Ahad, 1 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS

Posted: 30 Jun 2012 11:29 PM PDT

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays].

Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.

Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.

Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar].



Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.

Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara.

Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.





ReJaM© "Apa pun, selamat datang untuk meraikan demokrasi... "

Segar di ingatan Najib gelar Ikhwanul Muslimin pengganas

Posted: 30 Jun 2012 08:46 PM PDT

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan, Najib Razak mengutuskan ucapan tahniah kepada presiden baru Mesir, calon Ikhwanul Muslimin sempena majlis angkat sumpah beliau sebagai presiden baru Mesir.

Kalau kita lihat dalam laporan ini, Najib nampaknya cuba berbaik-baik dengan Mohammed Mursi kerana beliau sudah menjadi Presiden Mesir, sudah memegang tampuk kuasa.



Sebelum ini, National Review melaporkan, Najib secara terbuka pernah menggelarkan gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas di dalam ucapannya di Turkey.

Malah tanpa rasa bersalah mendakwa Presiden Ulama Dunia, Sheikh Yusof Al-Qaradhawi yang juga merupakan ketua bahagian kerohanian Ikhwanul Muslimin sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Apabila dikecam oleh banyak pihak berhubung kenyataannya itu, Najib cuba berdolak dalih, namun mengulangi semula kenyataan kononnya dunia memandang Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.

Lihat dengan mata kepala anda kenyataan yang keluar daripada mulut Najib dalam video yang dimuat naik oleh Umno sendiri.



Namun Najib tidak menafikan dakwaannya yang mengatakan Dr Sheikh Yusof Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan ke Timur Tengah sampailah ke hari ini.

Sebut pun tidak, apa lagi nak minta maaf dan tarik balik kenyataan...

Namun kini selepas Ikhwanul Muslimin memegang tampuk kuasa kerajaan Mesir, Al-Fadhil Ustaz Sheikh Haji Najib Razak Ibni Monggolia mula nak buat baik nak menempel kepada gerakan Islam yang dicacinya sebelum ini.


ReJaM© "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..."

Wanita Pertama, giliran Sinar Harian pula perli Rosmah

Posted: 30 Jun 2012 05:44 AM PDT

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana Utusan Malaysia yang barangkali sudah tertekan akibat banyak kali kalah saman fitnah di mahkamah memerli Najib Razak dan suaminya, rujuk sini [Utusan perli Najib].

Kali ini giliran Sinar Harian pula yang dilihat secara tidak langsung melaporkan berita yang bakal membuatkan suami Najib, si Rosmah Mansor tak senang duduk [Sinar].



Anda lihat sendiri bagaimana isteri kepada Presiden baru Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar sebagai "Wanita pertama Mesir" sebaliknya lebih suka digelar Ummu Ahmed (ibu Ahmed).

Isteri kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang kini menerajui negara yang berpuluh kali ganda besarnya daripada Malaysia pun tak hingin digelar "Wanita pertama".

Namun ada seorang wanita yang tak layak pun digelar sebagai wanita pertama kerana ia merupakan gelaran Permaisuri Agong, tergedik-gedik menggelarkan dirinya "Wanita Pertama".

Malah siap buat majlis persidangan "Wanita Pertama" bagai yang dihadiri isteri-isteri presiden negara Afrika. Habiskan duit lebih RM4 Juta untuk beberapa hari persidangan itu diadakan.

ReJaM© "Rosmah patut digelar suami pertama... "

Tiada ulasan: