran dan bas sekolah, banyak juga bas-bas dari kolej swasta. Kasihan budak-budak kolej dipaksa datang menyambut PM. Jumlahnya sekitar 100 buah. Semua bas-bas ini diletakkan di luar kawasan tapak pesta.

Projek bawa orang datang guna bas charter ke program UMNO atau kerajaan BN pastinya projek yang cukup lumayan. Saiz tapak majlis sekitar 700 meter persegi. Kalau dikira dengan jari, pasti muatnya tidak lebih dari 5,000 orang. Itu pun kalau kawasan parking tak penuh.

Kalau nak membohong pun, agak-agak la. Tapi itu Utusan kan…

Bagi Najib yang hadir sebagai VIP, pastinya tidak akan melihat gambaran sebenar di luar pentas acara. Yang dilihat adalah mereka yang telah duduk bersimpuh di hadapannya. Pasti juak-juaknya akan berbisik, " Dato' Seri, inilah penyokong kita, kita mesti sukses punya".

Tanpa sedar bahawa semua yang hadir, majoritinya (mungkin 5,000 agaknya) bukanlah penduduk Selangor. Kasihan Najib, kena main dengan pengelola majlis.

Nampaknya, perjalan politik Najib kali ini pastinya sukar. Tiada lagi tiket untuk bertenggek selesa demi menjamin kekuasaan seperti dahulu. Sudahlah dia disindir dua kali oleh Dato' Chua Soi Lek – kerana ketua MCA sanggup berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – pastinya Najib semakin tertekan untuk mengelak dari berdebat dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.

Kini Najib harus terima realiti, dia kena tunjuk kekuatan yang sebenar dengan menerima jemputan debat Perdana dengan Anwar Ibrahim. Tak perlulah bergantung dengan Utusan yang sudah berkali-kali kalah dalam saman fitnah. Najib kena disedarkan bahawa rakyat belum lagi memilih Perdana Menteri sejak PRU 2008. Tunggulah sehingga PRU13 nanti. –Roketkini.com

Tiada ulasan: